TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Terapi Dengan Trampolin

Bila anak saya mempunyai masalah pertuturan disebabkan oleh anak yang sangat aktif, banyak yang saya lakukan terutama membeli alatan yang boleh membantunya di rumah.

Salah satu daripadanya adalah TRAMPOLIN. Trampolin banyak digunakan oleh terapis cara kerja di hospital atau di pusat OT swasta untuk membantu anak anak hyperaktif dan kurang fokus.

Antara yang belajar, bila anak banyak melompat, dia akan mengeluarkan tenaga yang berlebihan dalam tubuhnya. Ia juga bantu sensori vestibular dan proprioception anak.

Satu aktiviti yang saya selalu buat dengan anak lelaki saya adalah “ jump and stop”

Anak perlu dengar arahan yang ibu berikan. Dia perlu fokus pada suara ibu. So mommies boleh buat beberapa kali dengan nada yang menarik.




“ jump jump jump
Jump jump jump 
Jump jump jump and stop”

semoga setiap pelaburan mommies untuk anak anak ini diberi ganjaran syurga nanti 😘😘😘
 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in