TExt

Assalamualaikum W.B.T

Untuk semua pembaca, Alhamdulillah saya masih dapat terus menulis dan kali ini saya kongsi kedai kecil saya di blog.

Jemput follow, cuci mata, shopping dan kalau ada yang berminat untuk sertai saya, jangan malu malu untuk hubungi saya.


Panduan Untuk Ibubapa Bila Anak Cirit Birit Dan Muntah

Baru baru ini Harriz anak bongsu saya dimasukkan ke hospital disebabkan cirit birit dan muntah yang menyebabkan badannya kehilangan air ( dehydrasi). Pagi itu, Harriz sudah muntah hampir 3 kali dan sudah hampir 5 kali terpaksa menyalin lampin pakai buang. Harriz nampak sangat lemah. Tidak seperti biasa. Hanya berbaring di atas tilam. Saya mula risau. Saya cuba memberi air namun ditolak. Mungkin tidak ada selera setelah apa yang dimakan keluar semula.

Walaupun bergelar pegawai perubatan, bila anak sendiri yang sedang dalam masalah, fikiran mula tidak tenteram. Berbelah bahagi untuk bawa anak ke hospital. Masih memikirkan soal tugas keesokkan harinya. Kalau bawa ke hospital, pasti Harriz perlu bermalam di sana. Saya cuba memantau keadaan Harriz di rumah.

Tengahari itu, keadaan masih tidak berubah. Saya buat keputusan, Harriz perlukan rawatan di hospital. Muntah dan cirit birit masih belum berhenti dan Harriz sangat lemah.



Cirit birit dan muntah atau Acute Gastroenteritis adalah salah satu punca mortality dan morbiditi di kalangan kanak kanak. Kematian kanak kanak yang disebabkan oleh cirit birit adalah disebabkan dehidrasi dan kehilangan elektrolit dalam darah. Dehidrasi yang ringan boleh dirawat dengan mengambil Oral rehydration Salt (ORS) - air garam yang selalu dibekalkan di klinik. Untuk rawatan dehidrasi yang teruk, kanak kanak perlukan bantuan intravenous fluid therapy (IV drip)


Antara tanda tanda anak dehidrasi ( kehilangan air dalam badan) adalah:

๐Ÿ“letih

๐Ÿ“tidak aktif

๐Ÿ“mata melekuk ke dalam (sunken eye)

๐Ÿ“tidak dapat minum atau minum sedikit

๐Ÿ“poor skin turgor - bila tarik kulit di bahagian perut, kulit mengambil masa lebih 2 saat kembali ke asal

๐Ÿ“kaki dan tangan sejuk

Kalau ada tanda tanda ini, ibu bapa bawalah ke klinik dengan segera untuk pemeriksaan lanjut. Pegawai perubatan di klinik atau hospital akan menilai semula keadaan anak anda.




Jika doktor yang menilai anak anda membenarkan anak dirawat di rumah bermakna tahap dehidrasi anak adalah ringan. Jangan risau.

Yang paling penting ibu dan bapa kena tahu -
✔️BAGI AIR YANG SECUKUPNYA

✔️BAGI MAKAN MACAM BIASA

✔️BILA KENA DAPATKAN RAWATAN SEMULA


BAGI AIR SECUKUPNYA

Bila anak masih menyusu badan, ibu dinasihatkan menyusu sekerap yang boleh dan panjangkan penyusuan setiap sesi.

Kalau anak menyusu badan sepenuhnya, berikan ORS yang dibekalkan atau air sejuk yang telah dimasak selain dari susu.

Kalau anak tidak menyusu sepenuhnya, ibu boleh berikan satu atau lebih pilihan berikut - ORS, makanan yang cair seperti sup dan bubur atau air sejuk yang telah dimasak.

Cara untuk ibu berikan ORS kepada anak

✅ untuk anak kurang dari 2 tahun, ibu berikan 50ml hingga 100ml setiap kali selepas anak cirit

✅ untuk anak lebih dari 2 tahun, ibu hendaklah berikan ORS 100ml hingga 200ml setiap kali lepas anak cirit.

✅ ibu dinasihatkan beri ORS dalam sudu atau cawan sedikit demi sedikit dan kerap.

✅ kalau anak muntah, tunggu 10minit sebelum berikan semula ORS perlahan lahan

✅ beri air tambahan sehingga cirit birit berhenti.

TERUSKAN MAKAN DAN MINUM SEPERTI BIASA

Ibu yang menyusu badan teruskan menyusu anak seperti biasa

Berikan susu formula kepada anak seperti biasa

Susu formula lactose free atau kurang lactosa tidak banyak membantu dalam mengurangkan simptom.

Makanan yang bergula tidak digalakkan kerana boleh menggalakkan cirit birit.


IBU BAPA Wajib bawa anak semula ke klinik atau hospital bila

✅ tidak mahu minum atau menyusu

✅ bertambah sakit

✅ ada demam

✅ nampak darah dalam najis

Saya dan Harriz bermalam 3 hari 2 malam di hospital. Alhamdulillah, Harriz semakin aktif selepas diberikan terapi IV drip.



Selain daripada ORS, antara ubat yang diberikan adalah SMECTA dan probiotic. Antibiotik jarang digunakan dalam rawatan untuk cirit birit dan muntah . Ubat tahan muntah dan ubat untuk berhentikan cirit birit pun tidak diberikan kepada kanak kanak.

Semoga panduan ini membantu semua ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€




Ruj: Paediatric Protocol 4th Edition
        CPG Acute Gastroenteritis in Children

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in