TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya

Baru baru ni saya berkesempatan membawa anak anak ke Taman Cabaran Putrajaya. Memang dah lama dipendamkan untuk membawa anak anak mencuba aktiviti baru di situ. Baru kali ini mendapat peluang.

Taman Cabaran Putrajaya terletak di Presint 5. Berdekatan dengan PICC. Saya kena guna pemandu arah WAZE untuk sampai ke tempat tersebut sebab tidak familiar dengan kawasan tersebut. Taman Cabaran yang menyediakan aktiviti WALL CLIMBING. Ada tempat yang berbayar dan ada yang percuma.

Yang berbayar, wall climbing tu memang sangat mencabar, kebanyakkannya untuk golongan dewasa. Di kawasan ini, perlu menyediakan peralatan yang khas untuk aktiviti wall climbing sebagai keselamatan. Mungkin kawasan yang berbayar untuk mereka yang selalu ke sini dan menggemari aktiviti ekstrem.

Saya membawa anak anak ke tingkat atas bangunan Taman Cabaran yang menyediakan kawasan khas dan percuma untuk anak anak mencuba dan merasa bagaimana aktiviti Wall Climbing. Kawasan untuk kanak kanak ini ada bahagian yang mudah dan ada bahagian yang tinggi dan mencabar. Mungkin untuk yang baru mencuba boleh menggunakan bahagian yang mudah dahulu.

Sebenarnya aktiviti Wall Climbing bagus untuk anak anak kerana:


  • Membina keyakinan diri dan mengurangkan ketakutan
          Anak kecil mana yang tidak takut pada ketinggian. Anak perempuan saya pun sama. Masih terngiang ngiang katanya "Aqis takut la ibu". Bila diberi semangat untuk mencuba, setelah dibantu beberapa kali, akhirnya berjaya panjat hingga ke atas dengan sendiri. Saya mahu anak saya bina keyakinan dan hilangkan ketakutannya. Alhamdulillah dia berjaya.

  • Kemahiran menyelesaikan masalah
Dalam tak sedar, aktiviti wall climbing membantu anak untuk menyelesaikan masalah. Bukan senang nak cari tempat untuk memijak dan menggantungkan tangan. Salah pijak, salah pegang, jatuh ke bawah. Sebab itu, anak perlu bijak memilih bahagian yang dirasakannya boleh membantu dia terus memanjat ke atas. 

  • Membina kekuatan fizikal 
Untuk memanjat, anak perlu kekuatan fizikal, fleksibiliti dan koordinasi badan yang baik. Walaupun baru pertama kali ke sini, anak sulung saya berjaya memanjat bahagian yang agak tinggi hingga ke atas. Mula mula agak takut, tapi apabila beberapa kali mencuba, saya dapat lihat keyakinan dalam dirinya. 

Beberapa perkara yang perlu ibubapa ambil perhatian bila bawa anak ke sini: 

1- Jaga keselamatan anak anak. Pastikan anda berada berdekatan dengan anak bila mereka memanjat. Memang terdapat tilam tebal yang disediakan untuk mengurangkan kecederaan bila anak jatuh ke bawah. Seboleh mungkin, sebagai ibubapa pantau pergerakan anak untuk mengurangkan kemalangan. 

2- Jangan bawa barang barang berharga. Kadang kadang tempat ini menjadi tumpuan pada cuti sekolah dan hujung minggu. Keselamatan perlu dititikberatkan takut kita terleka semasa memerhatikan anak. 

3- Bila tempat percuma, tumpuan orang ramai, kebersihan pun kadang kala agak kurang dijaga. Pelbagai kuman boleh disebarkan. Saya harap lepas beriadah, balik dan mandikan anak. 

4- Bawa botol air untuk menghilangkan dahaga selepas beraktiviti. Bersebelahan tempat wall climbing kanak kanak disediakan kafetaria untuk pengunjung menghilangkan lapar dan dahaga. 

Jom layan gambar gambar anak anak saya memanjat Wall Climbing di Taman Cabaran Putrajaya. Kalau saya tinggal dekat dengan kawasan ini, pastinya aktiviti wall climbing adalah aktiviti wajib hujung minggu. Bertuahnya warga Putrajaya! 













 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in