TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Pemeriksaan Rutin untuk Ibu Mengandung di Klinik Kesihatan

Kali ni saya ingin mengambil peluang untuk menerangkan ujian rutin untuk ibu mengandung yang akan dibuat di klinik kesihatan. Ibu mengandung ditatang oleh staff kesihatan. Kalau tak datang klinik untuk temujanji, jururawat akan telefon bertanya khabar dan hingga ke tahap membuat lawatan ke rumah untuk melihat pesakit. Kesihatan Ibu mengandung akan dilihat dari hujung rambut hingga hujung kaki. Sangat terperinci malah setiap aduan ibu akan diberi perhatian.




Kita mula lepas ibu mendaftar di klinik untuk temujanji

1⃣ Berat badan - berat badan ibu akan dipantau setiap kali temujanji. Berapa banyak kenaikan yang diperlukan oleh ibu mengikut trimester.
Kenaikan berat badan mendadak boleh disebabkan kencing manis ataupun tekanan darah tinggi. Kehilangan berat badan mungkin berlaku pada trimester pertama kerana morning sickness

Saya paling tak suka bab ni, sebab saya suka bila berat badan bertambah setiap kali temujanji. Masa ni lah saya dapat gemuk. Pernah sekali berat badan naik sampai 4kg dalam masa sebulan, terus nurse bising. Hihihi. Dr pun kena marah tau 😅😅😅

2⃣ ujian air kencing 
Urine test juga merupakan ujian wajib setiap kali datang temujanji. Perkara yang ingin dilihat daripada ujian ini adalah protein (albumin) dan gula (sugar). Jika ada albumin, dan tekanan darah ibu tinggi, ibu sangat berisiko untuk mendapat sawan. Kandungan gula dalam air kencing juga memberi hint kepada doktor mungkin pesakit mengidap kencing manis.

3⃣ pemeriksaan darah 
Pada lawatan pertama memang banyak blood test yang kena buat termasuklah kumpulan darah, saringan penyakit kelamin seperti HIV dan sifilis dan baseline sel darah merah.
Yang akan dipantau seterusnya adalah sel darah merah sebab ibu mengandung kebanyakan akan mengalami masalah kurang sel darah merah.

4⃣ tekanan darah 
Tekanan darah selalunya rendah pada waktu kehamilan. Tekanan darah tinggi boleh berlaku semasa mengandung dan mengundang banyak komplikasi kepada ibu dan anak dalam kandungan. Antara yang boleh berlaku baby tidak membesar dan pre eklampsia.

5⃣ pemeriksaan fizikal 
Selalunya kali pertama bersama doktor yang merawat akan membuat pemeriksaan fizikal dan mendengar degupan jantung dan pernafasan paru paru ibu. Ini untuk memastikan ibu dan akan mengesan sebarang masalah kesihatan yang boleh menganggu kandungan kelak.

6⃣ pemeriksaan abdomen
Bahagian perut ibu akan diperiksa setiap kali temujanji. Ini untuk memastikan rahim membesar sama dengan usia kandungan. Ini akan membantu untuk memberi gambaran tentang kadar pertumbuhan bayi. Kita boleh detect awal contohnya jika rahim membesar lebih dari usia kandungan antaranya disebabkan terlalu banyak air ketuban ataupun kandungan kembar.

Pada trimester ke3, pemeriksaan abdomen akan membantu untuk mengetahui kedudukan kepala bayi dan samaada kepala bayi telah turun ke bahagian ruang pelvik.

7⃣ ultrasound scan 
Yang ni semua ibu mesti excited sebab nak tengok si kecil dalam rahim. Kalau boleh tiap kali visit nak scan. Tapi rutin ultrasound di KK hanya dibuat pada waktu waktu tertentu sahaja. Selalunya pada trimester pertama dan pada usia kandungan 18-20minggu.

Pada trimester pertama, sebelum 10 minggu, ultrasound boleh memberi jangkamasa kandungan dan jangkaan tarikh kelahiran.

Pada usia kandungan 18-20 minggu, ultrasound dilakukan untuk melihat baby membesar mengikut usia kandungan dan mengesan keadaan yang tidak normal.

Ini antara ujian ujian rutin untuk ibu mengandung di klinik kesihatan.

Semoga panduan ini membantu ibu ibu yang mengandung. 
semoga dipermudahkan urusan untuk menggalas amanah 
dan rezeki yang diberikanNya. 




0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in