TExt

Assalamualaikum W.B.T
Untuk semua pembaca di blog Dr Shima,

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.


Bagaimana Mengira Kitaran Haid Dengan Mudah?

Salam sejahtera kepada semua yang masih sudi membaca tulisan di blog saya. Ilmu saya masih kurang tapi saya suka untuk berkongsi dengan semua perkara perkara yang penting untuk panduan semua.

Kali ini saya nak ambil peluang untuk bercerita tentang kitaran haid kerana baru baru ini saya bertemu dengan seorang pesakit wanita yang mengadu masalah haid yang tidak teratur yang dialaminya. Dia mengadu haidnya datang 2 kali sebulan. Bila saya tanya tentang tarikh tarikh haid yang lalu, dia tidak dapat memberikan maklumat tersebut pada saya.

Di zaman teknologi yang serba canggih, saya nak kongsi satu Apps yang boleh dimuat turun dalam telefon untuk semua wanita yang masih mempunyai haid untuk merekod tarikh haid mereka.




Kenapa kena rekod?


✔️ untuk tahu tentang kitaran haid diri sendiri. Kitaran haid setiap wanita berbeza. Ada yang 28 hari, ada yang 30 hari , ada yang 35 hari.

Kitaran haid bermula pada hari pertama turun darah hingga sehari sebelum turun darah yang seterusnya.

✔️ untuk bantu doktor mengira tarikh jangka bersalin dan tempoh kehamilan seorang wanita berpandukan hari pertama haid yang terakhir.

✔️ untuk setiap wanita yang sudah datang haid, bila ke klinik atau hospital, salah satu soalan yang akan ditanya adalah tarikh hari pertama haid terakhir untuk membantu mendapatkan diagnosis terutama jika wanita itu mengadu sakit perut.


Saya guna Apps Period Calender untuk merekod tarikh haid saya. Saya telah mengggunakan apps ini sejak dari 2017 ( sejak datang haid selepas melahirkan anak ke3). Ada banyak period calender dalam sistem android atau apple tapi ini yang paling mudah dan menarik perhatian saya.




Apa yang menarik tentang apps ni?

✔️ semua tarikh haid saya boleh direkod. Saya boleh track balik semua dari tahun 2017 hingga yang terbaru.

✔️ apps ini akan menganalisis dan memberikan secara purata kitaran haid pengguna.

✔️ apps ini boleh memberi jangkaan kepada hari hari berlakunya ovulasi. Untuk wanita yang tidak mengambil perancang keluarga, boleh elakkan bersama suami pada hari hari yang dijangkakan boleh menyebabkan kehamilan berlaku.

✔️yang paling saya suka, apps ini membantu saya untuk memberi jangkaan tarikh datang haid untuk kitaran seterusnya. Mana la tau nak pi umrah, boleh la pilih tarikh tarikh yang sesuai dan elak tarikh yang kemungkinan datang haid.

✔️lagi best sebab apps ni FREE!








Saya nak kongsi tentang kitaran haid yang wanita selalu salah faham. Wanita selalu rasa kalau dia datang haid 5 haribulan 1 jadi bulan depan dia akan jangka dia akan datang haid lagi 5 haribulan 2.

Ini sebenarnya perkara yang salah. Tarikh datang haid bergantung pada kitaran haid seseorang wanita itu. Saya bagi contoh kalau kitaran haid seorang wanita 28 hari. Tarikh haid yang pertama ialah 1.1.18. Jadi tarikh haid seterusnya mungkin 29.1.18 bermakna dia dapat haid 2 kali dalam bulan 1.

Ini bukan bermakna dia ada masalah atau haid datang awal atau haid tidak teratur. Ini adalah kitaran haid yang normal untuk wanita tersebut kerana kitaran haidnya adalah 28 hari.



Saya harap perkongsian ini membantu semua wanita di luar sana. Saya memang sangat menggalakkan untuk setiap wanita merekod tarikh tarikh haid mereka terutama anak anak gadis dan wanita yang baru berkahwin. 



0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in