TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Aktiviti KOYAK & LEKAT Untuk Anak

Saya selalu cuba mengisi masa lapang anak anak dengan aktiviti yang dapat membantu perkembangan sensori dan motor halus anak lelaki saya.

Kali ini saya cuba untuk membuat aktiviti koyak dan lekat bersamanya.

Bahan:
kertas lukisan
kertas warna
gam
pensel dan pemadam untuk melukis

aim:
❤️untuk dia gunakan jari mengoyak kertas. (motor)
❤️mengurangkan rasa geli gam yang melekat pada tangan. (sensori)
❤️untuk dia fokus menghabiskan aktiviti yang dibuat (fokus)
❤️bantu koordinasi mata dan tangan

cara:

✔️lukis dulu gambar yang besar dan mudah untuk aktiviti yang ingin dilakukan atas kertas lukisan. dalam aktiviti ni, saya pilih bunga.

✔️biar anak koyak kertas warna yang diinginkan. biar dia buat pilihan warna untuk aktivitinya.

✔️ pastikan anak koyak kertas kecil kecil. jangan terlalu besar.

✔️bantu anak letak gam atas kertas warna.

✔️ biar anak lekatkan kertas warna yang dikoyak tadi pada kertas lukisan. pastikan anak melekatkan kertas warna dalam kawasan yang betul dan tidak meninggalkan sebarang kawasan kosong.

saya melihat sendiri anak tidak selesa bila tangannya melekit lekit dan cuba untuk berhenti untuk membasuh tangan. saya melarang dia membasuh tanggan hingga selesai aktivitinya.

✔️lama kelamaan rasa melekit itu tidak lagi menjadi masalah.

✔️alhamdulillah berjaya siapkan hingga selesai 😍😍









semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mommies yang membaca 😍
 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in