Saya pernah berkongsi kisah ini dalam personal FB saya tentang pertemuan yang Allah aturkan dengan seorang wanita yang datang buat saringan HIV untuk berkahwin. Wanita itu membuat saringan untuk berkahwin kali kedua selepas 9 tahun bercerai. Beliau mempunyai 4 orang anak yang dibesarkan tanpa seorang suami di sisi.
Saya selalu mendengar kata kata masyarakat yang melabel anak anak yang mempunyai latar belakang broken family tak akan berjaya dalam hidup. Wanita ini berjaya menidakkan kata kata tersebut. Beliau berjaya mendidik anak anak hingga berjaya dalam pelajaran.
Anak yang sulung bakal doktor grad di united kingdom. Anak kedua belajar jurusan kejuruteraan di Korea Selatan. Anak ketiga kini sedang menyambung pelajaran di Perancis dan yang bongsu masih menuntut di MRSM.
Hebat sungguh wanita ni mendidik anak anak sendiri tanpa seorang suami. Dia nekad besarkan anak dahulu sebelum fikir untuk berkahwin lagi. Anak anak pula bukan calang calang orang. Semuanya bakal menjadi golongan professional.
Siapa kita untuk berkata anak anak dari keluarga bercerai akan jadi anak anak terbiar, anak anak yang gagal. Kalau seorang ibu atau bapa pandai mendidik anak, elok lah anak tersebut. Tak kiralah bagaimana latar belakang ibu atau bapa sebelum itu. Tak kiralah ibu tersebut punya suami atau pun tidak. Anak anak yang punya keluarga lengkap pon belum tentu mampu berdiri setanding anak anak tadi!
Paling penting jangan jadikan kekurangan itu sebagai satu kelemahan. Allah tu sentiasa ada.
Saya sempat korek rahsia cara wanita ini didik anak anaknya hingga berjaya.
✅ luang masa kat anak anak sebanyak mungkin
✅ tekankan bab agama
✅ solat sangat penting. Dengan solat, anak anak tahu baik buruk setiap perkara yang mereka lakukan. solat tiang agama.
✅ ajar anak perempuan tutup aurat dari kecil.
✅pastikan anak anak kawan dengan orang yang elok elok. Perlu kenal kawan anak anak.
✅ rajin peluk anak supaya anak anak sentiasa ingat kita.
✅ajar sentiasa anak jujur dengan kita.
✅kalau bagi anak kepada orang mengasuh, pastikan pengasuh tu org yang jaga solat dan jaga mulut
✅malam malam ajar baca surah lazim dan doa
✅rajin amal zikir fatimah
✅ajar anak anak tidor ikut sunnah nabi
✅ dia amal kalau mandi dgn anak kecik, air mandi kita bagi kena kat anak.
✅pi mana pun bawa anak anak sekali.
✅kalau anak anak belajar jauh, bekalkan kain batik mak untuk anak supaya anak ingat mak. itu petua orang tua katanya.
Jangan lihat dan sibuk bertanya kenapa dia bercerai. Banyak orang bila ada wanita bercerai, sibuk tanya kenapa, salahkan wanita tak pandai jaga suami. itu ujian buat dia. ujian hidup kita berbeza.
cuba lihat dari perspektif lain, lihat kejayaan wanita ini mendidik anak anaknya tanpa suami.
semoga rahsia dari wanita hebat ini menjadi inspirasi buat kita semua.
Allah sebaik baik penolong kita.
Doa ibu itu tiada hijab!

0 comments:
Post a Comment