Penulis: Dr Sharif Ahmad, Dr Fahd Razy, Dr Onn Azli, Dr Kamarul Ariffin, Jazlina Syahrul
Terbitan: Penerbitan Kata Pilar & Grup Karyawan Luar Negara
Mukasurat: 214 mukasurat
Buku kali ni yang saya baca adalah dari tulisan doktor doktor muda yang berbakat. Ia adalah kompilasi cerita cerita pendek pengalaman doktor doktor di klinik dan hospital. Ada suka ada duka. Pelbagai ragam manusia yang kami terima setiap hari dan kami belajar melaluinya. Kami doktor yang memilih kerjaya ini, mengorbankan hidup kami untuk berbakti kepada masyarakat.
Hampir semua cerita pengalaman doktor doktor ini berulang setiap hari di klinik. Satu cerita dari buku ini tentang pesakit dan ubat.
Kami jumpa pesakit dari yang muda hinggalah yang sudah uzur dan kami melihat dan mengendalikan proses lahirnya seorang bayi hinggalah kepada proses kematian. Saya bersyukur diberi peluang tersebut kerana melaluinya saya dapat rasakan hebatnya kuasa Allah.
Sudah hampir 9 tahun bekerja sebagai doktor, banyak pengalaman yang saya lalui dan saya belajar melaluinya.
Buku ini sesuai untuk bacaan umum. Bukan sekadar pengalaman doktor doktor sahaja tapi diselit sekali tips-tips kesihatan sebagai panduan. Perkataan perkataan yang digunakan adalah mudah dan diberikan penerangan kepada masyarakat jika doktor menggunakan bahasa perubatan.
Saya memang terhibur bila membaca buku ini kerana cerita yang ditulis adalah hampir sama dengan pengalaman sendiri terutama yang melibatkan pesakit.
Rate : 5 Stars

0 comments:
Post a Comment