Kali ini saya ingin berkongsi tentang jadual pam untuk ibu bekerjaya. Sebagai ibu yang harus ke tempat kerja, mengepam susu sangat digalakkan. Ini akan membantu untuk menyimpan stok susu untuk kegunaan anak dan juga mengurangkan risiko bengkak susu. Selain daripada itu, dengan mengepam susu, ia akan memberi isyarat kepada otak yang susu ibu masih perlu dihasilkan.
Kenapa jadual sasaran ini penting untuk ibu
1⃣ membantu ibu keep track dengan stok susu yang ada dalam simpanan
2⃣ membantu ibu untuk mencapai sasaran jumlah susu yang diperlukan oleh anak setiap hari
Sebelum ibu mula bekerja, ibu sudah mula perkenalkan susu perahan untuk anak. Ini bagi membolehkan ibu tahu berapa kerap anak minum dan jumlah susu untuk setiap kali feeding.
Untuk membuat jadual sasaran mengepam, anda perlu jawab soalan terlebih dahulu. Lepas tu kita akan belajar matematik mudah untuk mendapatkan jumlah perahan yang perlu dilakukan oleh ibu. Saya akan bagi contoh untuk memudahkan semua untuk memahami.
1- Berapa jumlah susu yang diminum oleh anak untuk setiap kali feeding?
Contoh 4oz
2- Berapa kali anak minum susu perahan semasa anda berada di tempat kerja?
Contoh 3 kali
3- Jumlah susu yang diminum oleh anak setiap hari semasa anda tinggal kepada pengasuh
4oz x 3 = 12oz ( ini adalah target jumlah susu yang perlu ibu dapat)
Soalan seterusnya yang perlukan pengiraan adalah
4- berapa kali sesi mengepam yang diperlukan ibu?
🍼 jumlah susu yang diperolehi setiap kali ibu mengepam: 5oz
🍼 berapa kali kena pam susu untuk dapatkan jumlah susu yang diminum oleh
anak
Contoh 12oz (jumlah susu yang anak minum setiap hari ibu bekerja)/ 5oz (jumlah susu yang diperolehi setiap kali ibu pam susu) = 2.4 kali
Jadi lebih kurang 3 kali sehari ibu kena pam susu semasa berada di tempat kerja untuk mendapatkan jumlah susu yang diminum anak setiap hari.
Faham tak? Saya harap penerangan saya ini mudah untuk difahami.
Masa yang saya cadangkan untuk ibu bekerjaya mengepam adalah
⏰ sebelum subuh, around 6am ( sebelum hantar anak kepada pengasuh)
⏰ tengahari dalam pukul 12pm
⏰ petang pukul 4-5pm
Jarak masa untuk mengepam lebih kurang 4 jam dan setiap kali mengepam ambil masa 20 hingga 30 minit setiap sesi.
Jika ibu tidak dapat capai jumlah susu yang diperlukan oleh anak pada hari tersebut, tambah sesi perahan. Ia boleh membantu ibu. Yang penting ibu kena tenang.
Saya sediakan template jadual sasaran mengepam untuk digunakan. Ini adalah jadual yang saya gunakan untuk diri sendiri.
Boleh download jadual itu DI SINI
Saya harap semua dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan. Sama sama kita share ilmu penyusuan ini supaya ramai lagi ibu yang berkongsi kebaikan daripadanya.

0 comments:
Post a Comment