TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Aromaterapi Rawatan Alternatif Untuk Sakit Kepala

Sebelum ini saya pernah menulis tentang keadaan saya yang menghadapi masalah sakit kepala. Berkemungkinan sakit kepala ini adalah disebabkan tekanan kerja dan kurang rehat. Sakit kepala yang saya hadapi sangat menganggu kehidupan harian saya. ada sampai saya terpaksa berehat di rumah dan tidak mampu menguruskan anak anak.

Saya cuba mencari solusi untuk masalah sakit kepala ini. Saya pasti ramai di luar sana ada yang menghadapi masalah yang sama seperti saya. Mungkin perkongsian saya kali ini membuka minda anda tentang penggunaan aromatherapy.

Penggunaan aromatherapy telah bermula sejak tahun 1900 lagi. ia rawatan menggunakan minyak pati tumbuh tumbuhan yang mengeluarkan bau yang dapat membantu mengurangkan stress dan mengawal emosi.

Menurut pakar, aromatherapy merangsang saraf di bahagian hidung dan berhubung terus ke otak untuk membantu memulihkan emosi, menenangkan dan membantu ingatan seseorang. Penggunaan minyak pati tersebut juga boleh disapu di bahagian kulit dan diserap ke bahagian darah untuk membantu kesihatan badan.

Saya telah mencubanya menggunakan minyak pati Living Young. Saya menggunakan minyak campuran yang diberi nama Stress Away.

STRESS AWAY blend Oil 




🚩 dalam bentuk roll on - ready to use
🚩 kandungan satu botol 10ml
🚩 mengandungi campuran  ekstrak vanilla, lemon, copaiba, cedarwood dan lavender
🚩 boleh digunakan secara menyapu pada kulit, menghidu

Alhamdulillah minyak pati campuran ini sangat membantu saya mengurangkan masalah sakit kepala dan tekanan kerja. Saya sentiasa pastikan roll on ini ada dalam simpanan saya bila saya perlukan. Saya masih ambil ubat tahan sakit bila perlu. Roll on Stress away ini sebagai melengkapkan rawatan sakit kepala apabila punca yang menyebabkan masalah ini adalah dari tekanan harian.

Selain daripada itu, antara kebaikan lain penggunaa aromatherapy adalah
membantu masalah kemurungan. Seperti sedia maklum, penggunaan ubat psikiatri tidak dapat lari dari kesan sampingan. Perubatan komplementari seperti aromatherapy sangat membantu selain dari ubat dan kaunseling.

aromatherapy dapat membantu meningkatkan memori. Ada kajian yang dilakukan, penggunaan aromatherapy dapat melambatkan proses penuaan dan mengurangkan masalah Al zheimer. Untuk orang muda, penggunaan aromatherapy dapat meningkatkan keupayaan ingatan dengan lebih baik selepas beberapa kali rawatan.

Bantuan untuk tidur lena. aroma dari minyak pati tertentu dapat membantu mendatangkan mood untuk tidur dan membantu mendapatkan tidur yang berkualiti.

✅  bantuan untuk mengurangkan sakit - pain relief. 

semoga perkongsian ini dapat membantu anda di luar sana. Banyak lagi kebaikan penggunaan minyak pati ini. Insya Allah saya akan kongsikan lagi penggunaan dan manfaat minyak pati ini. 



Hubungi saya untuk dapatkan penerangan lanjut tentang minyak pati Living Young. 
Minyak pati berkualiti tinggi. 


Rujukan:
www.organicfact.net
www.livingyoung.com


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in