TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 43: Breast Cyst dan Rawatannya

SOALAN:

Salam doctor, saya nak tanya adakah breast cyst boleh dirawat?

JAWAPAN:

Waalaikumsalam puan, insya allah sebelum saya menjawab saya akan terangkan terlebih dahulu tentang breast cyst supaya orang lain yang membaca juga mendapat manfaat dari soalan puan.



Cyst adalah perkataan yang memberi maksud kantung yang berisi air. Breast cyst adalah kantung yang berisi air yang terdapat pada payudara. Adakala seseorang boleh ada lebih dari satu cyst pada payudara.

Selalunya pesakit yang mempunyai breast cyst mengadu sakit pada payudara dan mungkin membimbangkan walaupun breast cyst tidak bahaya. Breast cyst selalu berlaku pada wanita berumur 30 hingga 40 tahun dan akan hilang bila putus haid. Ada juga yang kekal atau jadi semula bila wanita mengamalkan pengambilan terapi hormon selepas menopause.

Breast cyst juga berlaku pada umur remaja. Sakit pada payudara selalu teruk pada pertengahan kitaran haid atau semasa mengandung.

Antara simptom simptom yang dialami adalah
🚩ketulan pada payudara
🚩sakit pada payudara
🚩ketulan pada payudara membesar dan sakit sebelum datang haid
🚩ada lebih dari satu ketulan pada payudara

Ada juga dalam sesetengah kes, ketulan tidak dapat dirasai semasa pemeriksaan fizikal.

Pemeriksaan menggunakan ultrasound akan memberi gambaran lebih jelas tentang masalah payudara.
Pemeriksaan lanjut seperti mengambil sampel pada ketulan dan mammogram juga akan membantu memberi diagnosis breast cyst.

Breast cyst boleh stabil untuk jangkamasa yang lama atau hilang dengan sendirinya. Simple cyst tidak perlu rawatan atau penyiasatan lanjut berbanding dengan complex cyst yang perlukan pengambilan sample dan biopsi. Semasa pengambilan sampel, selalunya cyst akan sembuh selepas kantung air dikeluarkan.

Rawatan kebanyakannya TIDAK PERLU kecuali cyst besar dan sakit atau pesakit tidak selesa. Rawatan selalunya menggunakan fine needle aspiration ( menggunakan jarum dan mengeluarkan air dari kantung tersebut). Penggunaan ubat hormon (pil perancang) adakala digunakan untuk mengurangkan breast cyst berlaku semula dan mengawal selia kitaran haid pesakit yang mungkin menjadi punca berlakunya breast cyst.

Pembedahan hanya akam dibuat untuk kes kes tertentu seperti
📍breast cyst berlaku semula
📍kandungan breast cyst adalah darah
📍tanda tanda bahaya berlakunya kanser

Beberapa perkara yang dicadangkan untuk mengelak berlakunya breast cyst yang boleh diamalkan
🌼 mengamalkan cara hidup sihat
🌼 mengambil diet seimbang
🌼 senaman
🌼 kurangkan tekanan
🌼 mengurangkan pengambilan kafein
🌼 mengurangkan pengambilan garam
🌼 mengambil vitamin dan supplemen untuk melengkapkan diet seimbang

Berdasarkan kajian antara vitamin yang boleh membantu mengurangkan simptom breast cyst adalah

💊 vitamin E
💊 vitamin A
💊 vitamin B6
💊 Evening Primprose Oil

Semoga jawapan saya membantu puan yang bertanya. 

Hubungi saya untuk dapatkan vitamin vitamin yang
berkualiti, halal dan selamat.
👀 Malu bertanya sesat jalan 


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in