TExt

Assalamualaikum W.B.T
Untuk semua pembaca di blog Dr Shima,

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.


SPRITZER Ecopark Taman Riadhah Menarik di Taiping

Baru baru ini saya berkesempatan membawa anak anak bercuti di Taiping. Taiping pernah menjadi tempat saya belajar. Bumi Taiping sangat dekat di hati terutama kawasan Taman Tasik dan Bukit Larut. Banyak perubahan di kawasan Bukit Larut kerana terdapat banyak hotel dan chalet yang didirikan untuk membantu sektor pelancongan.


Saya dan anak anak menginap di Hotel Grand Baron berdekatan dengan Bukit Larut. Hotel yang baru dibuka sangat selesa untuk menginap bersama keluarga.  Harga untuk semalam Executive Suite adalah RM275 dan diberikan sarapan pagi untuk 3 orang. Hotel ini juga memberikan wifi percuma untuk pelanggannya.



Saya bukan nak kongsi sangat tentang hotel tapi saya nak cerita tempat yang kami pergi iaitu SPRITZER ECOPARK.




SPRITZER ECOPARK terletak di Lot 898, Resevoir, Off Jalan, Jalan Air Kuning, 34000 Taiping. Memang susah nak cari kalau pertama kali datang. Saya memang cadangkan guna aplikasi WAZE untuk memudahkan pencarian.


Taman ini betul betul berhadapan dengan kilang air SPRITZER yang menjadi salah satu kilang pembekal air mineral di Malaysia. Taman ini dibina dalam kawasan seluas kira kira dua hektar daripada keseluruhan 133 hektar kawasan milik kilang Spritzer.



Saya suka kawasan riadah ini kerana kawasan yang sangat redup dan menyegarkan kerana dikelilingi pokok. Kalau stress, boleh datang sini untuk tenangkan diri. Dibuka setiap hari 9 pagi hingga 9 malam. Masuk ke tempat ni adalah percuma.


Yang paling best, ada mini golf dengan 18 lubang untuk bermain bersama keluarga. Ini kali pertama untuk anak anak saya mencuba bermain golf. Main golf macam main hoki ja budak budak ni. Janji masuk lubang. Tak ada had masa untuk bermain. So main la sampai puas.




Ada kemudahan menyewa kayu golf disediakan dengan harga yang berpatutan. Bila dah pulangkan kayu golf yang disewa tadi, pengunjung dapat bola golf yang special tadi dan diberikan botol air mineral spritzer yang berbentuk bola golf sebagai cenderamata. Best kan?


Jom layan gambar gambar kami di Spritzer ECOPARK Taiping. Satu percutian singkat untuk menyegarkan kembali diri sendiri.











 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in