TExt

Assalamualaikum W.B.T

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.

Hubungi saya jika terdapat sebarang persoalan. Insya Allah saya akan cuba menjawab.

Koleksi Kertas Peperiksaan Tahun 1

Kali ini saya nak kongsi koleksi kertas peperiksaan Tahun 1 untuk anak anak. Saya kumpul dari facebook cikgu cikgu yang selalu kongsi (Terima kasih banyak banyak 😍)



Facebook saya banyak digunakan untuk mencari bahan bahan untuk mengajar anak anak. Sebagai ibu, saya sangat menitikberatkan soal pelajaran anak anak. Tambah pula dengan silibus pelajaran yang sangat tinggi sekarang, dengan Hadif yang punya masalah, menjadi tugas seorang ibu untuk bantu anak anak di rumah. Cikgu di sekolah mempunyai ramai anak anak murid yang pelbagai peringkat. Mungkin perlukan banyak masa untuk memberi perhatian kepada anak anak murid. Masa itulah yang menjadi penghalang kerana masa di sekolah sangat terhad.

Alhamdulillah berkat kesungguhan Hadif untuk belajar dan usaha saya bersama guru guru lain, Hadif berjaya mendapat 3A 1B dan dapat mengekalkan dirinya di kelas pertama.

Jadi saya memang sangat cadangkan ibubapa mengambil inisiatif untuk membantu anak anak di rumah.

Boleh download di sini

1- BAHASA MELAYU DI SINI

2- MATEMATIK DI SINI

3- SAINS DI SINI

4- PENDIDIKAN ISLAM DI SINI

5- BAHASA ARAB DI SINI

Untuk subjek English, ibubapa boleh follow 2 blog di bawah yang dikendalikan oleh 2 guru Bahasa Inggeris yang sangat rajin berkongsi. Ada juga latihan latihan untuk anak anak terutama untuk darjah 1 dan 2 yang menggunakan buku Super Mind dari Cambridge.


www.ashtheteacher.blogspot.my DI SINI

www.teacherfiera.blogspot.com DI SINI

Semoga bermanfaat buat semua. 


 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in