Saya terima aduan seorang ibu yang mengadu mengambil set menyusu tapi kuantiti susu yang dipam tidak sebanyak mana. Saya tak nafikan sekarang pelbagai produk yang dikeluarkan untuk memancing ibu menyusukan bayi membeli produk produk yang dikatakan boleh menambah susu badan.
Percayalah saya antara ibu ibu yang memang berusaha untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu untuk dua tahun dan saya sangat susah hati bila kuantiti susu yang dipam tiba tiba menurun ditambah jika stok keperluan untuk anak dalam peti sejuk tidak cukup. Saya juga telah mencuba pelbagai produk yang dikatakan dapat meningkatkan jumlah susu ibu. Ini semua semasa saya menyusukan anak saya yang kedua. Bila mana ilmu tentang breastfeeding masih belum cukup.
MILKBOOSTER bukanlah satu keperluan atau perkara wajib yang perlu ibu ambil untuk menambah susu ibu. Milkbooster seseorang ibu berbeza beza. Bukan semua orang sesuai ambil produk X, ada yang ok dengan produk Y.
Yang paling penting ilmu tentang breastfeeding, bagaimana susu akan terhasil. Ada ibu yang berjaya menyusu badan cukup 2 tahun TANPA milkbooster!
Saya lebih suka mengatakan setiap supplement yang ibu ambil sebagai nutrisi ibu menyusu. Supplement membantu memberi tenaga kepada ibu dan membekalkan bahan mentah untuk penghasilan susu.
Ada makanan makanan tertentu yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu contohnya KURMA. Ini testimonial saya sendiri. Susu saya sangat banyak masa saya amalkan kurma sebagai snek. Sampai sekarang saya masih amalkan mengambil kurma. Susu kurma! Alhamdulillah, rezeki anak ke3 saya masih tak putus. 😄
Ibu kena faham bagaimana susu terhasil. Ada hormon yang penting dalam penghasilan susu - oxytosin dan prolaktin yang dikawalselia oleh otak.
Ibu kena bayangkan cik B 🙊 macam tangki. Tangki akan diisi oleh air bila tangki kosong. Jadi prinsip penting ibu kena faham KENA SELALU KOSONGKAN CIK B🙊! Baru otak akan sense kena hasilkan susu baru.
Kalau cik B🙊 PENUH, susu baru takkan dihasilkan. Lama lama ada satu reseptor akan terhasil yang akan memberi isyarat kepada otak tak perlu buat susu banyak2 sebab susu dah cukup. Sebab itulah masalah susu kurang akan melanda ibu.
Jadi kena selalu kosongkan cik B🙊
Ibu kena Tahu:
🌸 vitamin/supplemen/ milkbooster BUKAN ubat magik untuk ibu yang eager nak susu banyak. Ia membantu ibu bertenaga dan membekalkan zat zat penting untuk tubuh dan sebagai bahan mentah yang tidak dapat diisi melalui pemakanan ibu untuk menghasilkan susu.
🌸 milkbooster antara seseorang ibu TIDAK SAMA
🌸 yang paling penting ibu kena faham prinsip bagaimana susu dihasilkan. yang penting demand and supply!
🌸 kena minum air banyak about 3-4 litre per day. Tak kisahlah air apa pun sebenarnya. Air suam lagi bagus dalam membantu pelancaran susu. Amalkan sebelum dan selepas menyusu dan mengepam.
🌸 boleh rujuk panduan pemakanan ibu menyusu yang saya tulis sebelum ini.
🌸 power pumping boleh buat selang sehari. Menurut pakar laktasi, target power pumping adalah untuk panggil balik hormon untuk hasilkan susu. Kadang kadang masa power pumping bukan keluar susu, tapi pam angin. So jgn stress kalau masa power pumping tak dapat susu byk.
🌸 kena stay positive. Kurangkan stress! Yakin jer susu ibu cukup untuk anak.
🌸 tambahkan kekerapan mengepam bila kuantiti susu yang dapat kurang dari yang diperlukan. Sebab tu jadual target susu yang diperlukan boleh membantu.
🌸 tandem pumping pun boleh membantu. Sebelah menyusu anak, sebelah lagi pam.
🌸 doa banyak2. Jangan mudah putus asa. bersyukur dengan setiap hasil perahan.
🌸 consider supplement bila ibu rasa tak dapat nak penuhkan 5 kumpulan makanan yang diperlukan untuk setiap hari dan BUKAN UNTUK TAMBAH SUSU.
Percayalah, bila mana Allah nk bagi pahala dekat ibu yang menyusu,
perjalanan itu akan sentiasa diuji.
Yang penting, JANGAN PUTUS ASA!

0 comments:
Post a Comment