TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Pra Sekolah dan Tadika Swasta, Yang Mana Satu Pilihan Hati?

Terima kasih kerana masih sudi membaca blog saya yang tak seberapa ini. Masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama masa untuk terus istiqamah dalam menulis dan berkongsi apa yang baik untuk tatapan semua.

Kali ini saya ingin mengambil peluang berkongsi tentang prasekolah dan tadika swasta. Saya pasti ramai yang ingin tahu yang mana satu patut dipilih. Yang mana satu yang terbaik untuk anak anak. Saya sendiri mulanya dalam dilema nak buat pilihan yang terbaik untuk anak anak sendiri. Tak tahu nak bertanya pada siapa. Sudahnya tawakal kepada Allah. Yang sulung habiskan umur 6 tahun di tadika swasta, yang kedua di prasekolah KPM. 

Saya nak kongsi pengalaman anak anak ini bersama dengan pembaca semua. Cuma apa yang saya tulis dari sudut pandangan peribadi dan pengalaman bersama dengan anak anak. Yang pasti pilihan yang mana terbaik buat anak anak di tangan anda sebagai ibubapa. 

PRA SEKOLAH KKM

Kebanyakan sekolah rendah sekarang mempunyai pra sekolah untuk murid murid 5 dan 6 tahun. Kuota murid sangat terhad untuk pra sekolah. Di sekolah anak saya, murid prasekolah yang diambil hanya 25 orang sahaja. Ia tidak lagi dihadkan mengikut gaji ibubapa, ia berdasarkan siapa cepat, dia dapat.

Pendaftaran untuk murid prasekolah dibuka sama dengan pendaftaran untuk kemasukan darjah 1. Dalam bulan Mac setiap tahun. Ibubapa kena sentiasa alert dengan pengumuman dari Kementerian Pendidikan. Pendaftaran dibuat secara atas talian.

Ibubapa perlu isi borang atas talian, cetak dan hantar ke sekolah yang dipilih.

Tempohari saya agak lambat membuat pendaftaran anak. Bulan 8 baru terfikir nak cuba daftar anak sebab selama ni ingat tak layak nak dapat tempat disebabkan gaji. Rezeki anak, ada lagi tempat untuk dia belajar di pra sekolah KPM.

Kat sini saya nak kongsi kebaikan dan kekurangan antara Prasekolah dan tadika swasta berdasarkan pengalaman anak anak sendiri.

❤️ YURAN

yuran pendaftaran pra sekolah KPM jauh lebih murah berbanding tadika swasta. Saya hanya bayar RM90 untuk setahun dan tiada yuran bulanan dikenakan. Anak anak akan diberikan makanan dua kali setiap hari persekolahan dan tidak perlu membawa sebarang alat tulis ke sekolah. Bawa diri sahaja ke sekolah.



Tadika swasta tidak punya yuran yang selaras antara satu sama lain. Ada yang murah ada yang mahal. Pastinya ada yuran bulanan dikenakan setiap bulan.

❤️ UNIFORM

Pakaian untuk prasekolah sebelum tahun 2018 adalah mengikut sekolah. Sejak tahun 2018, uniform telah diselaraskan satu Malaysia. Anak anak prasekolah perlu memakai T shirt putih berkolar dan berseluar tracksuit biru gelap dan Kasut putih.


Uniform tadika swasta berbeza beza mengikut tadika yang dipilih.




❤️ SESI PERSEKOLAHAN

sesi persekolahan prasekolah bermula pada pukul 730 pagi hingga 1145 pagi. Cuti sekolah mengikut cuti persekolahan seluruh Malaysia. Jadi untuk ibubapa yang bekerja, perlu susun jadual untuk ambil anak selepas waktu pembelajaran.

Berbeza dengan tadika swasta, sesi persekolahan ada yang sebelah pagi, ada yang sebelah petang. Ada tadika yang menyediakan perkhidmatan full day - sesi sekolah secara formal dan nursery macam Genius Aulad Sungai Petani. Untuk ibubapa yang bekerja sangat mudah. Hantar anak ke sekolah sebelum ke pejabat dan ambil semula lepas habis waktu pejabat.

Cuti sekolah tadika swasta ada yang mengikut cuti sekolah KPM dan ada yang mengikut tadika itu sendiri. Kadang kadang ibubapa masih boleh menghantar anak walaupun pada waktu cuti sekolah terutama jika tadika yang menyediakan perkhidmatan nursery.

❤️ SUBJEK

Matapelajaran yang diajar di prasekolah adalah matapelajaran asas untuk tahun 1. Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Pendidikan Islam. Bahasa utama di prasekolah adalah Bahasa Melayu.

Berbeza dengan tadika swasta kerana ada yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama.

Di sini, saya lihat perbezaan yang sangat ketara untuk kedua dua anak saya. Bahasa Inggeris abang sangat baik berbanding dengan adiknya. Spelling abang juga bagus. Dalam peperiksaan baru baru ini, abang dapat markah 92 untuk bahasa Inggeris. Si adik perlu banyak latihan dan bantuan di rumah.

Di tadika swasta, ada juga disediakan kelas membaca untuk bahasa Melayu dan Inggeris. Ia sedikit sebanyak membantu persediaan anak anak ke tahun 1.

❤️ AKTIVITI SEKOLAH

Saya suka aktiviti prasekolah KPM kerana ia memberi anak anak peluang untuk penglibatan awal di bidang ko kurikulum.

Aktiviti aktiviti prasekolah diadakan di antara sekolah, daerah dan negeri. Ia melibatkan sukan dan aktiviti lain  di luar bilik darjah seperti bercerita, azan dan hafalan.

Anak perempuan saya berjaya mewakili zon sekolahnya ke peringkat daerah dalam acara bercerita bahasa Inggeris. Di sinilah bakat dan keyakinan anak anak digilap dari awal.



Selain daripada itu, prasekolah KPM juga mendapat peruntukan untuk membuat sesi lawatan sambil belajar. Tahun ini, anak anak prasekolah berpeluang mengikut rombongan sekolah ke Taiping. Yuran yang dikenakan hanya RM20 untuk seorang.

Sebelum tamat sesi persekolahan, anak anak prasekolah diajar tentang selok belok di sekolah bila masuk darjah 1 nanti terutama cara membeli makanan di kantin sekolah. Saya puji pendekatan yang diberikan oleh guru guru prasekolah. Ini sangat membantu ibubapa untuk menyediakan anak anak memasuki fasa baru persekolahan sebenar.

Kebanyakan aktiviti anak anak prasekolah akan bergabung sekali dengan murid murid tahap 1 sekolah berkenaan. Contoh hari sukan sekolah, hari keusahawanan. Jadi anak anak prasekolah tidak lagi kekok berada dalam kawasan sekolah.





Aktiviti tadika swasta juga hampir sama dengan prasekolah. Ada hari sukan, ada field trip. Aktiviti banyak diadakan dalam peringkat sekolah sahaja.

Semasa cuti sekolah yang panjang, ada tadika swasta menyediakan aktiviti yang sangat menarik untuk mengisi masa anak anak. Saya selalu juga hantar anak anak ikut aktiviti ini. Kalau tak, cuti sekolah habis depan TV saja. Aktiviti seperti ini sangat membantu anak anak mengisi masa terluang semasa cuti sekolah yang panjang.






Cuma bila masuk darjah satu, anak anak yang pertama kali berubah tempat, perlukan pertolongan untuk membiasakan diri dengan suasana baru.

Hadif perlu masa yang agak lama untuk saya bantu semasa darjah 1. Untuk Balqis, lebih mudah dan boleh berdikari di hari pertama sekolah lagi.


❤️ GURU

Guru prasekolah hanya seorang dan mempunyai seorang pembantu pengurusan murid. Sebab itu murid murid prasekolah bilangannya sangat terhad.

Berbeza di tadika swasta yang mempunyai lebih ramai guru untuk mendidik anak anak.

❤️ HARI GRADUASI

Hari graduasi prasekolah anak saya diadakan serentak dengan majlis anugerah cemerlang peringkat sekolah.





Alhamdulillah tahun 2018, saya dapat lihat kedua dua anak saya naik pentas mengambil hadiah. Yang sulung mendapat tempat kedua dalam kelas dan yang kedua mengambil sijil graduasi prasekolah. Bangga tak terkata.

Hari graduasi prasekolah KPM untuk saya tidak se"grand" hari graduasi tadika swasta. Biasa biasa saja majlisnya. Berbeza dengan tadika swasta.

Hari graduasi tadika swasta adalah satu hari yang sangat penting dalam kalender sekolah. Persembahan semasa hari graduasi sangat menarik dan guru guru sangat kreatif dalam melatih anak anak kecil membuat persembahan pada hari tersebut. Hari graduasi ini adalah hari yang sangat ditunggu tunggu setiap tahun.





Saya dah senaraikan kelebihan dan kekurangan antara prasekolah KPM dan tadika swasta. Ini berdasarkan pengalaman sendiri bersama anak anak. Saya tidak cakap prasekolah KPM bagus dan tidak pula cakap semua tadika swasta itu tidak bagus. Semua ada kelebihan dan kekurangan masing masing.

Di mana pun anak anak bersekolah, saya tetap yakin setiap kekurangan yang ada pada institusi sekolah itu, perlu dibantu oleh ibubapa di rumah. Memang susah nak dapat yang sempurna. Ibubapa tidak boleh serahkan 100% kepada pihak sekolah untuk mendidik anak anak. Masa yang diberikan untuk mendidik anak anak di rumah boleh dijadikan masa yang berkualiti untuk mengeratkan hubungan ibubapa dan anak anak.


Sama sama kita buat yang terbaik untuk anak anak yang merupakan amanah untuk kita. 
Semoga mereka menjadi saham untuk kita ke Syurga nanti. 😍




1 comments:

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in