Alhamdulillah bulan lepas, saya berkesempatan untuk membawa anak anak ke Movie Animation Park Studio (MAPS) di Ipoh, Perak. Itu pun sempena cuti peristiwa pertabalan Agong yang baru. Anak anak sangat teruja untuk mulakan perjalanan dari Sungai Petani. Kami bergerak lebih kurang pukul 9 pagi dan sampai ke destinasi dalam pukul 11pagi.

Sebelum tahun 2019, tiket masuk dikenakan untuk setiap peringkat umur dewasa dan kanak kanak. Bermula Mac 2019, MAPS tidak lagi mengenakan bayaran masuk. Bayaran hanya dikenakan untuk setiap permainan yang dipilih oleh pengunjung.
Sebelum masuk, pastikan anak anak sudah kenyang, kerana anda tidak dibenarkan membawa masuk sebarang bentuk makanan dan minuman dari luar. Setiap beg yang dibawa pengunjung akan diperiksa oleh staff MAPS di pintu masuk.
MAPS mempunyai 6 pilihan zone yang berbeza dan lebih kurang 40 tarikan untuk pengunjung. Antara 6 zone tersebut adalah
✔️ Animation square zone
✔️ Fantasy Forest Zone
✔️ Live Action Zone
✔️ Lake side zone
✔️ Blast Off zone
✔️ Trick o Thrill Zone
Peta untuk kawasan ini tidak disediakan pada pengunjung, jadi saya agak sukar untuk membuat pilihan zone. Menurut staff MAPS, peta boleh didapati melalu QR Code yang perlu discan oleh pengunjung. 😅😅 Mungkin pihak MAPS ingin mengurangkan penggunaan kertas di kawasan tersebut.
Untuk bermain setiap permainan di dalam MAPS, anda perlu membeli kupon. Setiap permainan berbeza jumlah kupon yang dikenakan dan tidak mengira peringkat umur.
Satu kupon RM3.
Jadi tukarlah dengan jumlah yang diperlukan. Tempat untuk membeli kupon hanya ada di beberapa lokasi sahaja. Jadi kena tahu di mana tempat untuk membeli kupon supaya tidak perlu berjalan jauh.DARK RIDE
Anak anak mula mengajak saya untuk masuk ke Dark Ride yang terletak dalam Trick o Thrill zone. Kupon yang diperlukan adalah 3 keping untuk seorang. Saya agak kecewa kerana anak kecil saya yang berumur 3 tahun yang tingginya 100cm juga perlu dibayar kupon. Dalam Dark Ride, anda akan naik keretapi yang boleh memuatkan 4 orang dan perlu menembak lampu lampu semasa di dalam perjalanan. Markah akan dikira berapa banyak tembakan yang mengenai sasaran.
Rate: 2/5
Bayaran untuk 4 orang: RM36
FANTASY CAROUSEL

Kemudian kami berjalan lagi. Kali ini ke Fantasy Carousel dalam zone Fantasy Forest Zone. Anak bongsu saya teruja ingin naik tiger katanya. Kupon yang dikenakan 2 keping untuk seorang termasuklah ibu atau ayah yang naik sekali. Sepatutnya ibu atau ayah yang menemani mungkin perlu dikenakan separuh harga sahaja. Peneman hanya untuk menjaga faktor keselamatan kanak kanak terutama yang masih kecil.
Rate: 3/5
Bayaran untuk 4 orang: RM24
CAVE OF WONDER
Kami kemudian masuk ke Cave Of Wonder. Masih berada dalam Zone Fantasy Forest. Hahaha yang ni memang menyesal masuk. Tak ada yang menarik langsung. Hanya seperti berada dalam gua yang bercahaya dalam gelap ( Glow in The dark). Nasib hanya kena bayar sekeping kupon untuk seorang. Kalau korang tak masuk pun tak pa. Sekejap sangat menelusuri gua yang tak menarik itu.
Rate: 1/5
Bayaran untuk 4 orang: RM12
BOBOIBOY 4D ADVENTURE THEATRE

Tayangan Boboiboy 4D di Adventure Theatre mempunyai waktu tayangan tertentu. Jadi kena alert dengan waktu yang ditetapkan. Kalau terlepas kena tunggu selepas itu. Untuk masuk, setiap orang dikenakan 3 kupon. Harriz yang kecil perlu diperiksa ketinggian. Alhamdulillah lepas. Ini adalah satu satunya tarikan yang saya sangat enjoy. Dari mula sampai akhir. Walaupun tayangan nya tidak lama tapi memang menyeronokkan. Memang seolah olah mengikut pengembaraan sebenar Boboiboy dan kawan kawan. Saya cuma rasa kalau tayangan tersebut dibuat dalam bahasa kebangsaan lagi bagus. Kita dapat angkat bahasa kita sendiri sama seperti Disneyland Paris, juga menggunakan bahasa Perancis daripada bahasa Inggeris. Untuk pengunjung asing, kena dapatkan bantuan alih bahasa. Mudah.
Rate: 4/5
Bayaran untuk 4 orang: RM36
Kami kemudian dapat melihat persembahan tarian yang dipersembahkan di pentas utama. Sekumpulan penari menunjukkan kemahiran mereka di depan orang ramai. Anak anak saya turut teruja melihat persembahan tersebut.

THE ADVENTURE BUMPER BLAST

Kami ke Blast off zone kerana anak lelaki saya teringin sangat untuk bermain Bumper car. Harriz yang kecil tidak dapat naik kerana bawah ketinggian yang dibenarkan. Balqis tidak dapat membawa kereta sendiri dan perlu ditemani oleh saya. Jadi hanya kami bertiga yang dapat bermain bumper car. Seorang dikenakan 3 kupon untuk bermain. Anak lelaki saya memang seronok seperti dapat bawa kereta sendiri.
Rate: 4/5
Bayaran untuk 4 orang: RM36
PARTYLAND


Rate: 3/5
Bayaran untuk 2 orang: RM6
Saya tidak dapat membawa Hadif untuk melihat lagak aksi di stunt legends area. Persembahan tersebut hanya dibuat lewat petang dan saya mahu sampai ke Sungai Petani sebelum malam.
Secara keseluruhan, masih banyak perlu diperbaiki di MAPS untuk menarik ramai lagi pengunjung. Bagi saya, untuk mengunjungi taman tema ini, anda perlu belanja yang agak besar. Jumlah perbelanjaan untuk 6 permainan, saya belanja untuk hari tersebut adalah RM150 untuk 4 orang. Ada bahagian yang saya rasa caj yang dikenakan tidak wajar dan sepatutnya mengikut had umur. Harga makanan dan minuman di dalam MAPS juga sangat mahal. Jadi pastikan anak anak sudah kenyang sebelum masuk ke dalam.
Semoga tulisan ini memberikan sedikit gambaran untuk anda yang ingin ke sana. 😅

0 comments:
Post a Comment