TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

7 Manfaat Mengambil Vitamin B Complex

Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu lagi vitamin yang saya sendiri amalkan.



VITAMIN B COMPLEX

Banyak kebaikan dengan mengamalkan B complex setiap hari. Saya mengambil vitamin ini untuk kesihatan harian. Sekarang sejak menyusu, saya sangat memerlukan vitamin tambahan untuk tubuh saya lebih bertenaga.

7 manfaat B complex yang anda kena tahu dengan mengambilnya sebagai vitamin harian adalah

💊 Minda yang cerdas
   
Bila semakin berumur, kandungan otak akan berkurang dalam 2% setiap dekad umur kita. Pengambilan folic acid, vitamin B6 and B12 akan membantu mengurangkan risiko masalah Alzheimer. Dalam satu kajian, saintis melihat masalah otak mengecut sangat kurang dalam golongan yang mengambil vitamin B dalam dos yang tinggi selama dua tahun berbanding yang mengambil vitamin placebo. Kumpulan peserta kajian yang mengambil vitamin memperoleh markah yang tinggi untuk ujian ingatan.

💊 Mengurangkan Masalah Jantung

Di dalam darah terdapat homocystein yang merupakan bahan tosik amino asid yang boleh menyebabkan kerosakan salur darah dan menyebabkan berlakunya arteriosklerosis. Bila kandungan homocystein tinggi dalam darah, risiko untuk mendapat stroke dan masalah saluran darah seperti saluran darah periferi juga meningkat. Dengan mengambil vitamin B, ia dapat mengurangkan kandungan homocystien.

💊 Menguatkan tulang

💊 Menjaga penglihatan
     
Daripada kajian saintis Havard, pengambilan folic acid, vitamin B6, dan B12 dapat menjaga mata. Dalam satu kumpulan wanita yang mengambil vitamin tersebut mengurangkan risiko untuk mengalami age related macular degeneration. Dalam satu kajian yang lain, pengambilan vitamin B bersama vitamin A, C, E dan caretinoid boleh mengurangkan masalah katarak.

💊 Meningkatkan tenaga
     
Vitamin B12 adalah energy booster yang sangat baik. Ia membantu pembakaran lemak dan karbohidrat untuk dijadikan tenaga, membantu pembinaan sel darah merah dan membantu membuat pelindung pada saraf. Kekurangan Vitamin ini menyebabkan badan menjadi sangat penat.

💊 Meningkatkan mood dan emosi
   
Folic acid, vitamin B6 dan B12 merupakan vitamin trio yang mengawal mood. Ia adalah bahan untuk membentuk neurotransmitter serotonin yang ada kaitan dengan masalah mood. Walaupun vitamin B complex bukan rawatan asas masalah depression tapi penggunaan bersama ubat kemurungan boleh  membantu.

💊 Mengurangkan allergic dan asthma
   
Satu kajian menunjukan individu yang mempunyai kekurangan Folic acid dalam darah mempunyai risiko untuk mendapat masalah kulit dan asthma.

Keistimewaan B Complex NUTRILITE

🌸 mempunyai tujuh vitamin B - B1, B2, B3, B5, B6, folic asid, B12
      Inositol dan PABA - Asid para amino benzoik

🌸 diambil Secara semulajadi dari yis yang dikultur dan dinyahaktifkan

🌸 dengan 3 tablet setiap hari akan melengkapkan keperluan vitamin B untuk badan

🌸 disalut dengan NUTRILOCK untuk mengekalkan kesegaran dan mudah untuk ditelan

 Alhamdulillah saya telah lama mengamalkan vitamin B complex sebagai vitamin harian. Saya mengambil pada mulanya untuk masalah migraine. Saya menhadapi masalah migraine yang sangat teruk hingga terpaksa berehat di hospital. Setelah mengamalkan vitamin B complex sejak 2 tahun lepas, masalah sakit kepala tidak lagi menyerang.

Sekarang saya mengamalkan vitamin B complex sebagai energy booster saya. Oleh kerana saya bekerja dan dalam masa yang sama masih menyusu anak saya yang ketiga, saya perlukan lebih tenaga.


Rujukan:
Dr Julian Whitaker website


Dapatkan Vitamin B complex NUTRILITE dari saya.
Insya allah saya akan bantu memberi konsultasi kesihatan percuma buat anda.
Vitamin ✅ HALAL ✅ SELAMAT ✅ BERKUALITI


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in