TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Zoo Taiping

Alhamdulillah, baru baru ini saya berkesempatan membawa anak anak ke Zoo Taiping. Satu satunya zoo yang ada di utara tanah air. Ini kali kedua saya membawa Hadif dan Balqis ke sini manakala kali pertama buat Harriz.

Tujuan saya membawa anak anak kali ini adalah untuk memperkenalkan binatang dan haiwan yang ada kepada Harriz manakala untuk Hadif adalah untuk membantunya dalam subjek sains yang dia sangat lemah.

Zoo Taiping terletak di


Jalan Taman Tasik Taiping,
Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak.

Waktu melawat Zoo Taiping & Night Safari :

>Zoo Taiping<
Dibuka setiap hari termasuk hari Ahad & Cuti Am
- 8.30 pagi hingga 6.00 petang
Waktu haiwan diberi makan
-10 pagi hingga 11 pagi

>Night Safari<
Dibuka setiap hari termasuk hari Ahad & Cuti Am
-8.00 malam hingga 11.00 malam
Pada hari Sabtu dan malam sebelum Cuti Am
-8.00 malam hingga 12.00 malam
Waktu haiwan diberi makan
-8.15 malam hingga 10 malam

harga tiket ke Zoo Taiping & Night Safari.

~Zoo Taiping ~
Dewasa :RM17.00
Kanak-kanak : RM8.50

~Night Safari~
Dewasa : RM21.20
Kanak-kanak : RM10.60

ada juga Diskaun 20% diberikan untuk warga Taiping, Selama dan Bagan Serai sahaja. Jika dtg 20 org dan ke atas, juga layak mendapat diskaun 20%.

Anak anak sangat teruja melihat binatang binatang yang ada di dalam zoo terutama Balqis. Harriz juga sangat seronok melihat binatang binatang di zoo.

Saya melihat perubahan anak anak berbanding kali pertama datang pada tahun 2014. Kali kedua ini, nampak anak anak lebih menghargai apa yang mereka lihat. Lebih banyak komunikasi yang keluar dari mereka. Lebih banyak maklumat yang mereka dapat terutama untuk Hadif yang boleh membaca maklumat yang diberikan oleh pihak zoo pada papan kenyataan untuk setiap binatang.

Zoo Taiping sangat luas. Kalau bawa anak kecil, saya cadangkan jangan lupa bawa stroller. Penat nak dukung anak. Kalau nak senang, ada tren yang disediakan secara percuma TAPI of course yang percuma tu susah nak dapat. Kena sabar menunggu dan beratur. Ada juga tren berbayar yang mana pengunjung boleh sewa untuk dibawa secara bersedirian bersama keluarga. Tren percuma tadi sekadar membawa pengunjung pengungjung melihat sekali lalu binatang binatang yang ada di dalam zoo.

Kalau nak best, berjalan kaki bersama anak anak adalah yang terbaik. Boleh spend banyak masa di satu satu tempat. Sambil membaca maklumat yang ada. Berjalan kaki bersama anak anak juga dapat menghidup udara segar di bumi Taiping. Cuaca di Taiping tidak terlalu panas maklumlah kawasan yang menerima hujan yang agak tinggi di Malaysia. Hari yang saya pergi bersama anak anak pun OK tidak hujan dan tak panas. Cuaca yang menarik untuk berjalan bersama anak anak. Bila letih berjalan, ada kerusi kerusi dan tempat tempat berhenti disediakan. Jangan lupa bawa botol air bersama. Boleh hilangkan dahaga dan penat berjalan.

Anak anak saya teruja melihat orang utan, chimpanzee, buaya, zirafah, gajah, badak sumbu, harimau dan babi hutan. Soalan paling best saya terima dari anak perempuan saya “ ibu kenapa babi warna hitam, Aqis tengok dalam TV warna pink” hahaha itu la sebab nya kenapa ibu bapa kena bawa anak anak ke zoo. 

Jom layan beberapa keping gambar kami di sana.










0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in