
Sesekali buat public speaking depan patients memang buat saya nervous. Dari semalam lagi dok rasa butterfly in my stomach.

Hari ni tajuk yang kena viralkan kepada semua pesakit kencing manis adalah
"Persediaan pesakit untuk bulan Ramadan".
Insya allah Ramadan lagi 2 minggu. Beberapa perkara yang pesakit kencing manis kena ambik tau terutama mengenai pengambilan ubat.
Pesakit kencing manis memang dibenarkan tidak berpuasa sebab penyakit kronik. Perkara ni dah diterangkan dalam surah Al Baqarah ayat 184. Tapi rugi la kalau tak puasa. Sekali setahun ja Ramadan datang. Kalau tak puasa kena ganti. Kalau tak mampu ganti kena bayar fidyah.
At least kita mencuba. Kalau memang tak mampu, terutama pesakit yang dah berumur tak payah la puasa nanti memudaratkan kesihatan diri.
Selalu sebelum masuk bulan puasa, semasa konsultasi dengan pesakit, saya selalu tanya tentang masalah mereka semasa Ramadhan yang lepas. Bagaimana mereka ubah cara pengambilan ubat dan apa yang membuatkan mereka tidak dapat melakukan ibadah puasa. Ini satu kewajipan buat saya untuk membantu mereka yang ingin cuba berpuasa. Selalunya untuk warga emas, tidak terlalu ketat tentang ibadah ini kerana faktor umur dan selera makan mereka mungkin tidak sebaik pesakit muda.
Perkara perkara yang saya cakap tadi:
1- pemakanan pesakit masa bulan puasa
- lewatkan masa sahur
- jangan lewatkan buka puasa
- buka puasa dengan 1-2 kurma
- kalau boleh solat maghrib dulu sebelum makan makanan utama
- kurangkan pengambilan garam
- minum air 8 gelas lepas buka puasa
2- aktiviti
- kurangkan aktiviti lasak
- kalau nak bersenam 1-2 jam lepas buka puasa
- solat terawikh tu salah satu senaman, jom la meramaikan masjid
3- pengambilan ubat kencing manis tak sama antara seseorang. Kalau boleh cuba puasa sunat dulu dalam bulan rejab dan syaaban untuk tengok keadaan diri macam mana.
- ubat kencing manis nama METFORMIN yang kena ambil lepas makan, makan macam biasa waktu sahur dan berbuka.
- ubat kencing manis nama GLIBENCLAMIDE atau GLICLAZIDE boleh dikurangkan dos masa sahur. Kalau ada yang ambil sekali sehari, tukar masa ambil. Ambil waktu berbuka.
Ubat sebelum makan ni idealnya ambil lepas makan kurma, lepas tu pi solat dulu baru makan nasi. Kalau tak boleh atau dah makan, makan 1 jam selepas berbuka.
- kalau pesakit ambik insulin, boleh kurangkan dos masa sahur. Cucuk setengah jam sebelum nak sahur, setengah jam sebelum waktu berbuka.
4- masalah pesakit kencing manis masa bulan puasa selalunya ialah hypoglycaemia. Kurang gula dalam darah. Pesakit jadi lapar, berpeluh, pening, ketar badan. Selalu jadi pukul 4-5 petang. Masa ni kalau berlaku, kena buka puasa. Jangan nak bertahan lagi.
Semoga semua pesakit pesakit yang ada masalah kesihatan boleh cuba puasa tahun ni. π
kalau ada sebarang masalah, rujuk doktor yang merawat atau tanya pegawai farmasi anda.
Rujukan: CPG Diabetes Mellitus