TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Jom Ke PHANTAMANIA!

Beberapa hari lepas saya berkesempatan membawa anak anak ke satu tempat menarik di Pulau Pinang. Tempat menarik ini baru saja dibuka kepada orang awam bermula July 2016.

Saya dan keluarga ke sana tanpa perancangan. Mulanya kami ke Padang Kota Lama untuk mengambil angin petang. Memang ramai orang di tepi laut tambah pulak cuaca petang Jumaat itu agak redup. Tidak terlalu panas untuk anak anak bermain.

Hadif dan Balqis seronok bermain buih buih belon. Angin laut memang mendamaikan. Menghilangkan tekanan seminggu bekerja. Harriz yang baru baik dari demam turut teruja menikmati dingin bayu laut. 😀😀




Hampir sejam berada tepi pantai, saya cuba untuk mencari tempat lain untuk membawa anak anak. Bila saya berhentikan kereta di tepi Fort Conwallis, ada iklan tentang PHANTAMANIA.

Rupanya Phantamania adalah tempat baru untuk pelancong. Ia lebih kurang seperti muzium 3D. Sesuai untuk yang suka berselfie.

Yang menarik tentang Phantamania adalah cara ia menggunakan cermin sebagi pantulan imej yang menjadikan gambar sangat menarik. Bukan anak anak saja yang teruja, mak budak pun seronok sama melayan tempat tersebut. 🙊

Ada satu stesen FREEZEMANIA yang menggunakan elemen musim sejuk sebagai lokasi penggambaran. Anak anak saya sangat excited seolah olah berada di kutub. Ada igloo, ada bath tub yang penuh dengan replika ais, ada tempat konon konon kita berada di istana ais seperti dalam filem FROZEN.








PHANTAMANIA
Lokasi : 193, Lebuh Victoria,10300 Georgetown, Penang

Buka setiap hari 10am - 7pm

Harga tiket
Dewasa rm19
Kanak kanak dan warga emas rm12
Kanak kanak bawah 100cm PERCUMA 👍


Jom cuti cuti Penang 😊


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in