Saya sangat prihatin dengan pelajaran anak anak. Saya pasti semua ibubapa yang mahukan yang terbaik buat anak masing masing.
Salah satu kemahiran yang penting sebelum melangkah ke tahun 1 adalah untuk pastikan anak anak sudah boleh membaca. Dengan silibus yang agak tinggi, sudah pasti kemahiran membaca sangat penting untuk anak.
Saya berkesempatan mengikuti kelas parenting bersama Pn Asyikin Hashim, konsultan Mommy Happy yang membincangkan perkara ini di dalam kelas online.
Ibu ayah hebat sekalian, Percayakah jika saya katakan proses membaca sebenarnya bermula sejak bayi lagi.
πΉkalau ibu ayah ada anak kecil, memang boleh mula dari awal.
Berikan rangsangan seawal mungkin kepada anak iaitu sejak dari bayi lagi.
πΉ Ibu ayah boleh bantu anak anak yang masih kecil dengan bercakap dan berinteraksi dengan anak sekerap yang mungkin dan menggunakan bahasa yang betul.
Ingat Ibu Ayah hebat sekalian, Anak yang sudah pandai bercakap baru mudah nak belajar membaca.
Jadi pastian anak anak kecil kita pandai bercakap sekitar umur 3 tahun. Jika anak lewat bercakap - umur 2 tahun masih tak keluar butir perkataan dan berlanjutan sehingga 4 tahun, saya minta ibu ayah bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.
πΉIbu Ayah juga boleh bacakan buku untuk anak untuk tingkatkan kosa kata anak. Selalu bercerita dan berbual dengan anak. Ini adalah aktiviti READ ALOUD.
Pn Asyikin beritahu dalam satu kajian yang dijalankan, anak anak yang telah dibacakan buku oleh ibu ayah mereka lebih 1000 jam adalah anak anak yang telah bersedia untuk menerima kemahiran membaca.
πΉPerkenalkan Kaedah Membaca seperti suku kata atau fonik.
Ini Langkah yang sangat sangat penting iaitu Ibu ayah mesti memilih Kaedah Membaca yang bersesuaian dengan anak anak
✅ Ibu ayah boleh belikan anak Set Bacalah Anakku jika nak mengajar anak membaca Bahasa Melayu guna Kaedah Fonik. Harga pasaran RM44.90 satu set ada 8 buku
Saya sendiri pilih buku ini untuk ajar anak membaca. Buku ini sangat mudah cara penyampaiannya dan mudah untuk anak belajar membaca secara berperingkat.
Saya sendiri pilih buku ini untuk ajar anak membaca. Buku ini sangat mudah cara penyampaiannya dan mudah untuk anak belajar membaca secara berperingkat.
✅ Ibu ayah juga boleh belikan anak Set Buku Adik Bijak jika nak gunakan kaedah Suku Kata atau Fonik dengan Set buku berharga RM35 satu set ada 4 buku
✅ Ibu ayah juga boleh belikan anak Set Buku ReadEasy jika nak mengajar anak membaca Bahasa Inggeris. Harga pasaran hanya RM49.90
✅ Ibu ayah juga boleh belikan Set Buku Ibu Ajarku Jawi jika nak mengajar anak membaca Jawi dengan harga pasaran hanya RM37.90 sahaja satu set dan sangat mudah nak ajar anak jawi dengan buku ini
Saya memang sangat cadangkan penggunaan buku Ibu Ajarku Jawi untuk anak anak yang baru mula belajar membaca jawi. Buku ini sangat mudah untuk ibu menjadi guru untuk anak anak di rumah.
Saya memang sangat cadangkan penggunaan buku Ibu Ajarku Jawi untuk anak anak yang baru mula belajar membaca jawi. Buku ini sangat mudah untuk ibu menjadi guru untuk anak anak di rumah.
Untuk faham kaedah mengajar Fonik, Baca panduan penggunaan buku di laman web rasmi penerbit buku..Sertai Kursus Cara Mengajar anak membaca, Rajin Follow Cikgu Fonik seperti Puan Nik Eliani, Puan Masturah dan cikgu fonik yang rajin buat Sharing..
πΉIbu ayah hebat perlu Seiringkan proses membaca dengan aktiviti sensori...Contoh Aktiviti Sensori ialah bermain Puzzle kayu.
πΉIbu ayah, n ak buat Aktiviti membaca, Jangan buat dalam keadaan tergesa gesa . Pastikan Buat dengan happy dan fun. Umur anak 4-8 tahun belajar membaca itu adalah umur yang standard ππ
Ibu ayah yang supportive dan prihatin dengan perkembangan anak anak, insya allah pasti boleh membantu anak anak membaca tepat pada masanya πππππ
Saya harap tips yang saya kongsi dalam kelas yang diberikan oleh Pn Ashikin Hashim membantu semua ibu ayah untuk memulakan aktiviti membaca bersama anak anak.

0 comments:
Post a Comment