TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Percutian Bajet Ke Pulau Langkawi

Baru baru ni saya berkesempatan meluangkan masa bersama anak anak di pulau langkawi. Percutian ini telah dirancang beberapa bulan sebelum ini. Saya ingin berehat bersama anak anak setelah penat bekerja. Percutian ini juga merupakan hadiah untuk anak sulung saya yang berjaya ke final cabaran membaca di tadika dan dapat memakai tali pinggang kuning selepas ujian taekwando tempohari.

Seminggu sebelum ke Langkawi, berita memberitahu minggu yg saya rancang itu adalah minggu Air pasang besar. Almost setiap hari hujan di Sg Petani. Allah saya sendiri bimbang bagaimana nanti untuk ke sana dan semasa berada di sana. Tentu tidak seronok kalau cuaca hujan. Tambahan pula dengan membawa anak anak kecil.

Kami ke sana pada hari Jumaat. Saya tidak sendirian bersama anak anak. Kami ditemani keluarga pak cik saya yang tinggal di Perlis. Kami memilih untuk ke Langkawi melalui Kuala Perlis. Saya pernah juga ke sana melalui Kuala Kedah. Bagi saya, Kuala Perlis lebih selesa.

Reasons:
πŸ“Œ perjalanan menaiki Feri melalui Kuala Perlis LEBIH CEPAT - lebih kurang sejam. Kalau melalui Kuala Kedah lebih kurang Dua jam

πŸ“Œ jeti kuala Perlis lebih selesa dan nampak terurus. Penumpang tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke feri

πŸ“Œ kawasan untuk parking di Kuala Perlis lebih banyak. Tak perlu jalan jauh untuk ke jeti.

Parking di Kuala Perlis RM60 sehari
Tiket Kuala Perlis - Langkawi : dewasa RM18           Kanak kanak (3 - 12 tahun) RM 13 

Kami menaiki feri pada pukul 6 petang. Alhamdulillah cuaca sangat baik pada hari itu. Kami sampai di Langkawi lebih kurang pukul 7 petang. Pak cik saya yang merancang percutian ini telah booking kereta sewa dan termasuk penginapan sekali.

Percutian kali ini lebih kepada percutian singkat dan bajet. Kami menginap di Langkawi Baron Hotel di Kuah . Kata pak cik, lebih mudah menginap di Kuah kerana senang untuk kami membeli belah. Hihihi 😁. Kami pilih hotel bajet sebab kami akan habiskan banyak masa di luar berbanding di dalam hotel. Balik hotel untuk terus tidor.

Kalau anda memang datang untuk berehat, untuk tenangkan fikiran, mungkin boleh pilih hotel yang mahal sikit. πŸ˜€

Review Langkawi Baron Hotel
πŸ“Œ harga semalam RM100
πŸ“Œ deposit rm50
πŸ“Œ bilik dengan katil queen
πŸ“Œ aircond ada masalah - tak berapa sejuk
πŸ“Œ water heater memang ada masalah - temperature panas tak boleh laras.
πŸ“Œ pintu bilik air bilik 406 asyik terkunci dari dalam hingga perlukan bantuan pihak hotel untuk membukanya
πŸ“Œ hotel bajet yang ada breakfast. Walaupun menu tak banyak tapi cukup untuk alas perut waktu pagi
πŸ“Œ ada pasar malam (hari sabtu) betul betul depan hotel. Menarik untuk cuci mata.
πŸ“Œ lokasi strategik dekat pekan Kuah
πŸ“Œ saya bagi 2 ⭐️⭐️ untuk hotel ni.

Kami makan malam di gerai makan depan hotel.

Review gerai makan depan hotel
🚩mahal
🚩kurang sedap πŸ˜“
🚩servis lambat

Lepas makan malam, kami ke Dataran Lang. Walaupun dah lama benda alah ni dibina, ini kali pertama saya ke sini bersama keluarga. Kawasannya sangat luas. Anak anak sangat seronok berlari ke sana ke mari. Binaan helang sangat memukau anak anak kecil. Walaupun jam sudah pukul 1130, anak anak saya masih belum mengantuk. Mungkin terpegun dengan binaan burung yang menjadi kebanggaan anak Langkawi.

Balik terus tidor. 😴😴😴

Hari kedua di Langkawi

Lepas breakfast, terus saja kami ke Oriental Village. Memasang niat berharap dapat naik cable car. Walaupun cuaca agak mendung pagi itu. Saya berdoa dalam hati dapat membawa anak anak ke puncak gunung Mat Cincang.

Masa kami sampai lebih kurang pukul 9 pagi, masih belum ramai pengunjung. Untuk parking kereta ada 2 tempat yang anda boleh pilih;

1- parking kereta dengan flat rate RM 10 untuk sehari
2 - parking kereta dengan RM3 untuk dua jam pertama, RM 1 untuk jam berikutnya

Jadi pilih la yang rasa sesuai. Kalau memang nak spend the whole day kat situ, ambil lah yang flat rate. Kalau  nak pergi tempat lain juga, ambil yang second choice tu pun dah ok.

Masuk saja Oriental Village, buat saya betul betul teruja sebab banyak sangat yang berubah berbanding masa saya sampai kali terakhir pada 2012. Anak anak lagi lah excited.

Untuk masuk ke cable car, ada pelbagai pakej yang diberikan. Tengok apa yang kita nak masuk sebab mengambil pakej boleh menjimatkan duit. Saya dan keluarga mengambil pakej basic. Pakej basic adalah untuk menaiki cable car, skydome dan masuk cinema skytrex.

Harga dewasa RM30
Harga kanak kanak (2 hingga 12 tahun) RM22

Untuk beli tiket, memang kena berikan MyKad dan MyKid. So tak boleh tipu umur la.

Sebelum dapat menaiki cable car, kami dibawa masuk ke SKYDOME. Sebenarnya skydome dibuat untuk mengurangkan kesesakan menaiki cable car semasa waktu puncak.

Wayang yang ditayangkan membuatkan anda seolah olah menaiki roller coaster.

Yang penting memang kena follow betul2 gambar tersebut baru boleh feel. Cuma yang kurang sikit, tempat duduk tu statik. wayang tersebut lebih kurang 10minit.

Review: 3 ⭐️⭐️⭐️

Kemudian baru kumpulan kami dilepaskan untuk menaiki SKYCAB (cable car) . satu gondola boleh dinaiki 6 orang. jadi kalau tak cukup 6 orang, kena la kongsi dengan orang lain.

kami sampai ke hentian kedua cable car. Ia lebih kurang 1700meter dari base station dengan ketinggian 650m dari paras laut. kami berhenti seketika di sini untuk melihat permandangan yang dilitupi kabus pagi.

kami teruskan lagi menaiki cable car ke station puncak gunung yang berada pada 708m dari paras laut. terdapat 2 platform yang boleh dilawati untuk melihat panorama indah Pulau Langkawi.

Anak anak mengambil kesempatan makan aiskrim dan pop corn di puncak gunung. Allah harga sepotong aiskrim RM5 dan sebungkus pop corn RM7. Sesekali habiskan duit untuk anak anak.

Kami turun ke bawah lebih kurang pukul 11pg.

Review: 4 ⭐️⭐️⭐️⭐️

Di setiap station ada beberapa staff yang akan menahan anda untuk mengambil gambar untuk kenang kenangan. Jadi bersedialah untuk bergambar! Harga sekeping gambar adalah RM30. Ada juga sekali yang ditawarkan beserta key chain ataupun Fridge magnet. Harga tersebut agak mahal untuk saya tapi kalau difikirkan untuk sekali sekala, boleh la untuk dipertimbangkan.

Kami kemudian ke SKYREX yang termasuk sekali dalam pakej basic. Skyrex adalah satu tempat menayangkan filem 3D yang berunsurkan zaman dinosaur. Bila masuk ke dalam, kami diberikan cermin mata 3D dan akan duduk di dalam tram. Kami seolah olah akan dibawa melawat kawasan dinosaur menggunakan tram. Effect filem, kerusi, sound memang power! Memang terasa berada dalam situasi sebenar.

Review: 5 ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Habis di Skyrex, kami bersiar siar di kawasan Oriental Village. Anak anak ingin mencuba aktiviti di tasik yang terletak di tengah tengah kawasan kampung.

Boleh pilih antara Roller Orb atau Orb Ball . Anak saya memilih untuk bermain Orb Ball sambil ditemani oleh pak cik mereka. Bermain selama 10 minit di tengah tasik.

Harga: Dewasa RM 10      Kanak kanak RM5 

Review: 3 ⭐️⭐️⭐️

Kami kemudian meneruskan perjalanan ke WILDLIFE PARK Langkawi - Taman Hidupan Liar Langkawi. Anak anak begitu teruja untuk masuk ke taman tersebut. Untuk masuk terdapat pakej yang disediakan. Saya memilih Pakej A tiket masuk untuk 2 dewasa dan 2 kanak dan diberi 2 paket makanan haiwan. Pakej tersebut berharga RM82. Anak bongsu saya tidak dikenakan caj.

Terdapat pelbagai haiwan dalam kawasan ini. Ada yang boleh diberikan makanan yang diberi dan ada yang tidak. Makanan yang boleh diberi dipaparkan di bahagian papan tanda untuk rujukan pengunjung. Sungguh anak anak begitu seronok memberi haiwan makan terutama ketika memberi arnab dan rusa makan.

Review: 4  ⭐️⭐️⭐️⭐️

Petang Sabtu, lepas solat, kami ke Padang Mat Sirat untuk membeli belah sebentar dan kemudian mengambil angin petang di Pantai Cenang. Kami sampai di Pantai Cenang lebih kurang pukul 5.

Seronok melihat anak anak riang bermain ombak di pantai. Memang agak lama kami tidak ke pantai. Bermain pasir dan ombak sebenarnya merupakan salah satu terapi terbaik buat Hadif yang mempunyai masalah sensori. Saya ingat lagi kali pertama bawa dia ke pantai, dia sangat geli memijak pasir tapi kali ini sudah bertambah baik.

Angin petang di Pantai Cenang sangat mendamaikan. Menghilangkan penat seharian berjalan. Menghilangkan rasa tekanan yang ada di kepala.

Agaknya itulah sebab kita perlu sesekali bercuti bersama keluarga. Sungguh hilang sebentar semua masalah melihat riuh gelak ketawa anak anak bermain ombak dan pasir di pantai.

Review: 5  ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️

Ini antara aktiviti seharian pada hari Sabtu. Memang tak banyak tempat yang dilawati tapi tujuan utama adalah untuk menggembirakan hati anak anak. Kalau nak lawat penuh Langkawi ni perlu stay untuk beberapa hari lagi. Ikutkan di Oriental Village tu, kena spend satu hari sebab banyak lagi things yang you can explore over there tapi sebab kesuntukan masa, saya kena pilih yang sesuai.

Lepas ni satu entri khas untuk tempat Shopping wajib kat Langkawi. Sebelum tu layan gambar gambar menarik anak anak saya di Langkawi.
















0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in