TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 45: Bersukan dan Kaitan Dengan Kesuburan

Soalan: 

Dr.. sy berkahwin tahun lepas pd Dec.. sebelum kahwin sy sgt active bersukan especially futsal.. selepas kahwin sy masih berfutsal tp da kurang sikit.. ada effect x untuk nk pregnant kalau kite active bersukan, susah nk pregnant ke?


Jawapan: 


Assalamualaikum puan, 
Maaf kerana baru dapat menjawab persoalan puan, 
Aktif bersukan sebelum berkahwin bukan punca masalah untuk hamil. 

Untuk hamil, perlu berlaku persenyawaan ovum dari isteri dan sperma dari suami. 
Sperma perlu sampai kepada ovum. Lepas persenyawaan berlaku, zygot terhasil yang kemudian perlu menempel pada dinding rahim. 
Jika ini tidak berlaku, proses kehamilan tidak akan terhasil. 

Banyak faktor yang boleh menyebabkan tidak berlakunya kehamilan antaranya, hormon progesteron dan oestrogen tidak stabil, masalah hormon thyroid, tiub fallopio tersumbat, sperma kurang atau tidak aktif. 

Pemeriksaan lanjut boleh dibuat di klinik. Puan boleh hadir bersama suami untuk berbincang bersama doktor. Selalunya doktor hanya akan membuat pemeriksaan selepas setahun atau dua tahun puan berkahwin tetapi masih belum hamil. 

Saya nasihatkan puan amalkan pengambilan folic acid untuk kesihatan diri dan bayi jika tiba tiba disahkan mengandung. Kekurangan folik asid boleh menyebabkan kecacatan pada saraf bayi. 

Jika suami puan merokok, mohon dengan baik untuk dia berhenti atau kurangkan merokok kerana merokok boleh menyebabkan masalah pada sperma. 

Semoga jawapan ini membantu puan dan suami. 


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in