Saya pasti, permainan ini boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan antara ibubapa dan anak anak. Permainan ini murah dan menyeronokan.
Saya pernah main game ni masa kecil kecil dalam komputer. Sikit pun tak pernah terfikir ia membantu menajamkan memori. Game ni dinamakan
Flip Flop Game / Matching Game
πini game yang paling best dan saya suka sangat bermain dengan anak
πmula dengan 4 kad gambar besar dan seterusnya baru tambah bilangan kad secara berpasangan
πmula dengan gambar yang dekat dengan anak contoh gambar keluarga, gambar barang barang di rumah
πkalau rasa malas minta encik google carikan gambar dengan taip : Matching Game. Pastikan gambar yang diprint nanti berpasangan.
πsaya cadangkan laminate gambar yang diprint tadi supaya boleh bermain banyak kali dan boleh disimpan π
Cara bermain:
1- letakkan 4 keping kad dengan 2 gambar berpasangan secara terbalik. Tutup gambar.
2- suruh anak buka gambar yang pertama dan ingat gambar kedudukan gambar tersebut
3- buka kad yang kedua
4- jika sama, anak berjaya... yey!
5- jika tidak sama, tutup kedua dua kad semula
6- mula kembali dari langkah ke-2.
Ada lagi cara lain bermain Matching game yang menarik untuk dicuba dengan menggunakan cawan kertas. Yang ni saya jumpa dalam FB. Kena keluar bajet sikit beli paper cup.
π Konsepnya sama.
π Tulis huruf di dasar cawan dan terbalik kan
π lekat gambar apa saja tapi dengan syarat secara berpasangan
π Buka cawan yang pertama dan lihat huruf/ gambar yang tertera
π Buka cawan yang kedua
π Sekiranya sama, boleh keluarkan kedua dua cawan tadi
π Sekiranya tidak, terbalikkan kembali kedua dua cawan.
π Anak perlu ingat kedudukan cawan dan huruf yang dibuka.
Selamat bermain !
NOTA : Satu lagi tips yang Dr Siti berikan untuk membantu ingatan anak anak dalah dengan membaca Al Quran ataupun biarkan anak mendengar bacaan Al Quran yang dibaca oleh ibu.

0 comments:
Post a Comment