TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Tips Didik Anak Hingga Berjaya Dari Supermom

Saya pernah berkongsi kisah ini dalam personal FB saya tentang pertemuan yang Allah aturkan dengan seorang wanita yang datang buat saringan HIV untuk berkahwin. Wanita itu membuat saringan untuk berkahwin kali kedua selepas 9 tahun bercerai. Beliau mempunyai 4 orang anak yang dibesarkan tanpa seorang suami di sisi.

Saya selalu mendengar kata kata masyarakat yang melabel anak anak yang mempunyai latar belakang broken family tak akan berjaya dalam hidup. Wanita ini berjaya menidakkan kata kata tersebut. Beliau berjaya mendidik anak anak hingga berjaya dalam pelajaran.

Anak yang sulung bakal doktor grad di united kingdom. no 2 belajar kejuruteraan di Korea Selatan. no 3 di Perancis dan yang bongsu masih menuntut di MRSM.

Hebat sungguh wanita ni mendidik anak anak sendiri tanpa seorang suami. dia nekad besarkan anak dahulu sebelum fikir untuk berkahwin lagi. anak anak pula bukan calang calang orang. semuanya bakal jadi golongan professional.

Siapa kita untuk berkata anak anak dari keluarga bercerai akan jadi anak anak terbiar, anak anak yang gagal. pandai didik anak, elok lah anak tersebut.

Jangan jadikan kekurangan satu kelemahan. Allah tu sentiasa ada.

Saya  sempat korek rahsia cara wanita ini didik anak anaknya hingga berjaya.



luang masa kat anak anak sebanyak mungkin

tekankan bab agama

solat sangat penting. Dengan solat, anak anak tahu baik buruk setiap perkara yang mereka lakukan. solat tiang agama.

✅ ajar anak perempuan tutup aurat dari kecil.

pastikan anak anak kawan dengan orang yang elok elok. Perlu kenal kawan anak anak.

✅ rajin peluk anak supaya anak anak sentiasa ingat kita.

ajar sentiasa anak jujur dengan kita.

✅kalau bagi anak kepada orang mengasuh, pastikan pengasuh tu org yang jaga solat dan jaga mulut

✅malam malam ajar baca surah lazim dan doa

✅rajin amal zikir fatimah

✅ajar anak anak tidor ikut sunnah nabi

✅ dia amal kalau mandi dgn anak kecik, air mandi kita bagi kena kat anak.

✅pi mana pun bawa anak anak sekali.

✅kalau anak anak belajar jauh, bekalkan kain batik mak untuk anak supaya anak ingat mak. itu petua orang tua katanya.

jangan lihat dan sibuk bertanya kenapa dia bercerai. banyak orang bila ada wanita bercerai, sibuk tanya kenapa, salahkan wanita tak pandai jaga suami. itu ujian buat dia. ujian hidup kita berbeza.

cuba lihat dari perspektif lain, lihat kejayaan wanita ini mendidik anak anaknya tanpa suami. kadang kadang ada yang keluarganya lengkap tapi anak anak ke laut juga.

semoga rahsia dari wanita hebat ini jadi panduan buat kita semua. 

Allah sebaik baik penolong kita.
Doa ibu itu makbul. 



 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in