TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 41: Sukar Hamil Sebab Masalah Thyroid

SOALAN:

Salam dr.shima. Sy pesakit tyroid. ingin brtanya
Ramai yg kate jika kita skit tyroid peluang untuk hamil nih sukar. btul ke?

JAWAPAN:

Waalaikumsalam. Terima kasih kerana bertanya. Sebelum ini saya pernah menjawab soalan tentang masalah thyroid. Pn boleh rujuk dengan jawapan yang saya berikan sebelum ini.



Bila ada masalah thyroid,  ia boleh menganggu peluang untuk hamil TAPI bukan untuk semua kes thyroid. Sometimes but certainly not always!

Masalah thyroid boleh menyebabkan ovulation tidak berlaku. Telur dari ovari tidak dikeluarkan dan Tanpa adanya telur, kehamilan MUSTAHIL untuk berlaku. Pesakit thyroid juga adakala mengalami masalah haid yang tidak teratur. Hormon thyroid berkait rapat dengan dengan hormon estrogen dan progesterone dan kedua dua hormon tersebut penting dalam mengawalselia fungsi ovari dan perkembangan telur.

Menurut kajian yang dikeluarkan dari Journal Obstetric and gynaecologist, 2.3% wanita yang mempunyai masalah kesuburan mempunyai masalah hyperthyroid berbanding 1.5% wanita dari general population.

Masalah hormon thyroid boleh mengganggu kesihatan reproduktif dan mengurangkan peluang untuk hamil, meningkatkan risiko keguguran dan kesan tidak baik kepada kandungan. Antara kesan kepada kandungan termaksuklah pre eclampsia (darah tinggi semasa mengandung), perkembangan anak dalam kandungan terbantut, kelahiran pramatang ataupun kematian anak dalam kandungan.

Walaupun demikian, masih terdapat pesakit thyroid yang hamil. Dengan ujian saringan dan rawatan yang ada di hospital dan klinik, semua risiko yang dinyatakan di atas dapat dikurangkan.

Semoga penjelasan saya membantu anda.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in