TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


10 Perkara Penting Sebelum Ke Klinik Kesihatan Untuk Rawatan

Salam sejahtera semua. Terima kasih kerana masih sudi membaca coretan saya. Semoga ilmu yang saya sampaikan berguna untuk semua.

Kali ini saya ingin mengambil peluang untuk memberi panduan tentang beberapa perkara yang seringkali saya jumpa di klinik. Bukan untuk mencari salah tapi untuk diperbaiki dan kita sama sama belajar. Bukan nak cakap semua doktor betul pun. Ini mungkin boleh membantu semua yang ingin mendapatkan rawatan di KK.





🚩Jika anda sakit, demam, datang lah AWAL ke klinik. Janganlah tunggu sampai pukul 430 ptg baru nak datang. Mungkin anda memerlukan ujian darah, ujian x ray, ujian air kencing. Mungkin setengah jam tidak cukup untuk membuat satu kesimpulan untuk masalah anda. Adakala doktor terpaksa meminta anda datang semula keesokkan harinya. Jadi jangan lah marah kalau anda terpaksa datang sekali lagi. 

🚩kalau anak demam, pastikan berikan anak diberi ubat di rumah. Jangan lah sebab nak datang klinik, nak tunjuk anak demam kat doktor, tak bagi ubat di rumah. Lainlah kalau memang tak dak ubat di rumah. Sebab ada kes, anak sawan di klinik semasa tengah tunggu nak jumpa dr. Kesian si anak. Percayalah ibu, doktor akan percaya setiap apa yang ibu mengadu walaupun masa tu suhu badan anak tak tinggi. Sebab ibu lebih tahu tentang anaknya. I always trust mother's words. 

🚩cara pemakaian pun saya kena bagitau esp untuk golongan muda. Pakai la yang bersesuaian. Saya bagi contoh, seorang anak muda mengadu sakit lutut tapi datang klinik pakai jeans ketat. Allah, of course doktor nak check lutut. Macam mana selak seluar ketat. Untuk itu, patient kena buka seluar dan pakai kain yang ada di bilik doktor. 

🚩kalau datang ke klinik, daftar dulu di kaunter pendaftaran. Janganlah terus serbu bilik doktor. kalau ada yang kali pertama, boleh tanya di kaunter pendaftaran. semua orang sedia membantu. Itu kan slogan KKM. Jangan lupa bawa Kad pengenalan atau myKid anak. Untuk kakitangan kerajaan, jangan lupa GL atau kad pesara anda. 

🚩bawa surat surat penting contohnya discharge note dari hospital. Itu akan memudahkan rawatan sebab di KK tak ada link dengan hospital yang doktor boleh terus tahu kenapa anda masuk wad dan apa yang perlu dilakukan selepas keluar dari hospital.

🚩 bawa la bahan bacaan sementara menunggu nombor anda dipanggil. Jangan la expect nak jumpa cepat terutama kalau lepas public holiday. Just relax and chill. Bukan selalu nak datang klinik.

🚩kalau nak jumpa dr perempuan atau dr lelaki, bagitau awal awal dekat staf klinik untuk memudahkan proses rawatan anda. Kami cuba accomodate  kehendak pesakit dengan baik. Tapi kalau tak dapat juga, kena terima dengan hati yang terbukalah.

🚩jika anda seorang penghidap penyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi, bawa buku rekod kesihatan yang ada supaya senang doktor yang merawat tahu ubat ubat yang anda ambil ataupun senarai penuh ubat anda. Ubat ada macam macam bentuk dan warna bergantung pada syarikat yang mengeluarkannya. Sama juga dengan ibu mengandung. Buku Merah macam passport anda. Ke mana saja anda pergi, WAJIB bawa buku merah anda!

🚩kalau datang berteman, pastikan teman anda itu adalah ahli keluarga terdekat. Janganlah boyfriend atau girlfriend pulak berteman hingga masuk ke bilik doktor. Kurang sesuai rasanya.

🚩tolonglah silentkan telefon anda semasa berada dalam bilik doktor. Masa ni la anda boleh bercerita masalah kepada doktor supaya dapat dibantu. Ambil peluang sebaik mungkin untuk berbincang tentang masalah anda. Saya pernah bertemu dengan seorang remaja yang asyik bermain telefon sambil menjawab soalan saya tentang masalah kesihatannya. Bila kami beri komitmen untuk merawat tapi anda buat sambil lewa. 😓


Saya berharap bila semua yang membaca tahu mengenai perkara perkara ini, ia akan memudahkan proses rawatan di klinik. Semua orang ingin memberikan yang terbaik.

Apa yang penting KERJASAMA!





0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in