TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 42: G6PD dan Kacang Parang

Soalan:

Assalamualaikum.. Nak tanya.. betulke kalau makan kacang parang masa preggy, baby akan dapat G6PD?? Kerap juga makan beberapa bulan lepas. Risau pulak bila terbaca makan kacang parang akan sebabkan anak G6PD.

Jawapan:

Waalaikumsalam. Semoga pn yang bertanya dalam keadaan sihat selalu.

G6PD adalah singkatan kepada GLUCOSE 6 PHOSPHATE DEHYDROGENASE DEFICIENCY iaitu kekurangan enzim G6PD yang membantu sel darah merah berfungsi. G6PD BUKAN disebabkan oleh ibu makan kacang parang semasa mengandung. Ia adalah satu penyakit keturunan! Penyakit ini dibawa oleh salah seorang atau kedua dua ibu bapa sendiri. Gene yang membawa masalah ini terletak dalam kromosom X. Oleh sebab itu kebanyakan pesakit adalah di kalangan Lelaki dan perempuan selalunya adalah pembawa.

Seseorang yang mempunyai masalah kekurangan enzim ini akan terdedah kepada masalah kekurangan sel darah merah - ANAEMIA.



Enzim G6PD membantu tubuh memproses karbohidrat untuk menjadi tenaga. Ia juga akan membantu  melindungi sel darah merah dari sebarang bahaya contohnya ubat atau jangkitan kuman. Jika enzim ini kurang, ia boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah - hemolytic anaemia dan selalunya selepas terdedah kepada makanan, ubat tertentu ataupun selepas jangkitan kuman.

Kekurangan G6PD dapat diketahui sebaik sahaja anak dilahirkan. Ujian darah menggunakan darah tali pusat merupakan saringan wajib untuk setiap kelahiran bagi mengetahui masalah ini.

Kebanyakan pesakit kekurangan enzim G6PD akan hidup sihat dan aktif seperti biasa melainkan jika mereka terdedah kepada faktor faktor yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah.

Di bawah adalah senarai ubat dan makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit G6PD deficiency.



Tidak ada rawatan spesifik untuk penyakit ini. Pesakit dan keluarga hanya perlu elakkan perkara perkara yang boleh menyebabkan berlakunya hemolysis anaemia, seperti yang diberikan di atas.

Saya harap pn yang bertanya jelas dengan jawapan saya.



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in