TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 44: Sembelit di Kalangan Warga Emas

Soalan:

salam Dr, pak cik susah buang air besar. kadang kadang 4-5 hari sekali baru dapat buang. Selalu kena pi beli ubat nak buang air besar. Bagaimana yer Dr?

Jawapan:

Waalaikumsalam Pak cik. semoga dalam lindungan Allah selalu.
Masalah yang pak cik ajukan adalah masalah yang sering diadukan kepada dr setiap kali kami bertemu dengan warga emas. Maksudnya common complaint dari pesakit.


Kebanyakkannya berlaku kepada warga emas yang berumur 60 tahun ke atas.

Apabila pesakit datang dengan masalah sembelit, dr akan ambil sejarah masalah yang dihadapi antara yang akan ditanya
🚩maksud sembelit pada pesakit - najis keras atau kurang kekerapan membuang air besar
🚩simptom simptom lain seperti sakit perut, muntah, perut kembung
🚩tanda tanda bahaya berlakunya usus tersumbat seperti muntah, sakit perut yang amat sangat, perut kembung, sembelit dan tidak kentut
🚩diet pesakit
🚩sejarah kanser usus dalam keluarga

Sembelit mempunyai dua jenis
1- primary sembelit disebabkan fungsi usus
2- secondary sembelit mungkin disebabkan oleh masalah kesihatan yang lain, ubat atau psychology

Kebanyakan kes adalah primary constipation. Primary contispation terbahagi kepada 3 jenis
πŸ“normal functional constipation - pesakit mengadu membuang najis keras tapi frekuensi membuang air besar adalah seperti biasa

πŸ“slow transit constipation - masa yang diperlukan untuk bahan percernaan untuk melalui bahagian usus lebih lama berbanding biasa. Usus kecil kita panjangnya lebih kurang 7 meter, manakala usus besar adalah 1.5meter. Jadi masa yang diperlukan itu lebih dari biasa bila umur makin meningkat.

πŸ“masalah pencernaan yang boleh berlaku kepada pelbagai peringkat umur. Berlaku disebabkan otot bahagian rectum dan bahagian yang mengawal pembuangan air besar.

Target rawatan untuk masalah sembelit adalah
1⃣ kurangkan simptom
2⃣ pastikan pesakit buang air besar yang normal, lembut sekurang kurangnya 3 kali seminggu

Ada pelbagai kaedah rawatan iaitu dengan ubat atau tanpa ubat.

Ubat ubatan yang ada di klinik:
✅ syrup lactulose ( osmotic laxative)
✅ tab bisacodyl ( stimulant laxative)
✅ enema


Rawatan tanpa ubat yang boleh dilakukan dan saya lebih suka pesakit saya lakukan berbanding dengan bergantung kepada ubat.

πŸ˜€ jadual untuk ke tandas.
πŸ˜€dicadangkan agar pesakit meletak kaki di atas bangku kecil berbanding meletak kaki di atas lantai untuk meluruskan kawasan anorectal junction
πŸ˜€kurangkan penggunaan bed pan
πŸ˜€ amalkan senaman πŸƒπŸš΄πŸŠ
πŸ˜€ tingkatkan pengambilan diet tinggi fiber lebih kurang 20 hingga 35 g sehari
πŸ˜€ minum air banyak πŸ’§πŸ’§πŸ’§dicadangkan pengambilan air 1.5 hingga 2 liter sehari

Komplikasi sembelit antaranya adalah
😁 buasir
😁 luka pada kawasan anus (anal fissure)
😁 rectal prolapse
😁 diverticular disease

Jadi pak cik perlu rawat masalah ini dari terus menjadi masalah yang besar. Tak kisah lah nak guna ubat atau rawatan tanpa ubat.

Boleh cuba NUTRI FIBRE BLEND yang membekalkan 1.7gm serat sehari untuk membantu mengurangkan jurang pemakanan harian anda πŸ˜€






Semoga jawapan saya membantu pak cik dan semua di luar yang menghadapi masalah yang sama. Kita ikhtiar selebihnya doa kepada yang Satu.


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in