TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Review Buku: Cikgu Kelas Sebelah

Tajuk: Cikgu Kelas Sebelah
Penulis: Fadli Salleh
Terbitan: Komrad Buku
Mukasurat: 183 mukasurat
Harga: RM 20


Buku ini dicadangkan oleh kawan saya untuk mengetahui cerita cerita kerenah anak anak darjah satu di sekolah. Ia tulisan seorang guru yang sangat kelakar. Mengumpul koleksi cerita cerita pendek pengalamannya mengajar dan kerenah kerenah anak anak tahap 1 di sekolah kebangsaan.

Pelbagai kerenah anak anak yang kelakar dan cikgu Mohd Fadhli sangat pandai mengambil hati anak anak. Saya pasti dia memang sangat passion dalam kerjayanya sebagai seorang guru.


 


Apa yang ditulis oleh Cikgu Fazli sama dengan apa yang saya temui dalam kotak pensel Hadif. Begitu cermat Hadif menggunakan pensel.

Banyak lagi kerenah anak anak kecil di tahun 1 hingga 3 ditulis dalam buku tulisan cikgu Fazli. Saya pasti mencuit hati semua pembaca. Ada kala terasa betapa seronoknya golongan guru yang mendidik anak anak sepenuh hati.

Kalau dibuang tekanan dari pihak luar, saya pasti ada keseronokan dalam dunia anak anak. Pembelajaran yang terlalu menekankan peperiksaan mengundang tekanan bukan saja pada anak anak tapi melibatkan ibubapa.

Apapun buku ini sesuai untuk semua peringkat umur. Untuk ibubapa yang ingin lebih tahu kerenah anak anak di sekolah. Untuk guru guru yang mahu mencari motivasi untuk mengajar dengan seronok.

Macam kata kata cikgu Fazli, guru di dalam kelas umpama raja yang mentadbir dalam negeri yang kecil. Kena pandai mentadbir baru negeri aman damai.

Saya bagi 4 🌠🌠🌠🌠 untuk buku ini. Ia tak akan mengecewakan anda. Malah boleh buat anda tersenyum.

Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad

Baru baru ini saya dapat menghadiri kursus di Alor Setar. Selalu tempat kursus adalah di Hospital atau di Pejabat Kesihatan. Kali ini, Jabatan Kesihatan Negeri memilih untuk membuat kursus di luar premis kesihatan dan memilih Rumah Kelahiran Tun Mahathir sebagai lokasi. 

Bila menerima surat panggilan untuk hadir kursus Psychososial First Aid, saya sangat teruja kerana tidak pernah lagi berpeluang ke tempat tersebut meskipun sudah hampir 4 tahun berpindah ke Kedah. 


Rumah Kelahiran Tun Mahathir adalah rumah ibubapa Tun yang telah dibaikpulih dan dijadikan sebagai tempat bersejarah untuk dilawati. Rumah ini adalah rumah tempat lahir Tun dan tempat Tun dibesarkan. 

Kawasan ini menempatkan rumah asal Tun Mahathir dan keluarga dan beberapa buah galeri kecil di kawasan tersebut yang menyimpan semua gambar dan cerita cerita Tun semasa kecil hinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke Empat. 

Saya sempat masuk dan mengunjungi rumah ini semasa kursus berhenti rehat. Rumah kampung itu mengingatkan saya dengan rumah lama nenek dan datuk saya. Barang barang antik milik Tun sekeluarga masih dijaga dengan baik. Peralatan dan hiasan lama memang menggamit kenangan.











Waktu lawatan

Selasa hingga Khamis 10 pagi hingga 530 petang
Jumaat 10 pagi hingga 12 tghari
              3 ptg hingga 530 petang
Isnin TUTUP kecuali hari cuti umum dan cuti sekolah

MASUK PERCUMA

Alamat Rumah Kelahiran Tun Mahathir 
            No 18, Lorong Kilang Ais
            Tepi Jalan Pegawai 
            Seberang Perak 
            05000 Alor Setar, Kedah 

Tel: 04- 7722319

Jom layan gambar gambar yang saya ambil semasa berkunjung ke sini. Nanti boleh bawa anak anak untuk kenal siapa Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat dan bapa pembangunan Malaysia. 

Matching Game Bantu Tingkatkan Memori Anak

Kali ini saya ingin berkongsi beberapa permainan yang saya belajar ketika menghadiri seminar bersama Dr Siti Rohana. Saya juga sering bermain dengan anak anak terutama Balqis dan anak perempuan saya ini memang tidak dinafikan mempunyai memori yang sangat kuat.

Saya pasti, permainan ini boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibubapa dan anak anak. Permainan ini murah dan menyeronokan.

Saya pernah main game ni masa kecil kecil dalam komputer. Sikit pun tak pernah terfikir ia membantu menajamkan memori. Game ni dinamakan

                      Flip Flop Game / Matching Game 

πŸ“ini game yang paling best dan saya suka sangat bermain dengan anak
πŸ“mula dengan 4 kad gambar besar dan seterusnya baru tambah bilangan kad secara berpasangan
πŸ“mula dengan gambar yang dekat dengan anak contoh gambar keluarga, gambar barang barang di rumah
πŸ“kalau rasa malas minta encik google carikan gambar dengan taip : Matching Game. Pastikan gambar yang diprint nanti berpasangan.
πŸ“saya cadangkan laminate gambar yang diprint tadi supaya boleh bermain banyak kali dan boleh disimpan πŸ˜€



Cara bermain:
1- letakkan 4 keping kad dengan 2 gambar berpasangan secara terbalik. Tutup gambar.
2- suruh anak buka gambar yang pertama dan ingat gambar kedudukan gambar tersebut
3- buka kad yang kedua
4- jika sama, anak berjaya... yey!
5- jika tidak sama, tutup kedua dua kad semula
6- mula kembali dari langkah ke-2.

Ada lagi cara lain bermain Matching game yang menarik untuk dicuba dengan menggunakan cawan kertas. Yang ni saya jumpa dalam FB. Kena keluar bajet sikit beli paper cup.

πŸ˜€ Konsepnya sama.
πŸ˜€ Tulis huruf di dasar cawan dan terbalik kan
πŸ˜€ lekat gambar apa saja tapi dengan syarat secara berpasangan
πŸ˜€ Buka cawan yang pertama dan lihat huruf/ gambar yang tertera
πŸ˜€ Buka cawan yang kedua
πŸ˜€ Sekiranya sama, boleh keluarkan kedua dua cawan tadi
πŸ˜€ Sekiranya tidak, terbalikkan kembali kedua dua cawan.
πŸ˜€ Anak perlu ingat kedudukan cawan dan huruf yang dibuka.

Boleh dapatkan contoh yang saya cetak untuk anak anak saya DI SINI

Selamat bermain ! 


NOTA : Satu lagi tips yang Dr Siti berikan untuk membantu ingatan anak anak dalah dengan membaca Al Quran ataupun biarkan anak mendengar bacaan Al Quran yang dibaca oleh ibu.

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in