TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Buat Hadiah Hari Guru 2018 Sendiri

Bila tiba bulan 5, pasti ibubapa yang punya anak anak yang bersekolah akan teruja untuk menyediakan hadiah untuk menyambut Hari Guru di sekolah. Saya pasti guru guru yang mengajar di sekolah bukanlah mengharap sebarang hadiah dari murid murid dan bukan lah menjadi kewajipan untuk ibubapa menyediakan hadiah tersebut.

Bagi saya, memberi hadiah kepada guru adalah untuk saya ajar anak anak untuk menghargai guru. Menghargai usaha mereka memberikan ilmu setiap hari.

Kali ini, saya menyediakan TEACHER SURVIVAL KIT untuk cikgu yang mengajar Hadif dan Balqis.



Barang yang saya beli
1- Kotak plastik (saya beli di kedai ECO)
2- pen
3- markers
4- pensel
5- klip kertas
6- highlighter
7- paper stickers



dan YANG PALING BEST adalah Essential Oils Blend untuk cikgu.
Essential Oil Blend untk cikgu mengandungi
✔️EO Lavender
✔️EO Cedarwood
✔️EO Rosemary
✔️EO Thieves 


Lavender oil dan cedarwood boleh bantu memberi ketenangan dan relaxation.

Rosemary oil membantu meningkatkan memori dan konsentrasi.

Thieves oil membantu sistem pertahanan badan.

Guru perlu sihat untuk menjalankan tugas dengan sistem pendidikan yang semakin hari semakin mencabar.

Sebab sayangkan guru lah, saya sediakan survival kit ini. Semoga guru guru yang berdedikasi teruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu.



Tanpa kalian tak mungkin ada Perdana Menteri
Tanpa kalian tak mungkin ada doktor yang merawat pesakit
Tanpa kalian tak mungkin ada peguam menang bicara

SELAMAT HARI GURU 2018 buat semua guru guru di Malaysia.

“GURU PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in