Baru baru ini saya dapat menghadiri kursus di Alor Setar. Selalu tempat kursus adalah di Hospital atau di Pejabat Kesihatan. Kali ini, Jabatan Kesihatan Negeri memilih untuk membuat kursus di luar premis kesihatan dan memilih Rumah Kelahiran Tun Mahathir sebagai lokasi.
Bila menerima surat panggilan untuk hadir kursus Psychososial First Aid, saya sangat teruja kerana tidak pernah lagi berpeluang ke tempat tersebut meskipun sudah hampir 4 tahun berpindah ke Kedah.
Rumah Kelahiran Tun Mahathir adalah rumah ibubapa Tun yang telah dibaikpulih dan dijadikan sebagai tempat bersejarah untuk dilawati. Rumah ini adalah rumah tempat lahir Tun dan tempat Tun dibesarkan.
Kawasan ini menempatkan rumah asal Tun Mahathir dan keluarga dan beberapa buah galeri kecil di kawasan tersebut yang menyimpan semua gambar dan cerita cerita Tun semasa kecil hinggalah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang Ke Empat.
Saya sempat masuk dan mengunjungi rumah ini semasa kursus berhenti rehat. Rumah kampung itu mengingatkan saya dengan rumah lama nenek dan datuk saya. Barang barang antik milik Tun sekeluarga masih dijaga dengan baik. Peralatan dan hiasan lama memang menggamit kenangan.
Waktu lawatan
Selasa hingga Khamis 10 pagi hingga 530 petang
Jumaat 10 pagi hingga 12 tghari
3 ptg hingga 530 petang
Isnin TUTUP kecuali hari cuti umum dan cuti sekolah
MASUK PERCUMA
Alamat Rumah Kelahiran Tun Mahathir
No 18, Lorong Kilang Ais
Tepi Jalan Pegawai
Seberang Perak
05000 Alor Setar, Kedah
Tel: 04- 7722319
Jom layan gambar gambar yang saya ambil semasa berkunjung ke sini. Nanti boleh bawa anak anak untuk kenal siapa Tun Mahathir, Perdana Menteri Malaysia yang ke empat dan bapa pembangunan Malaysia.

0 comments:
Post a Comment