Aquarium Tunku Abdul Rahman terletak di Institut Penyelidikan Perikanan di Batu Maung Pulau Pinang. Sebenarnya akuarium ini telah ada sejak tahun 1968 dan beberapa kali diubahsuai. Maksudnya saya sendiri sebagai anak Pulau Pinang hanya baru kali ini berpeluang ke sini bersama anak anak.
Masa lawatan:
Dibuka setiap hari kecuali Rabu
10 pg hingga 5 petang
Bayaran masuk
dewasa rm5
kanak kanak 7-12 tahun rm2
masuk percuma untuk kanak kanak bawah 7 tahun, orang kurang upaya dan warga emas
Aquarium ini tak lah sehebat Aquaria KLCC tapi cukup untuk memperkenalkan hidupan laut untuk anak anak dan memberi kesedaran tentang hidupan laut.
Kali ini saya teruja melihat kuda laut. ada beberapa species kuda laut yang dipelihara dalam akuarium.
Saya dan keluarga berehat sebentar di dalam mini auditorium yang mempunyai aquarium besar. Pelbagai hidupan ada dalam aquarium besar tersebut termasuklah penyu. Sungguh mengasyikan.
Bahagian luar bangunan, terdapat beberapa kolam ikan, penyu dan kura kura. Di sini, anda boleh membeli makanan ikan yang ada dijual untuk diberi kepada ikan ikan yang ada. Anak anak saya sungguh seronok dengan aktiviti ini. Di bahagian luar ini juga, saya berpeluang melihat penyu dengan sangat dekat. Tak payah ke Terengganu nak tengok penyu. hihihi.
Secara keseluruhannya, akuarium Tunku Abdul Rahman adalah tempat bajet untuk memperkenalkan anak anak dengan hidupan laut. walaupun tak sehebat Aquaria KLCC tapi ia tetap menyeronokan.
Jom layan gambar gambar hasil lawatan saya dan anak anak ke sini.

0 comments:
Post a Comment