TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Perlukah Kelas Tambahan Untuk Anak Darjah Satu?

Kali ini saya ingin berkongsi tentang kelas tambahan untuk anak saya. Saya pasti ramai ibubapa di luar sana yang mengambil kelas tambahan untuk anak anak mereka. Banyak sebab kenapa saya pilih untuk berbuat perkara yang sama.

Kadang kadang terfikir juga ia akan menyebabkan tekanan pada anak anak yang masih kecil. Mereka sepatutnya gembira bermain tanpa ada tekanan pelajaran. Namun sistem pendidikan negara sangat mencabar di kala ini. Pelbagai pembaharuan yang dibuat dan anak yang mengikut sistem ini mengikut perkembangan semasa. Kalau tidak akan mereka akan terkebelakang.



Untuk Hadif yang mempunyai masalah pertuturan lagi akan terasa kerana berada di aliran perdana.  Jadi saya terpaksa mengambil pendekatan yang sama untuk membantunya. Sekurang kurangnya dia tidak lari jauh dari kawan kawan sebaya.

Beberapa tips sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak ke kelas tambahan

📍 tentukan keperluan anak sama ada perlu atau tidak kelas tambahan. Kalau anak yang memang boleh belajar dengan pemantauan di rumah, tidak perlu lah dihantar ke kelas tambahan. Kalau ibubapa sendiri boleh mengajar sendiri di rumah lagi bagus.

📍tentukan subjek yang ingin diambil atau subjek yang anak lemah

📍survey yuran yang dikenakan

📍survey berapa pelajar untuk satu kelas dan guru yang mengajar. kalau terlalu ramai murid dalam satu kelas, bagi saya  ia tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada anak tadi.

📍tentukan hari untuk kelas tersebut berlangsung

📍survey kelas tuition sama ada nak hantar yang personal one to one atau nak yang buat in group


Setelah menyenaraikan semua baik buruk, Saya buat keputusan untuk mendapatkan bantuan personal tutor untuk Hadif melalui syarikat Fokus A+ yang menjalankan kelas bimbingan di rumah. Kelas akan berlangsung pada setiap hari isnin dan khamis, sejam untuk setiap kelas. Ini melibatkan 4 subjek penting iaitu bahasa melayu, english, sains dan matematik. Jadi untuk setiap subjek dihadkan untuk setengah jam.



Kebaikan ada personal tutor untuk Hadif

✅ masa flexible. Kita yang tentukan masa dan hari. 

✅ ada kelas ganti kalau tak boleh buat kelas 

✅ pembelajaran lebih fokus sebab one to one teaching 

✅ boleh minta tutor tolong dengan kerja rumah yang perlu disiapkan

✅ boleh bincang dengan tutor untuk fokus subjek yang penting atau yang anak lemah

Yuran yang dikenakan agak mahal tapi insya allah berpatutan. Alhamdulillah dengan bantuan personal tutor, Hadif berjaya dalam ujian pertama di sekolah pada bulan mac yang lepas. 😀


Fikir yang terbaik buat anak anak. Jangan sampai membebankan diri dan anak. 
Semoga bermanfaat. 



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in