Tak berapa lagi Hadif akan melangkah kaki ke sekolah sebenar. Saya seperti ibu ibu lain turut merasakan debaran yang amat sangat. Macam macam dalam kepala especially bila fikir Hadif tak sama macam anak anak lain. Saya yang perlu belajar beri sedikit kepercayaan buatnya untuk berdikari. Sama macam saya belajar percaya untuk dia ambil ujian semasa taekwando tempohari.
Kali ini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang perlu parents tahu sebelum anak melangkah ke sekolah kebangsaan especially untuk anak sulung.
Pilih sekolah
Mesti as a parents kita cari sekolah yang ada prestasi baik. Tak kisah lah swasta ataupun kerajaan. Waktu ni kena turut consider bagaimana nak hantar anak, jauh dengan tempat kerja, siapa nak ambil anak, kalau ada kecemasan macam mana. Banyak perkara yang perlu diambil berat sebelum membuat keputusan untuk masa depan anak.
Itu antara perkara yang saya fikir sebelum memilih sekolah untuk Hadif. Di Sungai Petani memang ada beberapa sekolah yang mempunyai prestasi baik dan dikenali ramai. Banyak ibubapa yang berlumba lumba ingin masukkan anak ke Sekolah Ibrahim, Sekolah Convent, Sekolah Kebangsaan Tasek Apong, dan Sekolah Rendah Agama Al Islah. Ini adalah senarai sekolah sekolah yang menjadi sebutan dan pilihan utama ibubapa di Sungai Petani.
Pendaftaran anak untuk darjah satu selalunya akan diwar warkan dalam berita di TV untuk ibubapa mula mendaftar anak. Jadi as a parents kena selalu alert. Selalunya pendaftaran dibuat dalam bulan 3 setiap tahun. Tahun 2015, saya mendaftar nama Hadif di Sekolah kebangsaan Tasik Apong.
Tapi setelah berbincang dengan therapist Hadif, dia cadangkan saya mencari sekolah yang agak kurang murid dan sekolah yang biasa biasa saja. Ini adalah untuk memberi kurang tekanan kepada Hadif. Saya kemudian mendapatkan maklumat lanjut dari Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda. Tahun 2016 saya membuat pembatalan di sekolah Tasik apong dan mendaftar nama Hadif di Sekolah Kebangsaan Sungai Petani yang lebih dekat dengan tempat kerja saya.
Untuk mendaftar, perlu isi borang yang diberikan oleh pejabat sekolah dan membawa surat beranak anak. Sekarang perlu daftar melalui online sahaja.
Bulan 8, saya telah membuat pengesahan pendaftaran untuk Hadif belajar di sekolah tersebut. Alhamdulillah, baru baru ini saya telah menerima surat penempatan Hadif dan insya allah orientasi akan diadakan pada 29 disember 2016.
Keperluan untuk masuk sekolah
Sebagai ibu yang kali pertama akan menghantar anak ke sekolah, saya sangat teruja untuk membeli perkakas keperluan untuk Hadif. Saya turut membaca pengalaman pengalaman ibu ibu lain menerusi blog untuk mendapatkan maklumat.
Ini antara checklist barang barang keperluan anak yang masuk darjah satu.
πΈ
baju sekolah 2 pasang
Saya beli jenama canggih kerana kualiti kainnya. Tak kisah lah brand apa pun yang ibu ibu pilih, janji anak selesa nak pergi sekolah. Beli at least 2 pasang, senang nak tukar kalau kotor atau basah.
πΈ
kasut sekolah 2 pasang
Saya beli kasut yang zapp on. Mudah untuk Hadif nanti sebab dia tak pandai ikat tali kasut. Kasut pun saya beli 2 pasang.
πΈ
stokin 2-3 pasang
Cuba beli stokin yang tapaknya hitam, boleh tutup kotor stokin. Stokin beli banyak sikit pun tak pa sebab boleh tukar tukar kalau busuk dan kotor. Lagipun harganya tidaklah semahal kasut dan baju.
πΈ
bag sekolah
Saya beli di Idaman Suri semasa kami bercuti tempohari. Harga murah dan Hadif memang suka bag gambar kereta.
πΈ
bag tag
Bag tag adalah penanda bag untuk anak. Tak mahu Hadif tertukar bag nanti tambah pulak anak anak yg excited dengan tempat baru. Saya tempah dari
FP Annarozy Homemade. Dekat bag tag ni, boleh letak no telefon waris sekiranya berlaku kecemasan.
πΈ
pensel box
Yang ni pun saya tempah special untuk Hadif. Hadif tak banyak kerenah bab kelengkapan sekolahnya. Dia terima apa yang saya sediakan. Look like ibu yang lebih excited π
πΈ
stationeries
Pensel, pensel colour, pemadam, pembaris, saya beli secara borong. Beli banyak terus sebab expect akan hilang sepanjang tahun. Beli borong lebih murah. Bila beli borong, rasa macam boleh bukak kedai pulak. Hihihi.
πΈ
sticker nama Hadif
Saya tempah sticker untuk Hadif sebab saya mahu semua barang anak saya berlabel. Saya ingatkan Hadif tentang barang barangnya dan dia perlu menjaga barang barangnya semasa di sekolah nanti. sticker saya tempah di
FP Sticker Nama Anak Waterproof. Boleh pilih tema kesukaan anak.
πΈ
cop nama Hadif
Yang ni untuk ibu yang malas nak tulis atau nak tulisan sama. Boleh la buat cop nama anak. Boleh guna sampai anak habis belajar. Minta maaf la kalau rasa saya ibu yang poyo.
Dokumen dokumen yang diperlukan untuk hari pendaftaran sekolah
✅ salinan surat lahir dan MyKid
✅ salinan kad pengenalan ibubapa
✅ salinan daftar anak angkat
✅ salinan surat nikah/ surat cerai
✅ salinan sijil prasekolah
✅ salinan rekod kesihatan (kad imunisasi anak) - ini sangat penting. Kalau dah hilang, atau cari tak jumpa, tolong dapatkan salinan dari klinik yang anda bawa untuk pemeriksaan. Klinik selalu ada simpan salinan.
✅ surat pemilihan bahasa tambahan
✅ surat penempatan
✅ borang maklumat murid SMM
✅ 4 keping gambar passport
Persediaan Anak sebelum masuk darjah satu
Ini bab yang paling penting untuk Hadif. Antara yang saya buat:
π
beberapa bulan sebelum habis tadika, saya sudah memberitahu yang dia akan ke sekolah baru tahun hadapan. hanya Balqis akan ke sekolah tadika.
πsaya akan
bawa Hadif pusing pusing dan tunjuk sekolah barunya
π
saya akan bercerita dan gambaran tentang sekolah baru dan persekitaran baru
πsaya
tunjukkan barang barang yang saya belikan untuknya sambil terangkan apa yang akan dia lalui nanti. Ingatkan Hadif tentang barang barang kepunyaannya
πsaya
mengajar Hadif menggunakan duit. Memang bab ini perlukan latihan yang banyak dan kerap.
πsaya
masukkan Hadif ke kelas persediaan yang dibuat di tadikanya kerana Hadif lemah matematik.Bukan untuk beri tekanan tapi at least tidak terkebelakang berbanding dengan anak anak yang sama umur dengannya.
Selebihnya saya berdoa dipermudahkan urusan Hadif nanti. Tak henti henti saya ingatkan diri saya supaya tidak terus berfikiran negatif. Beri sedikit kepercayaan pada Hadif untuk berdikari. Kalau susah hati, baca Al Fatihah.
Semoga panduan ini membantu parents yang pertama kali
menghantar anak ke sekolah macam saya.