TExt

Assalamualaikum W.B.T
Untuk semua pembaca di blog Dr Shima,

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.


Bagaimana Bantu Anak Belajar Jawi Di Rumah

Masa Hadif berada dalam tahun 1, salah satu matapelajaran yang sangat lemah adalah subjek Jawi. Saya mengaku semasa di tadika, saya abaikan perkara ini. Untuk saya yang penting sebelum Hadif masuk darjah satu, Hadif boleh baca, kira dan menulis. Ketika ujian pertengahan tahun 1, Hadif dapat cuma cukup cukup makan markah subjek jawi. Nasib tak gagal lagi. Masa tu baru la saya gelabah nak tolong Hadif.


Saya pernah suarakan rasa tidak puas hati dengan silibus KSSR Semakan yang baru dibuat pada tahun tersebut kepada seorang pegawai pendidikan daerah yang datang ke klinik. Saya mengatakan buku teks Pendidikan Islam yang dibuat itu isinya sangat bagus tapi bila ditulis dalam tulisan jawi sepenuhnya untuk anak darjah 1, ia sangat berikan tekanan terutama kepada yang belum boleh membaca jawi. Walaupun tak berpuas hati, tiada perkara lain yang boleh diubah melainkan berusaha untuk memastikan Hadif boleh menguasai subjek tersebut. Target saya supaya Hadif tidak terkebelakang dari kawan kawan lain yang normal.

Saya nak kongsi antara buku buku dan BBM yang saya guna untuk bantu Hadif membaca Jawi.

1- yang pertama, anak kena kenal huruf huruf jawi. Alif, Ba, Ta, etc.

Saya suka cari bahan BBM di FB. Bahan dari Page BBM Jawiku sangat menarik dan diberikan secara percuma. Ibu ayah boleh print dan buat aktiviti dengan anak.



saya juga ajar Hadif ingat, untuk setiap huruf jawi mewakili huruf rumi tertentu. Contoh huruf Ba bila rumi akan wakilkan huruf B. Ini juga boleh membantu untuk menulis dan membaca huruf jawi.

Buku marker Jawi juga boleh membantu untuk anak mengenal huruf jawi. Bukan setakat tu, anak boleh belajar menulis huruf jawi. Boleh tulis dan padam dan belajar sampai pandai.



2- Bila dah kenal huruf senang untuk blend kan menjadi bunyi. Mula dari sini saya guna buku. Ada banyak buku yang ibu ayah boleh beli. Saya guna Set buku Ibu Ajarku Jawi.

Buku Ibu Ajar Aku Jawi ada 7 buah, ada lebih kurang 24 muka surat. Buku buku ini menggunakan Sistem Fonetik, Suku kata mudah, Bermakna dan berulang. Tulisan dalam buku menggunakan Dua warna bagi membantu anak anak yang baru mula membaca.



Saya selalu buat bacaan dengan Hadif satu atau dua muka untuk 10minit dan berulang ulang sampai dia fasih. Saya buat hampir setiap hari dengan dia.

3- Bila dah habis baca buku Ibu Ajarku Jawi, saya terus belikan dia buku buku cerita dalam tulisan jawi. Saya nak dia praktis baca buku cerita yang ditulis sepenuhnya dalam tulisan jawi. Bukan senang nak cari buku macam ni.

Alhamdulillah jumpa juga set buku cerita jawi Warisan Pak Mat Lob. Buku buku ini ada 27 buah. Cerita cerita ringkas ikut tahap. Ada 3 tahap.

Tahap 1 ada 7 buah buku. Untuk anak anak yang baru belajar baca jawi. Cerita ringkas. Satu muka surat satu ayat yang ada dua warna untuk bantu anak baca sukukata. Cerita cerita yang memberikan teladan. Antara tajuk buku dalam tahap 1 adalah - Songkok Fiz, Udubun Pelukis Burung, Si Lampai

Tahap 2 pula ada 10 buku. Buku buku untuk anak yang lancar jawi. Cerita dalam buku tahap 2 menggunakan ayat ayat yang lebih panjang dan lebih dari 2 suku kata. Antara tajuk dalam tahap ini adalah Akibat Tamak, Angan Mat Jenin, Diangkat Ke Langit

Tahap 3 juga mempunyai 10 buah buku.




Tips yang paling penting untuk bantu anak belajar jawi adalah belajar secara konsisten sekurang kurangnya 10 minit setiap hari. 



Semoga bermanfaat! 😊😊😊😊

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in