TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

“LAZY EIGHT” Terapi Mudah Bantu Anak

Baru baru ni saya ada bawa anak berjumpa terapis carakerja. Anak saya ada masalah tulisan. Dah ditegur oleh guru untuk memperbaiki tulisannya. Terapis cara kerja adalah orang yang pakar untuk dirujuk untuk masalah ini.

Saya nak kongsi satu kerja rumah yang diberi oleh terapis cara kerja iaitu LAZY EIGHT. saya pernah dengar sebelum ini cuma tak diamalkan. hihihi.

LAZY EIGHT adalah satu senaman untuk otak.

penggunaan terapi LAZY EIGHT boleh membantu anak
📍relaks dan tenang
📍berfikir dengan lebih baik
📍memperbaiki koordinasi mata dan tangan
📍memperbaiki visual tracking dengan menggerakkan mata BUKAN kepala untuk melihat sesuatu
📍meningkatkan attention span
📍membantu penulisan
📍seimbangkan emosi anak
📍membantu meningkatkan memori
📍salah satu crossmidline activity

Bagaimana untuk buat terapi LAZY EIGHT?

Bentuk LAZY EIGHT macam bentuk simbol INFINITI. Bentuk lapan yang berbaring.

1- sediakan kertas atau yang lebih baik whiteboard atau blackboard.

2- letak kertas atau whiteboard di depan, supaya berada di tengah tengah bahagian badan. sebab nanti pergerakan tangan akan bergerak ke kiri dan ke kanan - crossing midline.

Aim: nak keep your hand steady ✍️dan mata ikut pergerakan tangan. FOKUS 👀

cara buat terapi LAZY EIGHT

1- letak pensel atau marker di tengah kertas atau whiteboard

2- gerakkan ke atas sebelah kiri dan turun ke bawah dalam bentuk melengkung macam huruf “c”



3- terus gerakkan pensel hingga bertemu semula di tempat asal dan terus sambung ke sebelah kanan atas.


4- buat lengkungan “c” sekali lagi dan balik semula di tempat yang kita mula tadi.


TADAAA dah siap Lazy eight

5- teruskan ikut bentuk 8 tadi tanpa angkat pensel atau marker dan teruskan selama 1 minit.



*untuk anak yang sukar untuk buat sendiri, mommies boleh buat dulu dengan pensel atau marker warna kuning dan anak ikut bentuk dengan pensel/marker warna lain. Yang PENTING, dia mula pada tempat yang betul.

aktiviti ni sesuai untuk anak anak yang ada masalah sensori macam anak saya, dyslexia, autism, dysparaxia.



untuk anak anak yang tak dak masalah pun bagus sebab ini aktiviti brain gym - senaman otak

Tips dari Terapis:
buat LAZY EIGHT sebelum mula buat kerja sekolah sebab dia bantu anak tenang dan fokus dengan kerja yang hendak dibuat.

Semoga bermanfaat 
 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in