TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Pra Sekolah dan Tadika Swasta, Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama masa untuk terus istiqamah dalam menulis dan berkongsi apa yang baik untuk tatapan semua.

Kali ini saya ingin mengambil peluang berkongsi tentang prasekolah dan tadika swasta. Saya pasti ramai yang ingin tahu yang mana satu patut dipilih. Yang mana satu yang terbaik untuk anak anak. Saya sendiri mulanya dalam dilema nak buat pilihan yang terbaik untuk anak anak sendiri. Tak tahu nak bertanya pada siapa. Sudahnya tawakal kepada Allah. Yang sulung habiskan umur 6 tahun di tadika swasta, yang kedua di prasekolah KPM. 

Saya nak kongsi pengalaman anak anak ini bersama dengan pembaca semua. Cuma apa yang saya tulis dari sudut pandangan peribadi dan pengalaman bersama dengan anak anak. Yang pasti pilihan yang mana terbaik buat anak anak di tangan anda sebagai ibubapa. 

PRA SEKOLAH KKM

Kebanyakan sekolah rendah sekarang mempunyai pra sekolah untuk murid murid 5 dan 6 tahun. Kuota murid sangat terhad untuk pra sekolah. Di sekolah anak saya, murid prasekolah yang diambil hanya 25 orang sahaja. Ia tidak lagi dihadkan mengikut gaji ibubapa, ia berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Pendaftaran untuk murid prasekolah dibuka sama dengan pendaftaran untuk kemasukan darjah 1. Dalam bulan Mac setiap tahun. Ibubapa kena sentiasa alert dengan pengumuman dari Kementerian Pendidikan. Pendaftaran dibuat secara atas talian.

Ibubapa perlu isi borang atas talian, cetak dan hantar ke sekolah yang dipilih.

Tempohari saya agak lambat membuat pendaftaran anak. Bulan 8 baru terfikir nak cuba daftar anak sebab selama ni ingat tak layak nak dapat tempat disebabkan gaji. Rezeki anak, ada lagi tempat untuk dia belajar di pra sekolah KPM.

Kat sini saya nak kongsi kebaikan dan kekurangan antara Prasekolah dan tadika swasta berdasarkan pengalaman anak anak sendiri.

❤️ YURAN

yuran pendaftaran pra sekolah KPM jauh lebih murah berbanding tadika swasta. Saya hanya bayar RM90 untuk setahun dan tiada yuran bulanan dikenakan. Anak anak akan diberikan makanan dua kali setiap hari persekolahan dan tidak perlu membawa sebarang alat tulis ke sekolah. Bawa diri sahaja ke sekolah.



Tadika swasta tidak punya yuran yang selaras antara satu sama lain. Ada yang murah ada yang mahal. Pastinya ada yuran bulanan dikenakan setiap bulan.

❤️ UNIFORM

Pakaian untuk prasekolah sebelum tahun 2018 adalah mengikut sekolah. Sejak tahun 2018, uniform telah diselaraskan satu Malaysia. Anak anak prasekolah perlu memakai T shirt putih berkolar dan berseluar tracksuit biru gelap dan Kasut putih.


Uniform tadika swasta berbeza beza mengikut tadika yang dipilih.




❤️ SESI PERSEKOLAHAN

sesi persekolahan prasekolah bermula pada pukul 730 pagi hingga 1145 pagi. Cuti sekolah mengikut cuti persekolahan seluruh Malaysia. Jadi untuk ibubapa yang bekerja, perlu susun jadual untuk ambil anak selepas waktu pembelajaran.

Berbeza dengan tadika swasta, sesi persekolahan ada yang sebelah pagi, ada yang sebelah petang. Ada tadika yang menyediakan perkhidmatan full day - sesi sekolah secara formal dan nursery macam Genius Aulad Sungai Petani. Untuk ibubapa yang bekerja sangat mudah. Hantar anak ke sekolah sebelum ke pejabat dan ambil semula lepas habis waktu pejabat.

Cuti sekolah tadika swasta ada yang mengikut cuti sekolah KPM dan ada yang mengikut tadika itu sendiri. Kadang kadang ibubapa masih boleh menghantar anak walaupun pada waktu cuti sekolah terutama jika tadika yang menyediakan perkhidmatan nursery.

❤️ SUBJEK

Matapelajaran yang diajar di prasekolah adalah matapelajaran asas untuk tahun 1. Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Pendidikan Islam. Bahasa utama di prasekolah adalah Bahasa Melayu.

Berbeza dengan tadika swasta kerana ada yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Di sini, saya lihat perbezaan yang sangat ketara untuk kedua dua anak saya. Bahasa Inggeris abang sangat baik berbanding dengan adiknya. Spelling abang juga bagus. Dalam peperiksaan baru baru ini, abang dapat markah 92 untuk bahasa Inggeris. Si adik perlu banyak latihan dan bantuan di rumah.

Di tadika swasta, ada juga disediakan kelas membaca untuk bahasa Melayu dan Inggeris. Ia sedikit sebanyak membantu persediaan anak anak ke tahun 1.

❤️ AKTIVITI SEKOLAH

Saya suka aktiviti prasekolah KPM kerana ia memberi anak anak peluang untuk penglibatan awal di bidang ko kurikulum.

Aktiviti aktiviti prasekolah diadakan di antara sekolah, daerah dan negeri. Ia melibatkan sukan dan aktiviti lain  di luar bilik darjah seperti bercerita, azan dan hafalan.

Anak perempuan saya berjaya mewakili zon sekolahnya ke peringkat daerah dalam acara bercerita bahasa Inggeris. Di sinilah bakat dan keyakinan anak anak digilap dari awal.



Selain daripada itu, prasekolah KPM juga mendapat peruntukan untuk membuat sesi lawatan sambil belajar. Tahun ini, anak anak prasekolah berpeluang mengikut rombongan sekolah ke Taiping. Yuran yang dikenakan hanya RM20 untuk seorang.

Sebelum tamat sesi persekolahan, anak anak prasekolah diajar tentang selok belok di sekolah bila masuk darjah 1 nanti terutama cara membeli makanan di kantin sekolah. Saya puji pendekatan yang diberikan oleh guru guru prasekolah. Ini sangat membantu ibubapa untuk menyediakan anak anak memasuki fasa baru persekolahan sebenar.

Kebanyakan aktiviti anak anak prasekolah akan bergabung sekali dengan murid murid tahap 1 sekolah berkenaan. Contoh hari sukan sekolah, hari keusahawanan. Jadi anak anak prasekolah tidak lagi kekok berada dalam kawasan sekolah.





Aktiviti tadika swasta juga hampir sama dengan prasekolah. Ada hari sukan, ada field trip. Aktiviti banyak diadakan dalam peringkat sekolah sahaja.

Semasa cuti sekolah yang panjang, ada tadika swasta menyediakan aktiviti yang sangat menarik untuk mengisi masa anak anak. Saya selalu juga hantar anak anak ikut aktiviti ini. Kalau tak, cuti sekolah habis depan TV saja. Aktiviti seperti ini sangat membantu anak anak mengisi masa terluang semasa cuti sekolah yang panjang.






Cuma bila masuk darjah satu, anak anak yang pertama kali berubah tempat, perlukan pertolongan untuk membiasakan diri dengan suasana baru.

Hadif perlu masa yang agak lama untuk saya bantu semasa darjah 1. Untuk Balqis, lebih mudah dan boleh berdikari di hari pertama sekolah lagi.


❤️ GURU

Guru prasekolah hanya seorang dan mempunyai seorang pembantu pengurusan murid. Sebab itu murid murid prasekolah bilangannya sangat terhad.

Berbeza di tadika swasta yang mempunyai lebih ramai guru untuk mendidik anak anak.

❤️ HARI GRADUASI

Hari graduasi prasekolah anak saya diadakan serentak dengan majlis anugerah cemerlang peringkat sekolah.





Alhamdulillah tahun 2018, saya dapat lihat kedua dua anak saya naik pentas mengambil hadiah. Yang sulung mendapat tempat kedua dalam kelas dan yang kedua mengambil sijil graduasi prasekolah. Bangga tak terkata.

Hari graduasi prasekolah KPM untuk saya tidak se"grand" hari graduasi tadika swasta. Biasa biasa saja majlisnya. Berbeza dengan tadika swasta.

Hari graduasi tadika swasta adalah satu hari yang sangat penting dalam kalender sekolah. Persembahan semasa hari graduasi sangat menarik dan guru guru sangat kreatif dalam melatih anak anak kecil membuat persembahan pada hari tersebut. Hari graduasi ini adalah hari yang sangat ditunggu tunggu setiap tahun.





Saya dah senaraikan kelebihan dan kekurangan antara prasekolah KPM dan tadika swasta. Ini berdasarkan pengalaman sendiri bersama anak anak. Saya tidak cakap prasekolah KPM bagus dan tidak pula cakap semua tadika swasta itu tidak bagus. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing masing.

Di mana pun anak anak bersekolah, saya tetap yakin setiap kekurangan yang ada pada institusi sekolah itu, perlu dibantu oleh ibubapa di rumah. Memang susah nak dapat yang sempurna. Ibubapa tidak boleh serahkan 100% kepada pihak sekolah untuk mendidik anak anak. Masa yang diberikan untuk mendidik anak anak di rumah boleh dijadikan masa yang berkualiti untuk mengeratkan hubungan ibubapa dan anak anak.


Sama sama kita buat yang terbaik untuk anak anak yang merupakan amanah untuk kita. 
Semoga mereka menjadi saham untuk kita ke Syurga nanti. 😍




Angry Bird Activity Park Johor Bahru

Baru baru ini saya berkesempatan membawa anak anak ke Johor Bahru. Selain untuk menziarahi adik yang berkerja di sana, saya gunakan peluang yang ada sebagai satu reward untuk anak anak yang telah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan akhir tahun.



Disebabkan keadan cuaca yang tidak menentu ketika kami sampai ke JB, saya memilih untuk membawa anak anak ke indoor Playground Angry Bird Activity Park Johor Bahru yang terletak dalam mall KOMTAR.


Harga tiket diberikan mengikut pakej yang disediakan. Hari tersebut, kami perlu membayar RM240 untuk 3 dewasa dan 2 kanak kanak. Warga emas dan kanak kanak bawah 2 tahun adalah percuma. 
Waktu taman tema ini beroperasi ada 3 sesi iaitu pukul 10pagi hingga 1 tghari, pukul 2ptg hingga 5 ptg dan 6 ptg hingga 10mlm. Kami masuk sesi yang ketiga pada hari tersebut. 

Kalau nak masuk taman tema ni, kena pakai stokin.  Kalau terlupa pakai stokin, boleh beli dekat DAISO bersebelahan dengan taman tersebut. Jangan lupa isi perut dulu sebelum masuk supaya dapat main sepenuh hati. 

Untuk saya, yang menarik tentang taman aktiviti ni adalah macam mimpi anak anak jadi kenyataan sebab anak anak selalu tengok indoor playground di luar negara di Youtube. Kali ini, apa yang mereka tengok dalam tv seolah jadi kenyataan. Taman aktiviti ini setaraf dengan taman aktiviti di luar negara! 

Terdapat beberapa seksyen dalam taman ini untuk di "explore" oleh pengunjung. Anak anak saya suka melompat di bahagian trampolin. Bahagian trampolin ini dibahagikan mengikut umur jadi tengok tengok sama kalau yang dewasa nak melompat sama.

Setiap seksyen terdapat staff yang menjaga anak anak, jadi keselamatan masih dititikberatkan. Namun sebagai ibubapa terutama yang mempunyai anak kecil tidak seharusnya lepas tangan walaupun ada staff yang memantau. Keep your eyes on them! 




Anak bujang saya suka bahagian Giant Leap Foam Pit. Bergayut macam tarzan dan jatuh dalam span span yang banyak dalam kolam. 



Ada beberapa lagi seksyen seperti Piggy Shooting Gallery, Laser Maze Spaceship, Angry Bird Go! Kart Track, Bird Nest Climbing Track, Balance Bike Lagoon.










Memang banyak side yang boleh diteroka oleh anak anak. Anak anak sangat teruja meneroka hampir keseluruhan taman ini.

Bagi bahagian keselamatan, saya puji cara staff taman ini kerana anak anak tidak dibenarkan taman waris dan hampir setiap seksyen ada staff yang menjaga keselamatan anak anak.

Selain dari anak anak membuat aktiviti dalam taman ini, ada juga staff yang ditugaskan membuat aktiviti yang santai bersama kanak kanak.


Sungguh saya sendiri walaupun dah berumur tetap teruja dengan aktiviti aktiviti yang ada di dalam taman permainan ini. 

Berbaloi dengan duit tiket yang dibayar sebelum masuk tadi walaupun pada mulanya tidak 
tahu apa yang disediakan oleh taman ini. 


Bagaimana Mengira Kitaran Haid Dengan Mudah?

Salam sejahtera kepada semua yang masih sudi membaca tulisan di blog saya. Ilmu saya masih kurang tapi saya suka untuk berkongsi dengan semua perkara perkara yang penting untuk panduan semua.

Kali ini saya nak ambil peluang untuk bercerita tentang kitaran haid kerana baru baru ini saya bertemu dengan seorang pesakit wanita yang mengadu masalah haid yang tidak teratur yang dialaminya. Dia mengadu haidnya datang 2 kali sebulan. Bila saya tanya tentang tarikh tarikh haid yang lalu, dia tidak dapat memberikan maklumat tersebut pada saya.

Di zaman teknologi yang serba canggih, saya nak kongsi satu Apps yang boleh dimuat turun dalam telefon untuk semua wanita yang masih mempunyai haid untuk merekod tarikh haid mereka.




Kenapa kena rekod?


✔️ untuk tahu tentang kitaran haid diri sendiri. Kitaran haid setiap wanita berbeza. Ada yang 28 hari, ada yang 30 hari , ada yang 35 hari.

Kitaran haid bermula pada hari pertama turun darah hingga sehari sebelum turun darah yang seterusnya.

✔️ untuk bantu doktor mengira tarikh jangka bersalin dan tempoh kehamilan seorang wanita berpandukan hari pertama haid yang terakhir.

✔️ untuk setiap wanita yang sudah datang haid, bila ke klinik atau hospital, salah satu soalan yang akan ditanya adalah tarikh hari pertama haid terakhir untuk membantu mendapatkan diagnosis terutama jika wanita itu mengadu sakit perut.


Saya guna Apps Period Calender untuk merekod tarikh haid saya. Saya telah mengggunakan apps ini sejak dari 2017 ( sejak datang haid selepas melahirkan anak ke3). Ada banyak period calender dalam sistem android atau apple tapi ini yang paling mudah dan menarik perhatian saya.




Apa yang menarik tentang apps ni?

✔️ semua tarikh haid saya boleh direkod. Saya boleh track balik semua dari tahun 2017 hingga yang terbaru.

✔️ apps ini akan menganalisis dan memberikan secara purata kitaran haid pengguna.

✔️ apps ini boleh memberi jangkaan kepada hari hari berlakunya ovulasi. Untuk wanita yang tidak mengambil perancang keluarga, boleh elakkan bersama suami pada hari hari yang dijangkakan boleh menyebabkan kehamilan berlaku.

✔️yang paling saya suka, apps ini membantu saya untuk memberi jangkaan tarikh datang haid untuk kitaran seterusnya. Mana la tau nak pi umrah, boleh la pilih tarikh tarikh yang sesuai dan elak tarikh yang kemungkinan datang haid.

✔️lagi best sebab apps ni FREE!








Saya nak kongsi tentang kitaran haid yang wanita selalu salah faham. Wanita selalu rasa kalau dia datang haid 5 haribulan 1 jadi bulan depan dia akan jangka dia akan datang haid lagi 5 haribulan 2.

Ini sebenarnya perkara yang salah. Tarikh datang haid bergantung pada kitaran haid seseorang wanita itu. Saya bagi contoh kalau kitaran haid seorang wanita 28 hari. Tarikh haid yang pertama ialah 1.1.18. Jadi tarikh haid seterusnya mungkin 29.1.18 bermakna dia dapat haid 2 kali dalam bulan 1.

Ini bukan bermakna dia ada masalah atau haid datang awal atau haid tidak teratur. Ini adalah kitaran haid yang normal untuk wanita tersebut kerana kitaran haidnya adalah 28 hari.



Saya harap perkongsian ini membantu semua wanita di luar sana. Saya memang sangat menggalakkan untuk setiap wanita merekod tarikh tarikh haid mereka terutama anak anak gadis dan wanita yang baru berkahwin. 



SPRITZER Ecopark Taiping

Baru baru ini saya berkesempatan membawa anak anak bercuti di Taiping. Taiping pernah menjadi tempat saya belajar. Bumi Taiping sangat dekat di hati terutama kawasan Taman Tasik dan Bukit Larut. Banyak perubahan di kawasan Bukit Larut kerana terdapat banyak hotel dan chalet yang didirikan untuk membantu sektor pelancongan.


Saya dan anak anak menginap di Hotel Grand Baron berdekatan dengan Bukit Larut. Hotel yang baru dibuka sangat selesa untuk menginap bersama keluarga.  Harga untuk semalam Executive Suite adalah RM275 dan diberikan sarapan pagi untuk 3 orang. Hotel ini juga memberikan wifi percuma untuk pelanggannya.



Saya bukan nak kongsi sangat tentang hotel tapi saya nak cerita tempat yang kami pergi iaitu SPRITZER ECOPARK.




SPRITZER ECOPARK terletak di Lot 898, Resevoir, Off Jalan, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping. Memang susah nak cari kalau pertama kali datang. Saya memang cadangkan guna aplikasi WAZE untuk memudahkan pencarian.


Taman ini betul betul berhadapan dengan kilang air SPRITZER yang menjadi salah satu kilang pembekal air mineral di Malaysia. Taman ini dibina dalam kawasan seluas kira kira dua hektar daripada keseluruhan 133 hektar kawasan milik kilang Spritzer.



Saya suka kawasan riadah ini kerana kawasan yang sangat redup dan menyegarkan kerana dikelilingi pokok. Kalau stress, boleh datang sini untuk tenangkan diri. Dibuka setiap hari 9 pagi hingga 9 malam. Masuk ke tempat ni adalah percuma.


Yang paling best, ada mini golf dengan 18 lubang untuk bermain bersama keluarga. Ini kali pertama untuk anak anak saya mencuba bermain golf. Main golf macam main hoki ja budak budak ni. Janji masuk lubang. Tak ada had masa untuk bermain. So main la sampai puas.




Ada kemudahan menyewa kayu golf disediakan dengan harga yang berpatutan. Bila dah pulangkan kayu golf yang disewa tadi, pengunjung dapat bola golf yang special tadi dan diberikan botol air mineral spritzer yang berbentuk bola golf sebagai cenderamata. Best kan?


Jom layan gambar gambar kami di Spritzer ECOPARK Taiping. Satu percutian singkat untuk menyegarkan kembali diri sendiri.











5 BENDA WAJIB ADA Bila Anak Demam

Bila jadi ibu bapa, kena belajar banyak perkara mengendalikan anak anak terutama bila anak tak sihat. Sekarang dah tak susah, banyak info di media sosial. Google ja dah boleh dapat. Antara nak atau tidak sahaja. Semua di hujung jari.

Kali ni saya sebagai seorang doktor dan juga ibu kepada 3 orang anak ingin berkongsi tentang alatan yang saya akan kata WAJIB ADA bila punya anak kecil di rumah. Terutama kalau baru pertama kali bergelar ibu dan ayah.

✔️ TERMOMETER 




setiap kali saya berjumpa ibubapa yang membawa anak kecil di klinik, saya memang cadangkan membeli termometer untuk di simpan di rumah.

Suhu badan anak yang demam adalah 37.5 degree celcius dan ke atas.

Penggunaan termometer boleh membantu ibubapa memantau suhu badan anak terutama jika selepas memberi ubat sama ada demam turun atau tidak.

Memang termometer agak mahal tapi saya pasti ia pembelian yang berbaloi untuk jangka masa panjang.

✔️ TUALA KECIL

saya nasihatkan ibubapa untuk menyimpan tuala kecil untuk mengelap badan anak yang panas.

Dengan mengelap badan anak, proses sejatan yang berlaku akan membantu menyejukan badan anak tadi dan mengurangkan suhu badan.

Menurunkan suhu bada anak yang demam panas penting untuk mengelakan berlakunya sawan panas. Terutama kepada anak anak berumur 6 bulan hingga 6 tahun.

Baru baru ini saya mengendalikan kes anak setahun, demam dua hari dan sawan panas semasa di klinik disebabkan suhu badan yang tinggi.

Bila ditanya, anak yang demam itu tidak dimandikan oleh ibu sejak sakit.

Adoii laaa mama!

✔️ SUPPOSITORY PARACETAMOL


saya juga cadangkan ibubapa menyimpan suppository Paracetamol di rumah. Supp PCM adalah ubat yang diberikan kepada anak anak kecil melalui dubur untuk menurunkan suhu badan terutama jika suhu badan yang terlalu tinggi atau bila anak tidak boleh makan ubat disebabkan muntah. Supp PCM di klinik kesihatan hanya diberi kepada kes kecemasan dan tidak diberi dalam preskripsi ubat.

Supp PCM boleh dibeli di farmasi. Ada 2 dose
125mg
250mg

Yang mana satu untuk dibeli bergantung pada berat anak.

contoh berat Harriz 10kg,
dose PCM adalah 10kg x 15 iaitu 150mg.

saya akan guna sup PCM 125mg untuk Harriz.

✔️ SYRUP PARACETAMOL


Saya juga pesan pada ibu bapa untuk simpan Syrup Paracetamol di rumah in case anak demam tengah malam dan klinik tutup. Memang boleh bawa anak ke unit kecemasan hospital tapi anda perlu menunggu lama untuk mendapatkan syrup Paracetamol kerana unit kecemasan mengutamakan kes kes yang mengancam nyawa.

Syrup Paracetamol pun kena tengok strength di botol. Ada 120mg/5 ml dan 250mg/5ml

Ini cara nak bagi PCM pada anak:
👉 semak dulu expiry date ubat
👉 kira berapa ml nak bagi

saya bagi contoh berat Harriz 10kg
dose PCM adalah 150mg

kalau ada syrup PCM 120mg,
= 150 / (120/5)
= 6ml 

kalau guna syrup PCM 250mg / 5 ml
= 150 / (250/5)
= 3ml

guna syringe untuk bagi ubat pada anak.

bagi ubat syrup lebih tepat dose nya berbanding guna sup PCM.

boleh bagi ubat setiap 6 atau 8 jam sehari.

Kadang kadang ada ibubapa yang tak mau bagi ubat di rumah takut bila ke klinik, doktor cakap "tak demam pun". Percayalah, doktor pun manusia. Doktor pun ada anak, mesti doktor akan percaya cakap ibu dan bapa sebab ibubapa yang menjaga anak itu.

✔️ KOOL FEVER




Saya selalu letak kool fever pada dahi anak anak untuk kurangkan panas.

Letak kool fever yang dibeli dalam peti sejuk.

Lepas tu boleh letak atas dahi anak anak. Konsepnya sama macam letak tuala kecil basah atas dahi anak. Bila guna kool fever, anak anak lagi selesa sebab sejuk. Cuma ada juga anak anak yang tak suka.


Perkara yang paling penting bila anak demam, ibubapa perlu cuba untuk turunkan suhu badan contoh
dengan mengelap badan anak, memakaikan baju nipis supaya haba keluar atau memandikan anak.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. 😍


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in