TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Soalan 47: Sembelit Semasa Mengandung dan Pengambilan Yogurt

Soalan: 

As salam doc. sy ada masalah sembelit,sekarang mengandung 5bulan. tapi sejak saya amalkan yogurt farm fresh tiap pagi sebelum sarapan saya senang membuang, adakah yogurt elok untuk ibu mengandung?bolehkah diambil kerap?

Jawapan: 

Waalaikumsalam puan. Mohon maaf kerana mengambil masa untuk menjawab soalan puan.

 

Sembelit di kalangan wanita hamil memang sering berlaku. Ini adalah disebabkan oleh: 
😓 peningkatan hormon progesteron yang mengawal smooth muscle termasuklah sistem penghadaman wanita 
😓 pengambilan vitamin zat besi untuk masalah kurang darah merah 
😓 dalam trimester terakhir, uterus yang membesar akan memberi tekanan kepada rektum yang boleh menyebabkan sembelit. 

Yogurt adalah hasil dari susu yang dikultur bersama bakteria baik. Bakteria ini 'makan' gula dari susu untuk menghasilkan tenaga. Ini menghasilkan rasa masam masam dan teksture yang berkrim. 

Yogurt mengandungi kalsium yang tinggi dan bagus untuk ibu mengandung kerana kalsium tersebut sangat penting untuk pertumbuhan tulang bayi. yogurt juga mengandungi protein yang akan membantu pertumbuhan sel sel baru untuk anda dan bayi. 



Yogurt mengandungi bakteria yang dipanggil PROBIOTIC yang membantu sistem penghadaman ibu. Semasa mengandung, sistem penghadaman sangat perlahan disebabkan hormon dan untuk meningkatkan kuantiti nutrien yang akan dihantar kepada bayi. Ini menjadi punca masalah sembelit dan boleh meningkatkan risiko masalah buasir di kalangan ibu mengandung. Dengan mengambil yogurt, ia membantu melancarkan sistem penghadaman. 

Terdapat dua jenis yogurt yang perlu dielakkan iaitu 
1- yogurt yang tidak dipasteur yang boleh mengandungi bakteria berbahaya 
2- full fat yogurt yang boleh meningkatkan berat badan semasa mengandung

Secara kesimpulannya pengambilan yogurt baik semasa mengandung. Ia dapat melengkapkan keperluan nutrien semasa mengandung dan memberi tenaga kepada ibu. 

Beberapa tips untuk kurangkan sembelit semasa mengandung 
🚩 minum air banyak 
🚩amalkan high fibre diet - buah dan sayur 
🚩amalkan senaman secara regular 
🚩selalunya usus akan menjadi aktif lepas makan. Gunakan masa tersebut untuk ke tandas
🚩kalau ada rasa untuk ke tandas, jangan lengahkan 
🚩jika ada mengambil vitamin yang mengandungi zat besi yang tinggi, boleh dapatkan nasihat doktor untuk tindakan seterusnya

Semoga jawapan saya membantu puan. 


Sumber: www.livestrong.com

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in