TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Majlis Ihtifal & Showcase Genius Aulad Sg Petani 2016

26/11/16 adalah hari yang saya nantikan sebulan yang lepas. Melihat anak anak yang berlatih menyanyi dan menari di rumah buat saya tidak sabar menari hari ini.

Hari ini juga merupakan hari meraikan Hadif yang menamatkan persekolahan.tahun 2017 insya Allah Hadif akan melangkah ke tahun satu. Penat lelah saya dan Hadif beberapa tahun lepas akan diraikan pada hari ini. Masih panjang perjalanan Hadif yang mempunyai masalah pertuturan. Bukan mudah untuk melihat hasil. Banyak cabaran yang kami tempuh bersama. Sekirang kurangnya majlis ini memberi sedikit input untuk recharge energy saya dan Hadif.




Bertempat di dewan kuliah Institut kemahiran Mara, majlis bermula tepat jam 930 pagi. Dewan kuliah yang tidak terlalu besar membuatkan saya selesa untuk melihat keletah anak anak.



Alhamdulillah Hadif dipilih oleh teacher untuk mendapat sijil the most progressive student untuk tahun 2016. Sungguh Hadif memang menunjukkan kemajuan yang sangat banyak dari mula awal tahun hingga berakhirnya persekolahan di Genius Aulad. Saya bangga dengan Hadif. Biarlah apa org akan kata tentang anak ini. Saya dipilih oleh Allah untuk memelihara anak syurga ini dan saya terima. Insya allah itu tiket saya ke syurga nanti.

Majlis graduasi yang diselang seli dengan dendangan lagu Graduation dari Vitamin C buat saya teringat zaman saya terima ijazah. Allah sungguh ingin kembali ke masa itu. Rindu! Ingin rasanya kembali masa waktu itu.

Selepas berakhir majlis penyampaian sijil, showcase anak anak pula berlangsung. Saya tertunggu tungu persembahan Balqis. Puteri saya nan satu ini memang suka bab menyanyi dan menari.



Sungguh melihat anak anak membesar di depan mata merupakan satu memori yang tak akan saya lupa seumur hidup. Waktu anak anak berumur 6 tahun ke bawah merupakan masa masa indah yang takkan dapat diulang kembali. Buat saya bahagia meskipun kadang kadang penat melayan kerenah mereka tapi saya tahu Allah beri pahala kerana menggembirakan anak anak syurga ini.



Terima kasih Allah atas anugerah ini. Akan aku pelihara dan jaga amanah ini sebaik mungkin. Semoga mereka menjadi anak anak yang soleh dan solehah, berjaya dunia dan Akhirat dan menjadi saham buat saya di dunia yang kekal abadi.



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in