Siapa yang pernah sakit kepala? Sakit kepala memang salah satu masalah yang sering membawa pesakit ke klinik. Bukan mudah untuk mencari punca sakit kepala kerana ia satu diagnosis yang terlalu luas.
Banyak jenis sakit kepala antaranya
π©tension headache
π©migraine
π©cluster headache
π© sinus headache
π© sakit kepala yang disebabkan tekanan dalam otak tinggi disebabkan oleh tumour atau pendarahan
Selalunya yang pesakit risau adalah sakit kepala yang mungkin disebabkan ketumbuhan dalam otak. Tapi untuk dr membuat diagnosis tersebut, ia perlu disokong oleh simptom simptom lain seperti muntah waktu pagi, kabur mata atau lemah tangan atau kaki.
Setiap satu masalah sakit kepala di atas mempunyai ciri ciri yang tertentu. Saya ingin berkongsi tentang masalah migraine kerana saya sendiri mengalami masalah tersebut dan pernah sakit hingga terpaksa berehat di hospital. Doktor juga manusia biasa yang tak dapat lari dari ujian sakit dari Allah. Dengan rasa sakit dan pengalaman tersebut, saya boleh membantu pesakit yang mengalami masalah yang sama.
Rasa sakit kepala tersebut memang susah untuk digambarkan kerana terlalu sakit hingga merebak ke bahagian mata. Sakit berdenyut yang pernah buat saya ingin hantukkan kepala hingga pecah. Ia melibatkan sebelah kanan kepala saya dan medan penglihatan saya. Sebelum sakit itu datang, saya seolah olah dapat merasa kedatangannya dan ini adalah aura yang sering dihadapi oleh pesakit yang mempunyai migrain. Adakala pesakit boleh tidak boleh melihat cahaya atau tidak boleh mendengar bunyi bising. Ada juga pesakit yang akan muntah.
Untuk membuat diagnosis pesakit menghidap migraine, pesakit perlu memenuhi beberapa kriteria iaitu
π¨ sakit kepala melibatkan hanya satu bahagian kepala (unilateral)
π¨ sakit kepala yang berdenyut
π¨ sakit kepala yang teruk hingga mengganggu aktiviti harian
π¨ sakit kepala yang menyebabkan pesakit terpaksa mengelakkan aktiviti harian
π¨ sakit kepala yang berterusan hingga 72 jam jika tidak dirawat
π¨ semasa sakit kepala, pesakit mesti mengalami salah satu simptom iaitu muntah atau sensitif kepada cahaya atau bunyi
Terdapat pelbagai teori mengenai punca berlakunya migraine antaranya adalah teori melibatkan salur darah di mana berlaku pengecutan dan pengembangan salur darah pada otak. Ada juga teori migraine berlaku disebabkan aktivity otak tapi yang pasti mekasnisme nya belum diketahui dengan baik oleh saintis.
Antara faktor yang akan membuat pesakit migraine mengalami serangan sakit kepala adalah
π stress (ini memang saya sendiri alami)
π perubahan hormon esp during period, pregnancy
π kurang tidor
π merokok
π skip meal
Ada juga yang disebabkan oleh makanan
π kafein
π MSG
Semasa saya mengalami serangan migraine yang teruk, perkara yang saya akan buat adalah
1- ambil pain killer
2- cari tempat yang tenang
3- tidor
Memang kena berhenti dari terus melihat pesakit. Kadang kadang kena ambil MC sebab migraine.
Saya mencari punca kenapa ketika itu migraine saya sangat kerap berlaku. Berkemungkinan besar disebabkan tekanan dan kurang rehat.
Memang ada ubat yang boleh merawat masalah migraine dan juga ubat untuk mengurangkan kekerapan serangan migraine. Antara ubat yang diberikan adalah
1- propanolol
2- flunarizine
3- amitryptiline
4- sumatriptan
Saya mencari solusi untuk masalah ini supaya kekerapan serangan migraine berkurang selain penggunaan ubat di klinik
Untuk itu saya :
1- amalkan b complex
Salah satu vitamin B ialah B2 (riboflavin). Menurut satu kajian, pengambilan riboflavin 5mg untuk 3 kali sehari yang dilaporkan pada tahun 1946, dapat bertindak sebagai prophylaxis untuk mengurangkan kekerapan serangan migraine. Dalam 15 pesakit migraine, 10 orang tidak lagi menghadapi serangan migraine dan 3 orang beransur pulih.
2- cuba cari faktor penyebab dan kurangkan punca tersebut
faktor penyebab ni hanya pesakit sahaja yang tahu dan kena cuba cari dan kena elakkan. Trigger factor kita tak sama. Jadi kena cuba cari apa yang menyebabkan simptom itu berlaku.
3- Senaman pernafasan
ini kena belajar buat dan amalkan. senaman pernafasan bukan setakat untuk kurangkan sakit tapi membantu kurangkan tekanan.
4- Boleh cuba gunakan essential oil
Saya baru belajar gunakan essential oil dari young living. Terdapat pelbagai jenis essential oil. Ia umpama aromatherapy untuk kurangkan stress. Yang saya guna adalah essential oil stress away (roll on). Essential oil boleh dihidu, dicalit pada bahagian lengan dan leher. Bau dari campuran minyak minyak ini boleh membantu mengurangkan stress. Mengikut pengamal aromatherapist, dengan menghidu essential oil, merangsang bahagian saraf bau - olfactory di bahagian otak dan kemudian signal dihantar ke bahagian limbic system di otak yang mengawal emosi dan ingatan kita.
Supplemen lain yang boleh diamalkan untuk mengurangkan serangan migraine dari pembacaan saya dari buku Dr Gaby seorang pengamal perubatan alternatif di US ialah:
πΈ magnesium
πΈ co enzyme Q10
πΈ vitamin c
πΈ fish oil
πΈ vitamin D dan calcium
Rujukan:
Sampel buku textbook Nutritional medicine by Alan R Gaby
semoga tips tips ini membantu.
ia berdasarkan ilmu dan pengalaman sendiri.
jika serangan migraine berterusan dan semakin teruk,
jangan ragu ragu untuk dapatkan bantuan doktor di klinik.

0 comments:
Post a Comment