TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 46: Supplemen Untuk Masalah Kesuburan

Soalan:

sy mmg tgh ambil acid folic. Untuk pengetahuan doc, sy didiagnose dgn pcos. Doc yg check ada bgtahu sy kemungkinan susah utk hamil sbb ssh nak detect waktu subur. Sy ade baca2 yg ada supplement boleh membantu. Boleh doc suggest supplement utk sy ambil selain acid folic?

Thank you. 

Jawapan: 

Alhamdulillah, puan telah buat langkah yang betul dengan merujuk kepada pakar sakit puan dan telah mengetahui punca masalah kesuburan puan.



PCOS - Polycystic Ovarian Syndrome adalah di mana terdapat pembentukan banyak follicle di dalam ovari yang tidak matang. PCOS menyebabkan folicle tidak mengeluarkan telur dan ovulation tidak berlaku. 

Terdapat 3 ciri utama yang melibatkan PCOS iaitu
1- haid tidak teratur
2- lebih hormon androgen iaitu hormon lelaki 
3- polycystic ovaries iaitu terdapat kantung kantung air di kilang telur dan ovari lebih besar dari biasa. 

Antara simptom simptom PCOS adalah 
🚩 haid tidak teratur
🚩 tambah berat badan 
🚩sukar mengandung 
🚩bulu badan yang banyak dari biasa
🚩kulit berminyak 
🚩jerawat

Pesakit yang mempunyai masalah PCOS mempunyai risiko tinggi untuk mendapat masalah diabetes dan kolesterol tinggi. 

Tiada rawatan specific untuk PCOS. Yang dirawat adalah simptom yang berkait dengan PCOS. 

Jika puan mempunyai PCOS dan lebih berat badan, boleh bantu dengan mengurangkan berat badan, makan makanan sihat dan bersenam. 

Untuk masalah kesuburan, saya cadangkan teruskan temujanji bersama pakar dan berkemungkinan rawatan dengan ubat hormon boleh membantu untuk puan hamil. 

Sebelum saya cadangkan sebarang vitamin, puan perlu ingat, Supplemen BUKAN ubat. Ia hanya membantu melengkapkan keperluan nutrient harian kita. saya tidak akan kata dengan mengambil supplemen boleh membantu puan hamil. Ia cuma sebahagian dari usaha kita. 

Berikut adalah supplemen yang saya cadangkan: 

1- Vitamin B complex 
    Vitamin B complex membantu mengurangkan masalah kecacatan bayi dan mengurangkan simtom simptom semasa mengandung contohnya kebas kebas. 
Ada pakar di US yang mencadangkan pengambilan vitamin b complex untuk membantukan pengeluaran hormon progesteron untuk pesakit PCOS

2- Royal Jelly 

Royal Jelly kaya dengan amino asid, 10 hydroxydecenoic asic, lipid, sugar, vitamins dan protein. Ia mengandungi vitamin A, B complex, c, d, dan E juga zat besi dan kalsium. 

Satu kajian di Jepun yang diterbitkan pada tahun 2007, yang menunjukkan Royal Jelly mengandungi bahan yang hampir sama dengan hormon eostrogen manusia. Estrogen penting unutk kesihatan tulang dan kesihatan kitaran haid. 

Royal Jelly baik untuk 
1- meningkatkan nafsu seks
2- menyokong kesihatan ovum dan sperma 
3- menyeimbangkan hormon 
4- melindungi kesihatan hati 
5- merangsan sistem pertahanan badan

Sumber: www.natural-fertility-info.com
    
3- protein 
 Pengambilan protein dari sumber tumbuhan boleh membantu melindungi dari masalah kesuburan berbanding mengambil protein dari sumber haiwan. 

Sumber: www.authoritynutrition.com

4- jamu tropical Herbs WOMEN
Boleh rujuk tulisan saya tentang kandungan supplemen WOMEN  Di Sini


Beberapa tips lain yang boleh diamalkan adalah 
👶 amalkan pengambilan buah dan sayur 
👶 ambil makanan kaya dengan anti oxidant
👶 ambil sarapan yang berat
👶 kurangkan makanan berlemak 
👶 aktifkan diri
👶 kurangkan stress, banyakkan bertenang
👶 kurangkan pengambilan kafein
👶 tingkatkan pengambilan zat besi 


Jangan lupa berdoa kerana ia adalah datang dari Allah. Ini sebahagian dari usaha kita yang selebihnya Dia yang tentukan. Boleh amalkan doa nabi Zakaria - Surah Al Anbiya ayat 89. 

Semoga jawapan ini membantu puan.



Dapatkan konsultasi kesihatan dan vitamin yang boleh diamalkan untuk melengkapkan keperluan harian seisi keluarga. 😃
Hubungi saya untuk keterangan lanjut



Sumber: www.authoritynutrition.com

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in