TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Iktiar Hamil Dengan Cara Yang Betul

Beberapa bulan lepas seorang wanita menghubungi saya. Beliau bertanyakan tentang supplemen yang boleh membantu masalah kesuburan yang dialaminya. Beliau juga telah didiagnos menghidap sindrom Polycystic pada ovarinya. Beliau ingin sekali mempunyai anak bersama suami setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga.

Perkara ini telah saya kongsikan dalam tulisan sebelum ini. Saya telah cadangkan beberapa vitamin yang mungkin boleh membantu. Boleh baca tulisan saya DI SINI.

Beberapa hari lepas, beliau sekali lagi menghubungi saya dan memberitahu berita yang sangat gembira. Berita yang ditunggu tunggu sekian lama.


Allahuakbar, sungguh saya gembira dapat membantu wanita ini. Mungkin pertolongan saya tidaklah sebesar mana cuma memberi nasihat dengan ilmu yang ada.

Selalu saya tekankan pada dia, SUPPLEMEN BUKAN UBAT. Supplemen cuma melengkapkan keperluan mineral dan vitamin dalam badan yang mungkin tidak dapat dibekalkan secukupnya dengan diet harian kita.

Yang paling penting, beliau wajib dapatkan rawatan lanjut dengan doktor pakar dan mengikut rawatan yang telah diberi. Yang paling penting, perlu diketahui punca sebenar masalah berkaitan dengan kesuburan. Wanita ini mengambil langkah bijak dengan terus berjumpa doktor pakar dan punca masalah ketidaksuburan itu diketahui iaitu Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS). Ada pelbagai lagi punca yang boleh menyebabkan masalah kesuburan antaranya endometriosis, tiub Fallopion tersumbat ataupun masalah dari sperma suami. Semuanya perlukan penyiasatan lanjut di hospital.

Saya terbaca tulisan Dr Hamid Arshad, seorang pakar sakit puan yang dikenali ramai, tentang satu kes yang dikendalikannya. Sepasang suami isteri yang telah 7 tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan anak. Dr Hamid telah membuat diagnosis kemungkinan besar disebabkan oleh masalah endometriosis stage 1 dan retroverted uterus yang dihadapi oleh isteri. Beliau telah bercadang untuk membuat pembedahan laparaskopik pada wanita tersebut pada bulan september ini. Dalam rawatan susulan selepas Dr Hamid membekalkan beberapa vitamin seperti Obimin, Fish Oil, Vitamin C dan E, wanita itu hamil secara spontan. Allahuakbar. Menurut Dr Hamid mungkin vitamin vitamin itu membantu menenangkan fikiran dan lebih relaks lepas berjumpa doktor.

Saya juga berharap kepada pasangan pasangan yang mempunyai masalah seperti wanita ini,
📌 dapatkan konsultasi dari doktor pakar
📌 tahu punca masalah yang dihadapi 
📌 ikut rancangan rawatan yang telah diatur oleh doktor 
📌 supplemen yang sesuai boleh diambil tapi selalu ingat SUPPLEMEN BUKAN UBAT 
📌 selalu berdoa. DOA, DOA dan DOA sebab itu rezeki dari Dia. 





Semoga perkongsian kali ini, memberi manfaat buat semua yang membaca. 
Hubungi saya untuk dapatkan vitamin yang sesuai untuk seisi keluarga


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in