Kali ni saya sebagai seorang doktor dan juga ibu kepada 3 orang anak ingin berkongsi tentang alatan yang saya akan kata WAJIB ADA bila punya anak kecil di rumah. Terutama kalau baru pertama kali bergelar ibu dan ayah.
✔️ TERMOMETER
setiap kali saya berjumpa ibubapa yang membawa anak kecil di klinik, saya memang cadangkan membeli termometer untuk di simpan di rumah.
Suhu badan anak yang demam adalah 37.5 degree celcius dan ke atas.
Penggunaan termometer boleh membantu ibubapa memantau suhu badan anak terutama jika selepas memberi ubat sama ada demam turun atau tidak.
Memang termometer agak mahal tapi saya pasti ia pembelian yang berbaloi untuk jangka masa panjang.
✔️ TUALA KECIL
saya nasihatkan ibubapa untuk menyimpan tuala kecil untuk mengelap badan anak yang panas.
Dengan mengelap badan anak, proses sejatan yang berlaku akan membantu menyejukan badan anak tadi dan mengurangkan suhu badan.
Menurunkan suhu bada anak yang demam panas penting untuk mengelakan berlakunya sawan panas. Terutama kepada anak anak berumur 6 bulan hingga 6 tahun.
Baru baru ini saya mengendalikan kes anak setahun, demam dua hari dan sawan panas semasa di klinik disebabkan suhu badan yang tinggi.
Bila ditanya, anak yang demam itu tidak dimandikan oleh ibu sejak sakit.
Adoii laaa mama!
✔️ SUPPOSITORY PARACETAMOL
saya juga cadangkan ibubapa menyimpan suppository Paracetamol di rumah. Supp PCM adalah ubat yang diberikan kepada anak anak kecil melalui dubur untuk menurunkan suhu badan terutama jika suhu badan yang terlalu tinggi atau bila anak tidak boleh makan ubat disebabkan muntah. Supp PCM di klinik kesihatan hanya diberi kepada kes kecemasan dan tidak diberi dalam preskripsi ubat.
Supp PCM boleh dibeli di farmasi. Ada 2 dose
125mg
250mg
Yang mana satu untuk dibeli bergantung pada berat anak.
contoh berat Harriz 10kg,
dose PCM adalah 10kg x 15 iaitu 150mg.
saya akan guna sup PCM 125mg untuk Harriz.
Saya juga pesan pada ibu bapa untuk simpan Syrup Paracetamol di rumah in case anak demam tengah malam dan klinik tutup. Memang boleh bawa anak ke unit kecemasan hospital tapi anda perlu menunggu lama untuk mendapatkan syrup Paracetamol kerana unit kecemasan mengutamakan kes kes yang mengancam nyawa.
Syrup Paracetamol pun kena tengok strength di botol. Ada 120mg/5 ml dan 250mg/5ml
Ini cara nak bagi PCM pada anak:
👉 semak dulu expiry date ubat
👉 kira berapa ml nak bagi
saya bagi contoh berat Harriz 10kg
dose PCM adalah 150mg
kalau ada syrup PCM 120mg,
= 150 / (120/5)
= 6ml
kalau guna syrup PCM 250mg / 5 ml
= 150 / (250/5)
= 3ml
guna syringe untuk bagi ubat pada anak.
bagi ubat syrup lebih tepat dose nya berbanding guna sup PCM.
boleh bagi ubat setiap 6 atau 8 jam sehari.
Kadang kadang ada ibubapa yang tak mau bagi ubat di rumah takut bila ke klinik, doktor cakap "tak demam pun". Percayalah, doktor pun manusia. Doktor pun ada anak, mesti doktor akan percaya cakap ibu dan bapa sebab ibubapa yang menjaga anak itu.
✔️ KOOL FEVER
Saya selalu letak kool fever pada dahi anak anak untuk kurangkan panas.
Letak kool fever yang dibeli dalam peti sejuk.
Lepas tu boleh letak atas dahi anak anak. Konsepnya sama macam letak tuala kecil basah atas dahi anak. Bila guna kool fever, anak anak lagi selesa sebab sejuk. Cuma ada juga anak anak yang tak suka.
Perkara yang paling penting bila anak demam, ibubapa perlu cuba untuk turunkan suhu badan contoh
dengan mengelap badan anak, memakaikan baju nipis supaya haba keluar atau memandikan anak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua. 😍

0 comments:
Post a Comment