TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

10 Perkara Yang Boleh Dilakukan Semasa Menunggu Hari Untuk Bersalin

Assalamualaikum semua. Salam Ramadan kepada semua yang masih sudi membaca tulisan saya. Pagi ini saya terima soalan menarik dari seorang pembaca blog saya yang menunggu hari untuk bersalin. Katanya ini merupakan kandungan pertama selepas 3 tahun berkahwin. Dia berasa sangat berdebar dan inginkan sedikit panduan dari saya untuk memudahkan proses kelahiran.



Pengalaman mengandung dan melalui proses kelahiran anak sebanyak 3 kali terlalu banyak untuk dikongsikan. Saya pasti ramai lagi di luar sana mempunyai pelbagai petua dan amalan yang boleh diberikan kepada bakal ibu ini.

Banyak perkara bermain di kepala seorang wanita bila berada pada fasa terakhir menunggu hari untuk bersalin. Banyak soalan yang menanti jawapan.
Nanti bersalin normal ke kena operate? sakit tak bersalin tu? Baby sihat tak? 
Boleh ka jadi ibu yang baik? 
Wanita yang otaknya kompleks memang fitrahnya begitu. Terlalu banyak berfikir benda yang ke hadapan. Risau perkara perkara yang belum pasti.

Untuk pengetahuan semua, hanya 5% wanita yang akan melahirkan anak pada tarikh due yang diberi oleh doktor. Banyak faktor yang mempengaruhi kelahiran anak. 37 hingga 40 minggu adalah tempoh matang untuk kelahiran anak. Bererti masuk saja kandungan 37 minggu, anda boleh bersalin bila bila masa dan insya allah anak yang dilahirkan sudah matang.

Antara perkara perkara yang boleh dilakukan oleh ibu adalah:


💖 Banyakkan berzikir bila terlalu banyak fikiran negatif dalam kepala. Banyakkan solat sunat. Saya rasa kebanyakan wanita di trimester terakhir susah untuk lena, sebab rahim makin besar dan anak selalu aktif waktu malam. Ia sebahagian dari persediaan ibu kena berjaga malam nanti. Jadi gunakan waktu malam, solat tahajud, taubat dan hajat mohon dipermudahkan proses bersalin. Saya selalu rasa Allah dah susun cantik perjalanan seorang ibu yang mengandung kerana Dia akan pastikan ibu sudah bersedia untuk menerima amanah baru dalam hidupnya 😊

Boleh amalkan Surah Maryam dan doa Nabi Yunus - mohon dipermudahkan segala urusan.

💖 Cari ilmu tentang teknik pernafasan semasa meneran. Teknik ini sangat penting untuk membantu ibu dari letih semasa meneran dan mengurangkan komplikasi koyakan pada bahagian perineum.

💖 Cari ilmu tentang penyusuan susu ibu terutama waktu waktu awal kelahiran anak jika anda berniat untuk menyusukan anak sendiri. Ilmu penyusuan di awal kelahiran anak sangat penting kerana kalau kurang ilmu, anda pasti akan mengalah dengan memberi susu ibu. Waktu inilah akan kedengaran suara suara, tak ada susu la tu, anak nangis tak cukup susu la tu. Kena faham keadaan anak waktu itu dan bagaimana susu ibu dihasilkan.

💖 Banyakkan berjalan. Bila ibu berjalan, berada dalam upright position, berat dan kepala bayi yang sudah berada di bahagian bawah akan menekan serviks dan menggalakan proses kelahiran.

💖 seks di trimester ke3 seawal 37 minggu akan membantu proses kelahiran. Prostaglandin dari air mani suami akan merangsang bukaan pintu rahim isteri. Dalam kajian terbaru menunjukan intercourse hanya membantu sedikit dalam proses kelahiran dan tiada bukti perubahan pada pangkal rahim - serviks.

💖 urutan pada bahagian perineum boleh membantu untuk kurangkan koyakan. untuk yang akan bersalin untuk kali pertama selalunya akan dibuat episiotomi untuk membolehkan kepala bayi keluar.

💖 saya tak berapa galakan pengambilan minum air kelapa dara atau air selusuh sekalipun melainkan air yang dibaca ayat Quran oleh suami. Ia boleh menyebabkan kontraksi rahim terlalu kuat dan menyebabkan sakit pada ibu. Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan beberapa kes yang saya kendalikan semasa menyambut kelahiran bayi di bilik bersalin. lagi bagus amalkan air zam zam dan pengambilan kurma. kurma di trimester ketiga boleh berikan tenaga, boleh banyakan susu dan ada yang kata boleh kurangkan jaundice.

Berdasarkan satu kajian, pengambilan kurma 4 minggu sebelum bersalin menurunkan keperluan kelahiran yang di 'induce'. Kajian tersebut melibatkan 69 orang wanita yang mengambil 6 biji kurma setiap hari sebelum tarikh due berbanding 45 orang wanita yang tidak mengambil kurma.

💖 ransangan pada payudara juga boleh membantu mempercepatkan kelahiran. Ia akan merembeskan hormon oxytosin yang boleh menyebabkan kontraksi pada rahim. Boleh cuba merangsang payudara dengan menggunakan jari dan mengurut.

💖 selalulah bercakap cakap pada anak supaya mudah dilahirkan. Setiap kali lepas solat, menjadi amalan saya untuk bercakap pada anak dalam kandungan supaya dilahirkan dengan mudah dan dia sihat dan mudah dijaga.

💖 pastikan anda cukup rehat, makan makanan yang berkhasiat supaya anda sentiasa bertenaga. Untuk melalui proses kelahiran, ia memerlukan tenaga yang banyak. Ibu perlu banyak bertenang dan berfikiran positif. Pada waktu begini, kaki akan lebih bengkak, ada kala ibu sukar bernafas kerana rahim yang besar. Oleh itu pada waktu malam, tinggikan kaki dan tidur mengiring ke kiri supaya tidak menekan salur darah besar pada bahagian belakang badan.


Menunggu hari untuk bersalin umpama menunggu hari untuk berperang. Berperang antara hidup dan mati. Sakit yang akan menggugurkan segala dosa si ibu. Proses yang akan menjadi kenangan seumur hidup seorang wanita. Hadapi dengan tenang walau apa sekalipun yang akan berlaku.

Most important thing that you have to know the baby will come out when he is ready. So don't worry. Keep your doa so that you will have smooth and easy delivery. Insya Allah.

Dapatkan Set bersalin lengkap bersama bengkung. 
Hubungi saya untuk keterangan lanjut 😃




Rujukan:
How to bring labour naturally

The effect of late pregnancy consumption of date fruit on labour and delivery 2011
Al Kuran O, et all. J obstet Gynaecol


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in