TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Servis Pam Susu di Medela Service Centre

Salam semua. Semoga semua sentiasa sihat dan dalam perlindungan Allah selalu. 💪💪

Kali ni saya ingin berkongsi kisah pam susu yang paling saya sayang. Saya guna pam Medela Freestyle yang saya beli sejak anak ke 2, tahun 2012. Dah 4 tahun bersama saya. Saya beli di mom and baby fair di Midvalley KL. Masa tu saya bekerja dan tinggal di Putrajaya. Saya ingat lagi masa tu, saya dan suami baru lepas check up pregnancy di hospital, excited sangat nak dapat baby girl. Allahuakbar, saya memang bersungguh berjanji dengan diri sendiri untuk menyusukan anak yang kedua ini dengn susu sendiri.


Dengan adanya pam susu yang saya sayang ni, alhamdulillah, saya masih dapat gunakannya untuk anak ke3 ni. Ingatkan dah nak tutup kedai, rupanya perancangan Allah lagi hebat. 😅😅😅

Apabila dah berusia 4 tahun, rupanya tanpa saya sedar, ada sesuatu yang tak kena dengan pam ni. Ingatkan kalau dah tak guna 2 tahun, kira OK, rupanya tak. Saya cuma sedar tentang masalah pam ni bila secara tiba tiba, saya dapat bengkak susu. Allah, sakit sungguh bila tiba tiba saja cik B🙈 bengkak. Sampai demam saya dibuatnya. Saya ingat sebab saya tak timing pam dengan betul, rupanya bila diselidik dengan betul, pam saya yang tak dapat suck dengan baik. Jadi cik B🙈 tak dikosongkan, maka terjadilah block duct dan bengkak.

Sebelum dapat fikir tentang punca cik B🙈 sakit tu dari pam saya, saya bagi Harriz menyusu sekerap yang boleh untuk cuba kurangkan bengkak. Saya tuam cik B🙈. Bila pam, susu dari cik B keluar tak sampai 1oz. Allah bertambah la stress sebab dah nak naik kerja.

Bila dah tau masalah pam, terus saya mencari Medela Service Centre di Pulau Pinang. Sebenarnya pam saya pernah ada masalah bateri masa menyusukan Balqis. Dah pernah hantar untuk tukar bateri. Mujur masa tu dalam gerenti lagi. Kali ni tak tau la berapa nak kena. Hihihi.

Saya ke Penang untuk mendapatkan bantuan dari Medela Service Centre. Pusat ini terletak di Jalan Van Praugh. Memang tricky nak cari jalan untuk ke sini. Dah la banyak jalan sehala. Memang kena minta bantuan orang dan juga GPS.



Akhirnya alhamdulillah berjaya juga sampai. Medela Service Centre ni rupanya  kedai baby yang jual barang barang keperluan bayi dan juga jual original spare part pam susu Medela.

Org Medela yang handle pam susu saya tu sangat la peramah bila bagitau pam tu ada masalah. Mula mula dia check pam dulu. Rupanya dia boleh check suction pressure untuk pam ni. Memang suction ada problem dan alhamdulillah bukan dari motor. Problem dari suction tubing. Lega saya. Harga suction tubing tak la mahal sangat compared kalau motor problem. Kalau mahal, memang saya kena consider untuk beli pam baru.



Lepas semua checking selesai, saya dapat la pam susu semula untuk Harriz. Yey!!!

Kalau ada yang pakai pam medela, here is the contact number for service centre untuk dihubungi kalau ada apa masalah. Not really sure abt the centre in KL. May be you can give a call from the numbers in the card. =)



Semoga membantu. 😊😊






 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in