TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Bagaimana Mendidik Anak Tentang Agama

Assalamualaikum semua yang tak jemu membaca tulisan saya. Saya bukan seorang yang pakar tapi saya cuma suka berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya ada. Niat saya dengan berkongsi saya dapat mencari sedikit bekalan untuk dibawa ke dunia yang kekal abadi nanti.

Selain ilmu dan amal jariah, memiliki anak yang soleh juga adalah impian mana mana ibubapa. Anak yang soleh dapat mendoakan kita bila kita sudah kembali kepada yang Maha Esa. Anak anak merupakan amanah dari Allah dan saya masih berusaha memberikan yang terbaik buat anak anak kecil saya.

Oleh sebab ilmu di dada masih kurang, saya tidak segan untuk menuntut ilmu. Saya berpeluang mengikut seminar sehari bersama Dr Siti Rohana, seorang ibu yang dulunya seorang doktor dan sekarang mendidik anak anaknya sendiri di rumah.



Banyak perkara yang saya selalu terlepas pandang dalam mendidik anak anak tentang agama. Saya selalu rasa saya tak layak untuk mendidik anak anak tentang agama kerana tidak punya cukup ilmu. Namun Dr Siti memberi banyak tips dan panduan bagaimana saya boleh didik anak anak tentang perkara ini sendiri di rumah.

Perkara penting yang anak anak kena tahu dalam hidup

Yang pertama ALLAH
Yang kedua RASULULLAH
Yang ketiga IBUBAPA

Dan tujuan hidup kita adalah untuk MENCARI REDHA ALLAH

Satu doa yang dikongsi oleh Dr Siti

surah Al Furqan ayat 74

Ibubapa kena biasakan anak anak dengan nama Allah. Apa apa pun ALLAH.
Minta dengan Allah.

Pernah satu malam, lepas dengar talk Dr siti, Hadif datang kepada saya meminta untuk melihat telefon. Saya cakap kita kena minta dengan AllAh. Terus dengar dia berbicara "Ya Allah, Hadif nak Telefon. Hadif nak tengok kereta.Ya Allah, Hadif nak telefon warna pink. Macam ibu"
Terus saya terharu bila dengar anak kecil itu berbicara. Apa lagi dapat la Hadif pegang telefon saya untuk 5 minit. 😂😂😂

Dr Siti pesan agar ingatkan anak anak apa apa pun Allah dulu dan semua yang berlaku adalah kerana Allah. Amalkan penggunaan perkataan Insya Allah dan Alhamdulillah. Percaya semua yang berlaku adalah yang terbaik yang Allah rancangkan untuk kita.

Perkenalkan anak anak tentang kehebatan Rasulullah.

Rasulullah saw Is my HERO! Terangkan kehebatan Rasulullah dan ajak anak anak amalkan sunnah Rasulullah. Dr Rohana pesan baca hadis Rasulullah dengan anak anak lepas Maghrib sebab dengan baca hadis dapat lembutkan hati anak anak.

Ajar anak anak kenal Al Quran. Ajar anak anak solat. Ajar anak anak berdoa untuk kita.

Sejak saya amalkan perkara perkara baru yang saya belajar dari seminar bersama Dr Rohana, saya perasan tiba tiba Hadif ingin ke surau untuk solat. Kami baca surah surah lazim lepas solat dan anak anak dengar saya baca hadis lepas solat Maghrib.

Ramadan tahun ini, walaupun Hadif tak dapat puasa, tapi Hadif solat terawikh penuh di surau. Allahuakbar sungguh saya kagum dengan anak kecil ini. Setiap kali lepas azan, terus saja ke surau. Bila hari hujan, mencari payung untuk ke surau. ada kala cukup 5 waktu dia solat. meskipun solatnya masih belum betul, semangat itu yang saya mahu. Tahu tanggungjawab sebagai seorang lelaki Muslim. kalau tak ke surau, dia akan solat bersama saya.

Bila ada kuliah Maghrib, dia akan mencari kitab wan nya untuk dibawa ke surau. Wan kata Hadif akan duduk sebelah ustaz konon macam pandai baca kitab. Tak kisah lah pandai baca atau tak, yang penting Hadif dengar apa ustaz cerita.



Pernah satu malam, lepas kuliah Maghrib, Hadif berlari balik. Nak pakai serban macam ustaz Imran katanya. Saya pun yang baru belajar pakaikan anak serban, terkial kial memakaikan serban buat si anak. Sungguh saya bahagia melihat Hadif. Biarpun ada kekurangan, Hadif cuba menjadi yang terbaik buat saya. Setiap kali mendengar Hadif membaca doa untuk ibubapa, saya mohon Allah makbulkan doa anak kecil yang bersih ini.




Saya berdoa semoga ini menjadi satu bekalan buat saya bila saya sudah tiada nanti. Semoga Hadif istiqomah untuk belajar menjadi Muslim yang baik. 😊

Tulisan saya bukan untuk membangga diri.
Cuma berkongsi pengalaman membesarkan
3 orang anak syurga.
Masih banyak cacat cela saya sebagai ibu.
Masih belajar untuk mendidik anak.
Mana yang boleh diambil sebagai panduan, boleh diamalkan.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in