TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Panduan Untuk Ibubapa Bila Anak Mula Sekolah

Alhamdulillah, saya masih berkesempatan untuk menulis. Agak sibuk kebelakangan ini dengan dengan tugas hakiki terutama tugas baru apabila anak sulung mula menginjak ke tahun pertama persekolahan. 

Memang tidak dinafikan perasaan teruja sebagai ibu apabila anak sulung melangkah ke sekolah kebangsaan tapi dalam masa yang sama perasaan bimbang itu sentiasa ada. Pelbagai perkara bermain di fikiran terutama memikirkan bagaimana dia akan berdikari di sekolah. Alhamdulillah sudah beberapa bulan memulakan persekolahan dan Hadif dapat menyesuaikan dirinya dalam alam baru. 

Melihat anak berpakaian lengkap seragam sekolah pada hari pertama pendaftaran Tahun Satu, bagaikan kali pertama mendakapnya dalam pelukan pada hari kelahirannya. Susah senang mengandungkannya, ke hulu ke hilir membuat rawatan dan terapi untuk Hadif hilang seketika penat itu apabila melihat segaknya dia dengan uniform sekolah. Allahuakbar, Allah Maha Besar dan Alhamdullillah kerana masih meminjamkan anak ini selama 7 tahun untuk saya terus menggalas tanggungjawab sebagai ibu buatnya. 

Ada beberapa perkara yang saya ingin kongsikan kepada ibubapa yang akan melalui situasi yang sama nanti. Mungkin sedikit pengalaman yang saya lalui bersama Hadif boleh membantu anda yang membaca. 

👉 Selalunya beberapa hari sebelum sesi persekolahan bermula, akan ada hari pendaftaran dan taklimat kepada ibubapa. Pada hari tersebut, ibubapa akan serahkan semua borang dan dokumen yang diperlukan. Pada hari tersebut juga, ibubapa akan membuat bayaran yuran sekolah. Selalunya buku buku latihan dan baju sukan sudah dibeli lebih awal dari hari pendaftaran dan boleh juga dibeli pada hari tersebut. selain dari taklimat, anak anak akan mengambil ujian saringan untuk menentukan kelas. Ada sekolah yang membuat ujian tersebut lebih awal dari hari pendaftaran. 

👉 saya cadangkan ibu atau bapa mengambil cuti untuk beberapa hari menemani anak yang baru melangkah ke tahun satu. saya mengambil cuti seminggu untuk menemani Hadif semasa waktu rehat. Pentadbiran sekolah tidak membenarkan ibubapa menemani anak di luar kelas. cukuplah sekadar tahu di mana kelas anak, siapa guru kelas dan kawan kawan anak yang berada di kelas yang sama. 

👉 Hadif mempunyai masalah ketika membeli di kantin kerana saya tidak pernah mengajarnya membayar duit jika ke kedai. Mungkin ini boleh diperbaiki dengan mengajar anak anak membayar sendiri jika anda ke kedai bersama anak. Ini boleh melatih penggunaan wang dan mengambil baki duit sekiranya ada. 

👉 Masalah tandas untuk anak anak yang baru keluar dari dunia pra sekolah juga perlu diajar. 
     - Ajar anak tahu di mana tandas terdekat dengan kelas 
     - ajar anak minta izin dari guru jika ingin ke tandas
     - ajar anak menggunakan tandas awam 
     ini antara yang saya risaukan kepada Hadif. Mujur Hadif boleh berdikari dan tahu apa yang perlu dibuat. cuma untuk beberapa hari yang awal, seluar dalamnya basah selepas menggunakan tandas. Hihihi

👉 Minggu orientasi di sekolah berlangsung selama 3 minggu dan selama inilah buku teks belum diberi lagi. Jadual waktu hanya akan diserah pada minggu terakhir orientasi

👉 Antara perkara perkara lain yang ibubapa kena take note adalah:
    1- pastikan ada no telefon sekolah, guru penolong kanan Hal Ehwal Murid dan guru kelas anak
    2- kalau sempat kenal seorang dua ibubapa kawan kawan sekelas anak sangat bagus kerana boleh 
        membantu menyampaikan info penting sekiranya ada contoh kerja sekolah, pakai baju apa etc
    3- kalau anak tidak dapat hadir, pastikan pihak sekolah diberitahu dan perlu ada surat doktor 
        sekiranya sakit
    4- kad imunisasi anak sangat penting untuk disimpan dengan baik dan salinan perlu diserahkan 
        kepada pihak sekolah. sekiranya tidak ibubapa perlu ke klinik untuk dapatkan salinan. 
    5- sentiasa ingatkan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh anak di sekolah

Saya bersyukur sangat Hadif dapat membawa dirinya dengan baik di sekolah. Meskipun ada perkara perkara kecil berlaku, dia masih tersenyum dan bersemangat ingin ke sekolah setiap hari. 

saya berdoa walaupun silibus sekolah anak anak sangat mencabar buat anak anak sekarang, semoga semuanya diberi kemudahan untuk menimba ilmu. 





 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in