TExt

Assalamualaikum W.B.T
Untuk semua pembaca di blog Dr Shima,

Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat dari tulisan di blog ini. Teruskan menimba ilmu.


Review Buku: Filosofi Mak Singa

Tajuk: Filosofi Mak Singa
Penulis: Anie Alja
Terbitan: Komrad Buku
Mukasurat: 240 mukasurat
Harga: RM 25 



Ada mommies yang suka membaca? 

Saya nak cadangkan buku FILOSOFI MAK SINGA untuk mommies yang tengah berusaha mendidik anak anak. 

cara tulisan yang santai dari penulis buku ni sangat menarik perhatian saya. 

Isu isu yang diketengahkan memang berlaku di kalangan ibu ibu muda masa kini. 

Buku yang membuka mata saya mencari kelainan dalam pendekatan mendidik anak. Buku yang mengingatkan saya, anak anak perlu diajar berdikari tanpa bantuan ibu. Mereka perlu dididik dengan kemahiran hidup bukan setakat akademik sahaja. 

Saya suka satu topik yang ditulis dalam buku ini tentang mommies yang nak jadi “superwoman” dan mendidik anak perempuan buat semua kerja rumah berbanding anak lelaki. Yang akhirnya merosakkan anak lelaki. 

Anak lelaki perlu dididik hormatkan wanita. kena ajar kemahiran hidup asas - masak, basuh baju, basuh pinggan supaya tak bebankan ibu atau isteri dia nanti. tahu tanggungjawab bila dia dewasa nanti. Banyak sangat sekarang kes lelaki lupa diri, tak tahu berdikari, bila difikirkan semula mungkin salah satu sebab adalah kerana ibu yang menjadi “superwoman” di rumah.  

Satu buku kritikan pedas untuk ibu ibu masa kini tapi saya suka apa yang dikritik oleh penulis walaupun ada yang kena kat batang hidung sendiri. 

Saya tertarik dengan penggunaan MAK SINGA. Kenapa bukan harimau? Sebabnya dalam satu kajian oleh pakar biologi, singa membelasah dan bermain saja tapi harimau lebih agresif, menyerang dan membunuh.  Tak kan nak ajar anak sampai membunuh kan? Nanti jadi kes dera pula. Hihihi. 

Dalam buku ni juga penulis bagi tips tips menarik untuk mommies apply dalam mendidik anak anak. 

Buku ni saya beli dari syarikat Must Read. Saya tak jual buku ni. Saya cuma pembaca yang berkongsi ilmu yang saya rasa menarik untuk tatapan semua. 

                               Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua. 😍


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Dr Shima Mat Saad | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in