Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk berkongsi lagi dengan semua rakan pembaca di sini. Perasan tak ada perubahan di blog kesayangan saya?Harap ada yang nampak. 😀
CLEVER KIDS STORE
Ya ada kedai online saya di sini. Alhamdulillah saya dah 6 bulan saya menjadi agen berdaftar di bawah syarikat Mommy Happy yang dahulunya dikenali sebagai Kedai Berjaya.
Sebelum ini saya sudah memulakan perniagaan atas talian dengan menjual barang barang pendidikan awal kanak kanak sejak awal tahun 2017. Sejujurnya minat ini timbul kerana saya banyak membelikan bahan bahan bantu mengajar untuk anak anak sendiri dan minat ini secara tidak langsung memberi peluang untuk saya berkongsi ilmu dan bahan bahan bantu mengajar yang saya gunakan dengan anak anak untuk membantu ibubapa yang sedang berusaha mendidik anak anak di rumah.
Ada yang mungkin maklum Anak saya yang sulung mengalami kelewatan pertuturan dan banyak perkara yang perlu saya lakukan untuk membantunya di rumah kerana mahu perkembangannya tidak jauh terkebelakang dari kawan kawan seusia. Untuk persediaan sebelum dia memulakan persekolahan di aliran perdana, dia memang memerlukan banyak sokongan. Saya membeli bahan bahan untuk mengajarnya sama ada dari kedai atau atas talian dan Bahan bahan yang sama juga saya gunakan untuk anak anak saya yang lain.
Pada mulanya perniagaan kecil kecilan ini adalah sekadar suka suka dan untuk mengisi masa terluang tapi bila syarikat Mommy Happy membuka peluang kepada saya untuk menjadi agen, saya nampak banyak kelebihan melalui perniagaan ini dan saya mahu lebih serius dan fokus.
Misi saya bukan setakat untuk menjana pendapatan sampingan malah untuk membantu ibubapa mendapatkan bahan bahan bantu mengajar yang terbaik untuk anak anak. Mendidik anak anak zaman sekarang sangat mencabar. Anak anak perlu dididik dari awal bukan sekadar ilmu dunia tapi juga ilmu akhirat.
Syarikat Mommy Happy merupakan sebuah syarikat bumiputra yang diasaskan oleh Pn Siti Sarah yang pada awalnya dikenali sebagai Kedai Berjaya. Kedai Berjaya telah diberi jenama semula pada awal tahun ini dan membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berminat dengan bahan bahan pendidikan awal kanak kanak untuk menjana pendapatan bersama mereka.
Syarikat ini menggunakan sistem perniagaan berpusat secara atas talian dan sangat mudah untuk setiap agen untuk membuat promosi dan melihat stok produk yang masih ada untuk dijual.
Sejak menjadi agen Mommy Happy hampir 6 bulan, saya sangat gembira dengan sistem yang Mommy Happy sediakan untuk setiap agen. Saya nak kongsi perkara perkara menarik sepanjang menjadi agen Mommy Happy dan perlu menjadi sebab untuk anda turut serta menjadi keluarga besar Mommy Happy.
Sebelum ini saya menjadi dropship kepada peniaga bahan bahan pendidikan kanak kanak. Saya perlu tunggu peniaga tersebut untuk kemas kini stok dan perlu menunggu beliau menjawab pesanan saya melalui whatsapp. Perkara ini kadang kadang menjadi masalah bila pelanggan mahu membeli dan saya perlu mendapatkan kepastian tentang stok daripada peniaga berkenaan terlebih dahulu. Ada kala saya perlu menunggu agak lama untuk mendapatkan jawapan tentang stok barang.
Sistem perniagaan dengan Mommy Happy diuruskan sepenuhnya atas talian. Semua produk dan stok adalah yang terkini. Agen boleh melihat produk mana yang masih ada stok untuk dipromosi dengan cara masing masing.
 |
website Mommy Happy yang hanya boleh diakses oleh agen untuk membuat pesanan |
Konsep yang digunakan oleh Mommy Happy sangat mudah. Agen tidak perlu pegang stok dan semua penghantaran diuruskan sepenuhnya oleh ibupejabat di Puncak Alam.
Best kan? Tak perlu tertekan untuk habiskan stok di tangan. Yang penting buat promosi secara konsisten.
Syarikat Mommy Happy memang sangat komited untuk membantu semua agen yang berdaftar di bawah syarikat mereka.
Ada kelas usahawan yang dibuat secara atas talian untuk membantu agen agen yang masih baru dalam perniagaan. Sebagai CEO Mommy Happy, Pn Siti Sarah senang untuk berinteraksi dengan semua agen dan sering memberi maklum balas dengan setiap persoalan yang dikemukakan oleh agen. Sebagai seorang usahawan yang banyak pengalaman, Pn Siti Sarah tidak lokek berkongsi ilmu perniagaan dan memberikan banyak tips dan motivasi kepada semua agen.
Satu lagi kelas menarik yang diberikan oleh Syarikat Mommy Happy adalah kelas parenting. Kelas Parenting ini diberikan oleh Pn Ashikin Hashim, konsultan yang telah dilantik oleh Syarikat Mommy Happy.
Puan Norashikin Hashim berkelulusan Bachelor of Economics UIA dan beliau merupakan Pengarah Al Alamiyah Education and Tranining, Pengetua Genius Aulad Saujana Utama dan juga Penulis Buku.
Pn Ashikin Telah berkecimpung di dalam pendidikan awal kanak-kanak sejak tahun 2004 lagi dan Berpengalaman sebagai guru tadika, pengetua dan sekarang menguruskan Genius Aulad Saujana Utama.
Beliau Banyak menulis artikel dan menjadi viral di Majalah PAMA, MINGGUAN WANITA, SIAKAP KELI, THE VOCKET, MAJALAH KELUARGA dan banyak lagi.
Untuk saya, kelas parenting dan ilmu pendidikan awal kanak kanak dari Pn Ashikin bukan setakat membantu saya untuk menjadi peniaga yang berilmu dalam bidang ini malah turut membantu saya dalam usaha menjadi ibu yang lebih baik untuk anak anak sendiri.
Percaya atau tidak, kelas kelas ini diberikan secara PERCUMA oleh Syarikat Mommy Happy.
Best tak?
Sekarang saya nak kongsi tentang produk produk yang dijual oleh Syarikat Mommy Happy. Semua produk sangat menarik.
Mommy Happy mempunyai produk keluarannya sendiri iaitu
✅ Flip Kad Wow
✅ Flip Kad Iqra
✅ Poster ADik Bijak Suku Kata
✅ Dam
✅ Buku Mini Wow
 |
Poster Anakku Bijak Suku Kata |
 |
FLIP KAD WOW |
Selain dari itu, Mommy Happy juga turut berkolaborasi dengan pembekal buku buku lain untuk menjual produk produk yang terbaik di pasaran.
Antara produk lain yang telah menjadi fenomena di media sosial adalah
✅Buku English 500 Vocabularies That Kids Should Know
✅ Buku Asas Matematik
✅ Buku Soalan Intensif
✅ Kombo Vengers
Agen Mommy Happy juga dapat hak sebagi pengedar utama untuk Buku Bijak Jawi: Panduan Dan Kaedah Penulisan Jawi tulisan Ustaz Abdul Karim Aziz.
Banyak sangat produk yang boleh dijual oleh setiap agen Mommy Happy. Selain boleh jual, agen boleh beli untuk anak anak sendiri dengan harga yang ditetapkan oleh pihak ibu pejabat.
Menarik tak? Ada lagi yang lebih menarik tau. 😉
Sebagai agen, salah satu perkara yang bermain di fikiran adalah untuk mendapatkan untung dari hasil jualan.
Setiap agen boleh menjual apa saja produk yang ada dalam website Mommy Happy dan boleh menggunakan setiap platform media sosial untuk memasarkan produk. Hanya produk keluaran Mommy Happy sahaja tidak dibenarkan dijual di platform Lazada, Shoppe atau seangkatan dengannya kerana pihak syarikat menjaga hak setiap agen. Tidak mahu ada agen yang bermain dengan harga.
Setiap produk mempunyai harga jualan dan margin keuntungan yang ditetapkan untuk setiap agen. Setiap produk juga mempunyai mata atau PV tersendiri.
Setiap agen, boleh mendapat untung runcit dari setiap jualan. Hanya perlu membuat pesanan melalui website dan penghantaran dibuat oleh ibu pejabat.
Untuk setiap bulan, setiap agen layak mendapat bonus jika jualan untuk bulan tersebut mencecah 240pv atau lebih.
Dah la dapat untung runcit, bonus pon Mommy Happy bagi. Nak apa lagi kan?
Alhamdulillah setakat ni, saya juga dah berjaya dapat bonus dari Mommy Happy.
Tak cukup best lagi ker?
Selain dari kelas online dan produk produk pendidikan kanak kanak, Syarikat Mommy Happy juga mengadakan pelbagai program lain yang boleh disertai oleh agen.
Pada bulan bulan Mac tempohari, ibu pejabat Mommy Happy mengadakan program
✔️ Bengkel Melukis dan Mewarna bersama Uneh
✔️ Bengkel Syoknya Bercerita bersama Pn Norashikin Hashim
Program program ini dibuka kepada umum dan dipromosikan oleh semua agen Mommy Happy. Harga tiket program untuk agen berbeza dengan harga yang ditawarkan kepada umum dan semestinya kelebihan lebih kepada agen dan anak anak.
Pada awal bulan 8 tempohari, ibu pejabat Mommy Happy telah mengadakan majlis doa selamat dan majlis meraikan semua agen agen yang berjaya mendapat bonus untuk bulan Julai. Memang seronok jadi agen Mommy Happy, banyak aktiviti yang disediakan oleh pihak syarikat.
Yang paling baru adalah program pembangunan Agen Mommy Happy yang berlangsung di ibu pejabat di Puncak Alam. Dalam seminar ini, pelbagai tips perniagaan dikongsi untuk membantu meningkatkan jualan dan mengembangkan potensi setiap agen Mommy Happy yang hadir pada program tersebut.
Jujur saya masih belum berkesempatan untuk hadir ke program yang telah dibuat oleh Syarikat Mommy Happy. Ini disebabkan oleh faktor lokasi Syarikat yang jauh dan juga disebabkan oleh masa yang tidak mengizinkan. Saya masih berharap agar saya dapat peluang untuk jejak kaki ke ibupejabat Mommy Happy dan menyertai seminar atau bengkel usahawan untuk menambah ilmu perniagaan yang sememangnya saya perlukan untuk pergi lebih jauh dalam bidang ini.
Meskipun bidang ini bukan bidang saya tapi perniagaan ini memberi saya kepuasan setiap kali saya dapat membuat jualan. Bukan untung yang banyak yang buat saya puas tapi rasa puas untuk membantu ibubapa di luar sana untuk mendapatkan bahan bahan yang boleh membantu pendidikan anak anak di rumah. Selain daripada itu, jualan yang kita buat atas hasil usaha kita sendiri. Kalau Rajin buat promosi pasti ada hasil yang kita nikmati. Berniaga buat kita letakkan pergantungan pada Allah di tahap yang sangat tinggi kerana Dia yang menggerakkan hati hati manusia untuk singgah di kedai online kita, terbaca iklan kita, tertarik pada kita, hubungi kita dan membeli dengan kita.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan menjadi agen Mommy Happy.
Takkan nak cerita semua kat sini kan?
Kena la sertai dan rasa sendiri kelebihan menjadi sebahagian dari keluarga Mommy Happy.
Ini antara 5 sebab sebab utama yang patut menjadikan anda yang membaca teruja untuk menyertai team saya sebagai agen Mommy Happy.
Sertai kami dan anda akan rasa keseronokan berada dalam satu keluarga besar yang saling menyokong antara satu sama lain.
Klik link di SINI untuk sertai team saya - CLEVER KIDS.
Semoga perkongsian ini membuka hati dan fikiran anda untuk menjadi salah seorang agen Mommy Happy bersama team saya.